Saya Tidak Boleh Terima Tun M


MyMetro
M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman
[email protected]


TUN Mahathir Mohamad.
TUN Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada menerima surat daripada Muhyiddin meminta pertemuan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau terpaksa menolak kerana sudah bertemu Perdana Menteri itu termasuk menjelaskan pendiriannya, sebelum ini.

Katanya, beliau juga mempertimbang bertemu Muhyiddin jika pemimpin yang dikaitkan dengan kegiatan penyelewengan dikeluarkan terlebih dahulu daripada gabungan parti politik yang membentuk kerajaan ketika ini.

“Dia ada utus (surat) nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dahulu dan terang pendirian saya yang tak berubah. Saya janji tak akan kerjasama dengan Umno, Muhyiddin pun dalam klip video janji tak akan bekerjasama dengan Umno.

“Tetapi sekarang dia terima Umno sebagai parti terbesar dalam kerajaan dia... parti dia enam orang (Ahli Parlimen) sahaja, Umno 51 orang (Ahli Parlimen).

“(Disebabkan itu) Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan dia sanggup buang orang itu (Ahli Parlimen Umno) semua, maka saya boleh timbang untuk jumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kedawang di Langkawi, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan meminta Dr Mahathir berdamai dengan Muhyiddin selepas timbul desakan dalam kalangan ahli Bersatu supaya mereka kembali mengukuhkan parti.

Mengulas mengenai desakan ahli Bersatu agar beliau berdamai, Dr Mahathir berkata, ia sukar dilakukan kerana masih memegang prinsip enggan bekerjasama bersama pemimpin yang didakwa di mahkamah.

“Saya tidak boleh berdamai dengan orang yang dituduh di mahkamah kerana mencuri berbilion ringgit.

“Saya kata ahli Umno (boleh) masuk Bersatu0, saya sedia terima dengan syarat mereka tinggalkan Umno dan masuk secara diri sendiri.

“Tetapi Muhyiddin kata dia sanggup bekerjasama dengan orang yang dituduh mencuri. Itu saya tak boleh terima,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 7:11 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/saya-tidak-boleh-terima-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 458 hits
UMNO sedang menunggu kenyataan rasmi Istana Negara selepas Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di Pertuan Agong tidak menemui mana mana Ahli Parlimen yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Pe...
Saya Tak Boleh Terima Pemimpin Umno Yang Ada Kes

Saya Tak Boleh Terima Pemimpin Umno Yang Ada Kes

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 353 hits
FAKTA 1 Saya tak boleh terima pemimpin UMNO yang ada kes di mahkamah untuk sertai kerajaan Tapi Saya boleh terima pemimpin DAP yang perbicaraan kes rasuah dia sedang berjalan dalam mahkamah untuk sertai kerajaan siap melantik dia menjadi Me...
Terima Kasih Tun Ini Masanya Untuk Anda Berehat Netizen

Terima Kasih Tun Ini Masanya Untuk Anda Berehat Netizen

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Terima kasih semua Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini Don t be ...
Kena Terima Hakikat Kerjaan Ph Gagal Dan Tun Mahathir Gagal

Kena Terima Hakikat Kerjaan Ph Gagal Dan Tun Mahathir Gagal

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 254 hits
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH sendiri apabila PPBM umum keluar dari PH PM ke 7 yang sendiri letak jawatan dan YDP Agong sudah menerima permintaan peletakan jawatannya Ianya cuma perlantikan PM interim sahaja kerana PM ke 8 tak pernah...
Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 602 hits
Lim Guan Eng ada kes semasa dilantik Menteri Kewangan Tommy Thomas kroni DAP semasa dilantik sebagai AG Azmin dikekalkan walau ada kes Kita setuju JUGA kalau tiada siapapun dilantik sebagai langkah penjimatan Dan mengelak salahguna kuasa
Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

Mb Melaka Tak Boleh Terima Kenyataan Kena Letak Jawatan Hahahaha

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 346 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri ketika ini Ketika berceramah di Program Solidariti Adly Zahari di luar peka...
Kalau Tun M Sudah Tidak Yakin Untuk Memperjuangkan Kembali Maruah Ph Beliau Boleh Berehat Dan Anwar Akan Meneruskannya

Kalau Tun M Sudah Tidak Yakin Untuk Memperjuangkan Kembali Maruah Ph Beliau Boleh Berehat Dan Anwar Akan Meneruskannya

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 328 hits
Terbaru Tun M menyatakan bahawa kerajaan pintu belakang Muhyiddin tidak boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen Mei nanti Alasan beliau sudah tentu MP MP yang ada sekarang akan diberi dedak secukupnya oleh Muhyiddin dan undi...
Terima Kasih Semua Tun Dr Mahathir

Terima Kasih Semua Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 380 hits
Kuala Lumpur Terima kasih semua Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini Don t be ...
Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 283 hits
Isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diketengahkan oleh mana mana pihak yang terlibat kata Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Bagi beliau pemimpin parti Komunis Malaya itu sudah meninggal Banyak orang yang dulu dera orang kita macam orang...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah