Saya Tak Tahu Itu Rumah Anggota Tentera Hanya Tahu Selepas Kami Ditangkap
'Saya tak tahu itu rumah anggota tentera, hanya tahu selepas kami ditangkap'
Seorang wanita berusia 35 tahun yang sedang nyenyak tidur terjaga dan terkejut dengan kehadiran dua lelaki yang tidak dikenali muncul di depannya pada jam 4.30 pagi di kediamannya, Jumaat lalu.
Ketika itu, dua suspek yang dikenali sebagai Andi Abu Farmi, 27, dan Agus Rian Saputra, 27, sedang mencungkil jendela rumah anggota Tentera Negara Indonesia (TNI) atau Korps Wanita Angkatan Tentera Darat (KOWAD) di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur.
Kedua-dua suspek berjaya memecah masuk lalu mengancam mangsa menggunakan sebilah parang. Suspek meminta mangsa menyerahkan wang, barang perhiasan dan juga memaksanya membuka pakaian.
Tetapi mangsa menolak dan berlaku pergelutan di antara mereka. Tidak terdaya melawan mangsa, dua suspek terbabit mengambil keputusan melarikan diri dan hanya melarikan telefon bimbit dan beberapa barangan lain. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Sebelum suspek melarikan diri, mangsa sempat mengecam ciri-ciri suspek dan terus membuat laporan ke balai polis pada pagi hari kejadian.
Berdasarkan laporan itu, pasukan polis memburu dan berjaya menahan suspek pada 1 Mac 2022 di Mangkurawang, Tenggarong. Suspek ditahan di rumahnya, manakala seorang lagi suspek cuba melarikan diri tetapi gagal kerana ditembak, sebelum ditahan.
Siasatan mendapati, suspek bukan sahaja memecah masuk rumah mangsa, mereka turut memecah masuk rumah kedua di lokasi yang berbeza. Semakan rekod mendapati mereka juga pernah dipenjara atas kesalahan yang sama dan dibebaskan semula pada awal tahun 2021.
Suspek mengaku mereka tidak tahu rumah yang dipecah masuk itu adalah rumah anggota TNI.
"Saya tak tahu itu rumah anggota tentera, saya baru tahu selepas kami ditangkap," kata Andi Abu Farmi.
Andi mengaku mahu menggunakan wang hasil rompakan untuk membeli minuman keras. Tetapi perancangannya itu gagal kerana mereka ditahan polis selepas lima hari kemudian.
Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara selama sembilan tahun.
Sumber: Kompas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2022/03/saya-tak-tahu-itu-rumah-anggota-tentera.html