Sayang Nak Buang Barang Lama Simpan Sampai Penuh Rumah Tanda Masalah Mental


Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.
Nak tahu apa itu hoarding disorder? Jom ikuti artikel kami di bawah!

Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang!
Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah hoarding? Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah.
Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya. Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder. Apa yang membezakan mereka dengan collector atau pengumpul barang ialah orang yang mempunyai masalah ini akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut.

Lambakan barang yang mereka kumpul juga boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling. Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka.
Keadaan yang bersepah ini selalunya akan memberi impak yang negatif kepada hidup mereka. Rumah yang bersepah pasti tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga.
Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan. Mereka yang menderita sakit ini selalunya akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak ataupun mandi di rumah masing-masing.
Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan. Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.
Selain daripada menganggap barang yang mereka simpan boleh digunakan nanti, mereka juga kadangkala ada ikatan emosi yang terlampau kuat terhadap barang-barang tersebut.
Sebagai contoh, mereka mungkin tidak boleh buang barang yang berada di rumah mereka kerana ia milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dan diwariskan kepada mereka.

Hoarding disorder, sebuah penyakit mental
Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).
Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang. Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.
Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah. Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.
Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk. Mereka mungkin akan putuskan hubungan atau mengelak daripada berjumpa anda pada masa hadapan.
Tunggu hingga mereka mendapat motivasi sendiri untuk berubah dan jangan paksa mereka secara keterlaluan.
Sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat
Selalunya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadangkala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder.
Pesakit perlu mempunyai stretegi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah. Perubahan ini perlukan motivasi, komitmen dan juga kesabaran. Penyakit ini juga tidak akan pulih serta-merta dan perlukan masa selama berbulan-bulan.
Lama-kelamaan, individu tersebut akan mampu kurangkan barang, mengemas dan menyusun barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, relaps mungkin berlaku pada masa hadapan.
Oleh itu, pesakit perlu ada pelan tambahan untuk atasi masalah yang sama jika ia berlaku semula pada tahun yang akan datang.
Pada akhir intervensi, pesakit hoarding disorder mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tapi mereka dapat mengawal tingkah laku mereka dan lebih memahami penyakit yang mereka alami.

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Sayang Nak Buang Barang Lama, Simpan Sampai Penuh Rumah Tanda Masalah Mental appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sayang-nak-buang-barang-lama-simpan-sampai-penuh-rumah-tanda-masalah-mental/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Marah Tetap Nak Tidur Sini Rumah Macam Taska Ramainya Nak Belajar Puasa Dengan Ozlynn

Kena Marah Tetap Nak Tidur Sini Rumah Macam Taska Ramainya Nak Belajar Puasa Dengan Ozlynn

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 159 hits
Melihat didikan yang sering dikongsikan pasangan selebriti Ozlynn Wati dan Johan buat kesemua anak anak mereka pujian seharusnya diberikan Mana tidaknya bukan hanya berpuasa bahkan kesemua anak anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan sol...
T16c04 Buang 302 Tambah 320 Bila Nak Habis

T16c04 Buang 302 Tambah 320 Bila Nak Habis

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 151 hits
Usaha selama sejam akhirnya hancur sebegitu sahajaHari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jala...
Tengah Beratur Nak Beli Roti John Sekali Peniaga Boleh Ubah Tanda Harga Buat Ramai Terkejvt

Tengah Beratur Nak Beli Roti John Sekali Peniaga Boleh Ubah Tanda Harga Buat Ramai Terkejvt

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 306 hits
Apabila pergi ke bazar Ramadan harga yang berpatutan dengan makanan yang diingini pastinya akan menjadi keutaman para pelanggan Mana tidaknya sedikit sebanyak poket mereka rasa terjamin
Nak Dia Duduk Atas Riba Saya Dsv Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

Nak Dia Duduk Atas Riba Saya Dsv Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 194 hits
Jutawan kosmetik Dato Seri Vida tampil memberikan penjelasan selepas terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak makan bersama dengan pembantu rumah sewaktu berbuka puasa kerana tidak setaraf
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini

Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 143 hits
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini BAGI pesakit diabetes faktor pemakanan yang teratur sangat penting untuk menjaga kestabilan gula dalam darah Bagaimanapun ketika bulan Ramadan pesakit be...
Dia Kenalan Lama Saya Kami Pun Tak Nak Bercinta Lama Natasha Hudson

Dia Kenalan Lama Saya Kami Pun Tak Nak Bercinta Lama Natasha Hudson

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 221 hits
Pelakon dan usahawan Natasha Hudson selamat diijab kabulkan dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin Ahad lalu di Masjid Al Umm Bandar Baru Bangi Majlis yang dihadiri kira kira 10 orang keluarga terdekat itu ...
6 Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Senang Nak Buat Di Rumah

6 Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Senang Nak Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 397 hits
AssalamualaikumBismillahKorang ada planning tak nak buat menu apa berbuka puasa nanti Aku sebenarnya tiada menu yang spesifik pun kalau berbuka puasa Apa yang ada dalam peti sejuk itulah yang aku buat Sejak berkahwin aku memang suka masak d...
Betulkan Solat Dulu Ustaz Pesan Kalau Nak Rumah Tangga Aman

Betulkan Solat Dulu Ustaz Pesan Kalau Nak Rumah Tangga Aman

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 173 hits
Untuk membina sebuah mahligai cinta bukanya mudah berhabis masa tenaga dan wang Tetapi untuk mengekalkanya juga bukan perkara yang mudah Lebih sukar daripada kerja kerja untuk membinanya Kepercayaan kesetiaan pengorbanan yang sangat sangat ...
Nak Tau Punca Daun Pokok Dalam Rumah Jadi Hitam Ini Mungkin Faktornya

Nak Tau Punca Daun Pokok Dalam Rumah Jadi Hitam Ini Mungkin Faktornya

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 241 hits
Nak Tau Punca Daun Pokok Dalam Rumah Jadi Hitam Ini Mungkin Faktornya SEJAK kebelakangan ini semakin ramai gemar membela pokok dalam rumah sebagai penyeri kediaman Bagaimanapun penjagaannya bukanlah semudah yang disangka dan masalah paling ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme