Saya Tak Tahu Anak Mengandung Wanita Maut Kemalangan Janin 5 Bulan Terkeluar


Kehamilan memang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Namun anak belum sempat dilahirkan kesemuanya telah kembali ke negara abadi.
Suasana pilu menyelubungi tatkala pemergiaan pasangan suami isteri, Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar dan suami, Allahyarham Mohd Ikraam Ab Azit kedua-duanya berusia 22 tahun.

Kedua-duanya maut dalam kemalangan motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Lubok Jong semalam.
Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar yang sedang hamil lima bulan dilaporkan mengalami pecah perutnya akibat nahas tragis tersebut yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu. Kedua-dua bakal ibu bapa ini meninggal dunia di lokasi.

TERCAMPAK 7 METER, JANIN TERKELUAR Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak kira-kira tujuh meter dalam kemalangan terabbit sehingga menyebabkan janin dalam kandungannya turut terkeluar.
Ketika kejadian, katanya, motosikal ditunggang Allahyarham Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala Rantau Panjang, manakala Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta Myvi cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung motosikal jenis Yamaha LC dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.
“Akibat pertembungan itu, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak sehingga tujuh meter menyebabkan janin dalam kandungannya terkeluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan di hadapan,” katanya Abdullah.
Gambar hiasan KELUARGA TIDAK TAHU ALLAHYARHAM SEDANG HAMIL Manakala dalam perkembangan lain, bapa kepada Allahyarham Nur Syafiqah memaklumkan mereka sekeluarga tidak tahu yang anaknya sedang hamil.
“Saya bukan sahaja terkejut kerana anak meninggal dunia, kami juga terkejut rupanya anak mengandung lima bulan dan janin terkeluar akibat kejadian itu,” kata bapa Allahyarham Nur Syafiqah, Jaafar Ibrahim.

KALI TERAKHIR BERJUMPA AHAD LALU Kata Jaafar, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu adalah pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke Politeknik.
“Hari ini jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu. Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan.
“Apa yang berlaku mengejutkan kami sekeluarga dan anak juga tidak memaklumkan dia mengandung,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
KELUARGA REDA PEMERGIAAN Sementara itu, bapa kepada Allahyarham Mohd Ikraam, Abdul Aziz Mohd Zain, 60, berkata anaknya bertugas sebagai anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
“Anak saya keluar rumah jam 12 tengah malam tadi memaklumkan mahu menghantar rakannya ke Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan kejadian kemalangan.
“Kami reda dengan kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik secara mengejut,” katanya yang jenazah akan dikebumikan di Kampung Berangan.
Sumber: bharian.com.my & hmetro.com.my
 
The post “Saya Tak Tahu Anak Mengandung.” Wanita Maut Kemalangan, Janin 5 Bulan Terkeluar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-tak-tahu-anak-mengandung-wanita-maut-kemalangan-janin-5-bulan-terkeluar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Maut Anak Perempuan Parah Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Lori

Wanita Maut Anak Perempuan Parah Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Lori

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 659 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 628 hits
Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi hari ini lapor Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas berdekatan Lubok Jong Nur Syafiqah Jaafar ...
Suami Isteri Maut Janin Terkeluar

Suami Isteri Maut Janin Terkeluar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 275 hits
WANITA mengandung lima bulan meninggal dunia bersama janin dan suaminya selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas dekat Lubok Jong Pasir Mas hari ini Dalam kejadian 6 pag...
Isteri Datang Bulan Moodnya Swing Suami Jaga Anak Kemas Rumah Kira Ubat Isteri

Isteri Datang Bulan Moodnya Swing Suami Jaga Anak Kemas Rumah Kira Ubat Isteri

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 537 hits
Bila datang bulan perempuan mula akan rasa tak selesa dan boleh dikatakan serba tak kena Mood pun asyik swing je kesan dari perubahan hormon Ada tu yang rasa asyik nak marah sepanjang masa buat serba benda rasa tak kena dan paling teruk yan...
Wanita Berumur 50 Tahun Seperti Anak Dara

Wanita Berumur 50 Tahun Seperti Anak Dara

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 447 hits
Baru baru ini foto seorang lelaki dan wanita menjadi bualan hangat di media sosial di Indonesia Apa yang menjadi perhatian ialah wanita muda tersebut merupakan ibu kepada lelaki tersebut Foto sambutan hari jadi yang dimuat naik oleh lelaki ...
Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 409 hits
Hamil lagi selepas bersalin ceaserean sebelum tempoh dua tahun seperti disarankan Mama jangan panik baca dulu apa yang dikatakan doktor ini Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean doktor akan menyarankan waktu selamat un...
Kami Tak Tahu Anak Hamil Ini Luahan Bapa Mangsa Kemalangan Yang Dilanggar Myvi Gagal Memotong

Kami Tak Tahu Anak Hamil Ini Luahan Bapa Mangsa Kemalangan Yang Dilanggar Myvi Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 398 hits
SAYA sendiri tidak tahu anak sedang hamil kata Jaafar Ibrahim 63 bapa kepada Nur Syafiqah Jaafar 22 yang maut bersama suaminya di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas dekat Lubok Jong di Pasir Mas pagi hari ini Dalam kejadian 6 pagi itu Nur S...
Saya Berpaling Sekejap Je Kanak Kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

Saya Berpaling Sekejap Je Kanak Kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 302 hits
Benarlah kata orang malang tidak berbau seperti apa yang berlaku baru baru ini Seorang kanak kanak lelaki berusia 19 bulan maut selepas terminum cecair vape yang mengandungi nikotin milik ibunya dalam kejadian di Melbourne Australia Dilapor...
Myvi Gagal Memotong Pasangan Muda Mati Dilanggar Bersama Anak Dikandung 5 Bulan

Myvi Gagal Memotong Pasangan Muda Mati Dilanggar Bersama Anak Dikandung 5 Bulan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 349 hits
Pasangan suami isteri muda maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang berhampiran simpang tiga ke Hospital Pasir Mas di sini hari ini Mohd Ikhram Ab Azi...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam

Bila Ada Ahli Keluarga Dan Kawan Jadi Influencer

Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden

Innovative Painting Techniques For Modern Homes

Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike