Saya Tidak Kisah Dengan Cakap Netizen Ibu Ni Lebih Gembira Bahagia Lepas Tukar Nama Anak


Dalam pemilihan nama anak-anak diakui ianya bukanlah kerja mudah. Bahkan sejak dalam kandungan hingga lahir, nama yang ingin diberikan kepada anak tersayang belum juga menemui kata putus.
Maklumlah kita mahu buat pilihan  nama yang terbaik, kerana nama itu yang akan menjadi lambang identiti si kecil dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat.
Berkongsi tentang pemilihan nama, seorang ibu ini ada kisahnya yang tersendiri di mana membuat keputusan meskipun telah memberikan nama terbaik untuk anaknya namun perlu mengambil keputusan menukar nama tersebut.
Hal ini telah dikongsikan olehnya di media sosial dan siapa sangka mendapat respon yang pelbagai di kalangan warganet.
“Saya tidak kisah dengan cakap netizen dan komen positif atau negatif semua saya terima dengan hati terbuka. Pada saya menukar nama anak adalah keputusan tepat dan ia adalah hak kami sebagai ibu bapa,” kata Nur Anisa Khalil.
Nur Anisa, 29, adalah ibu kepada tiga anak termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi pengalaman menukar nama bayinya itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Penjawat awam itu berkata, dia mengambil keputusan menukar nama bayinya, Muhammad Ayden Wafi Abdul Wafi kepada Muhammad Ariq Wafi yang mana permohonan berkenaan diluluskan oleh JPN pada 21 Ogos lalu.
Memetik perkongsiannya di Harian Metro, alasan itu dibuat kerana nama Ayden mempunyai banyak sebutan dan ramai yang tidak menyebut nama anaknya mengikut sebutan dimahukannya, malah ada juga yang salah menulis nama anaknya dengan ejaan berbeza.

“Mungkin orang berpandangan saya agak melebih atau mengada-ngada, anggap ia perkara kecil dan sepatutnya tidak perlu diperbesarkan tetapi sebagai ibu sudah pasti kita mahu orang sebut nama anak dengan betul. Ramai yang sebut namanya Aiden dan Aidan.
“Malah, nama juga doa untuk anak kita jadi saya gembira kalau namanya disebut dengan betul tetapi saya faham saya tak boleh marah orang selain tiada istilah salah atau betul sebab tak tahu sebutan tepat cuma saya ada sebutan sendiri.
“Sebab itu saya ambil keputusan untuk tukar nama Ayden kepada Ariq jadi lebih mudah disebut dan saya juga lebih gembira,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun katanya, sebelum permohonan penukaran nama itu dibuat dia sudah mendapat pandangan dan keizinan suami, Abdul Wafi Yusuf, 31, selain turut menghubungi JPN.
“Suami cuma minta kekalkan nama Wafi kerana dua anak perempuan kami juga mempunyai nama itu. Adik ipar menyarankan nama Ariq dan saya juga suka selain ia turut mempunyai maksud yang baik, malah mudah disebut termasuk orang berusia.
“Proses penukaran nama memerlukan persetujuan suami isteri mudah dan kami perlu membuat akuan sumpah dan ia selesai pada hari sama. JPN kemudiannya mengambil sijil kelahiran lama dan beri sijil yang baharu,” katanya.
Menurut Nur Anisa, perkongsiannya di TikTok hanya untuk simpanannya dan ia boleh dijadikan rujukan untuk orang lain yang mahu menukar nama selain rujukan sendiri, namun penting untuk mendapatkan maklumat daripada JPN dulu.
“Selain komen negatif banyak juga komen positif yang faham apa saya lakukan selain ada juga berkongsi cerita sama serta baru tahu rupanya boleh tukar nama, malah ada juga yang tanya saya tukar nama Ayden kerana maksud namanya.
“Saya tegaskan maksud nama Ayden adalah baik iaitu cerdas dan tiada masalah dengan maksud namanya cuma bila sudah banyak sangat sebutan berbeza saya pilih untuk tukar saja
“Manakala nama Ariq pula membawa maksud baik budi, mulia asalnya dan bijaksana. Sekarang semua boleh sebut nama anak dengan betul dengan satu sebutan saja dan saya harap Ariq akan membesar dengan baik seperti namanya,” katanya.
 
The post “”Saya Tidak Kisah Dengan Cakap Netizen..”-Ibu Ni Lebih Gembira & Bahagia Lepas Tukar Nama Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-tidak-kisah-dengan-cakap-netizen-ibu-ni-lebih-gembira-bahagia-lepas-tukar-nama-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun Ibu Ni Kongsi Kisah Gara Gara Anak Main Games Di Telefon Jadikan Pengajaran

Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun Ibu Ni Kongsi Kisah Gara Gara Anak Main Games Di Telefon Jadikan Pengajaran

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 274 hits
Boleh dikatakan anak anak zaman sekarang asyik sungguh bermain telefon bahkan kerap juga terjadi kita sebagai ibu ayah pula yang memberikan telefon agar anak anak bermain games dengan tujuan tidak mengganggu urusan kita Menyentuh tentang an...
Macam Macam Doa Keluar Nurul Syuhada Bahagia Tengok Anak Gembira Tunai Umrah

Macam Macam Doa Keluar Nurul Syuhada Bahagia Tengok Anak Gembira Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 234 hits
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak anaknya ceria dan bahagia Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bersyukur dapat melihat kegembiraan di wajah anak anaknya ketika mengerjakan umrah Menerusi perkongsiannya di I...
Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 180 hits
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat hadiah sebuah kereta mewah jenis BMW i7 dari ibu bapanya Hadiah Ameera Khan BMW i7 Video kenyataan tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok peminat keluarga mereka dikena...
Bonding Ibu Anak

Bonding Ibu Anak

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum hai semua Dah lunch ke tu Bila LM selak semula gambar kami berpimpin tangan ni terasa sebak pula hati Kalau Allah ambil LM cepat siapa nak pimpin Aish macam ni ke tadika Kalau sebaliknya pula mampu kah LM hidup tanpa anak ke...
Ibu Rakan Wanita Mengaku Salah Aniaya Anak Kandung

Ibu Rakan Wanita Mengaku Salah Aniaya Anak Kandung

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 162 hits
Ibu tunggal dan rakan wanitanya seorang warga Singapura menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini JOHOR BAHRU Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah...
Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 225 hits
Hadiah hari lahir ibu dari anak anak Alhamdulillah tahun ni Allah bagi lagi peluang untuk saya menyambut hari lahir Ya Allah terima kasih atas peluang ini Dapat lagi bersama sama suami dan anak anak meraikan hari lahir saya Di umur ini saya...
Kau Anak Bodoh Duduk Diam Diam Perlekeh Anak Dapat Keputusan 4 Flat Kak Km Sembur Netizen

Kau Anak Bodoh Duduk Diam Diam Perlekeh Anak Dapat Keputusan 4 Flat Kak Km Sembur Netizen

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 207 hits
Usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengeluarkan kata kata kesat kepada warganet yang didakwa mempersoalkan keputusan cemerlang anaknya Terdahulu Kak KM telah berkongsi purata nilai gred 4 0 diperolehi anak perempuannya ...
Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 391 hits
Semalam tular video pelakon jelita Puteri Sarah bercerita mengenai hubungan baik bersama bekas suami Syamsul Yusof dan video itu aktres terbabit sempat berseloroh mengatakan Syamsul ada saja singgah di rumah dan makan dua kali Susulan itu v...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord