Saya Tidak Tolak Jika Ditakdirkan Bercinta Dengan Shuib Ds Vida
Oleh UtusanTV
DATUK Seri Vida ketika hadir dalam salah satu majlis harijadi anak Shuib, baru-baru ini. SEJAK berpisah dengan suaminya, semakin banyak pula kisah jodoh jutawan kosmetik Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman. Sebelum ini, kecoh kisah percintaannya dengan bekas usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang pernah menjadi pembantu peribadinya.
Kini, kecoh pula kononnya mempunyai hubungan dengan pelawak yang juga usahawan, Shuib yang baru kehilangan isteri tersayang, penyanyi arwah Siti Sarah yang dijangkiti COVID-19 ketika sedang mengandung.
Seperti yang ramai tahu, sebelum ini Vida pernah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan juga arwah Siti Sarah kerana urusan perniagaan dan juga aktviti sosial dan Vida sendiri mengakui merindui anak-anak tersebut.
Memetik laporan daripada Harian Metro, dia mengakui tiada masalah jika ditakdirkan bercinta dengan Shuib kerana pelawak itu juga dikatakan mempunyai ciri lelaki idamannya selama ini.
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi”
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, selain mengakui ada pihak yang mengatakan bahawa mereka serasi, apa pun setiap perhubungan memerlukan proses suai kenal dan restu daripada beberapa pihak.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” katanya.
Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/saya-tidak-tolak-jika-ditakdirkan.html