Saya Tak Mahu Bersubahat Dengan Zahid Kata Annuar


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 6, 2021, 4:59 PM
Annuar Musa berkata dia kini lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nuraninya sendiri.
PUTRAJAYA: Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa berpendirian dia tidak akan bersubahat dengan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, selepas mendapati terdapat gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Katanya, selepas tidak lagi menyandang jawatan itu beliau lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik.

“Disebabkan perbezaan prinsip ini, lebih baik saya tidak bersubahat dengan hala tuju Zahid.

“Sekarang saya lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani dan ‘conscience’ saya bersama rakan-rakan yang sealiran,” katanya pada sidang media di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Annuar turut mengakui kepercayaan antaranya dan Zahid kini berubah susulan beberapa isu seperti surat sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan kerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baru.

“Saya juga sedar tugas sebagai setiausaha agung BN hanya boleh dilaksanakan dengan baik jika adanya perasaan saling meyakini dan mempercayai dengan pengerusi.

“Walaupun perasaan sedemikian pernah wujud, ianya telah berubah kebelakangan ini berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan pendirian politik saya secara tegas dan telus,” katanya.

Kata Annuar, antara isu yang menuntutnya untuk mempertahankan prinsip serta pendirian adalah situasi “flip-flop” kepimpinan, khususnya Zahid, dalam perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku kesamaran dalam hala tuju dan mengelirukan ahli.

“Saya sudah menyiapkan draf perlembagaan MN, apabila sampai masanya untuk daftar, (diberitahu) jangan daftar pula,” katanya.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, pimpinan gagal mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti.

“Pertelagahan secara terbuka menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap visi parti,” katanya.

Annuar juga berkata, dia tidak selesa dengan seruan berterusan supaya Parlimen dibubarkan ketika rakyat sedang menderita akibat pandemik Covid-19 dan tekanan ekonomi.

“Apa yang berlaku mewujudkan keresahan dalam kalangan ahli dan menjejaskan reputasi parti. Parti dilihat diseret untuk memenuhi agenda peribadi,” kata Annuar.

Sambil mengulangi pendiriannya untuk tidak meninggalkan parti, beliau turut menyeru ahli Umno untuk bersatu hati menjunjung tinggi dasar dan falsafah parti.

“Kepada parti sahabat BN, PN, GPS dan GRS, berusahalah agar tiada perpecahan antara kita. Saya juga harap PAS kekal berjiwa besar dan tidak berputus asa berikhtiar untuk memperkukuhkan MN.

“Kepada kepimpinan PPBM, fahamilah sensitiviti akar umbi Umno dan ambil langkah ke arah memperbaiki perpaduan Melayu,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/saya-tak-mahu-bersubahat-dengan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 313 hits
Hamdan Taha1 Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim 2 Terbukti apa yang di nyatakan oleh ...
Annuar Sahkan Zahid Beri Sokongan Bertulis Pada Anwar

Annuar Sahkan Zahid Beri Sokongan Bertulis Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 407 hits
Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Menurutnya akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di Pertuan ...
Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 310 hits
Tit for Tat Selepas di pecat sebagai Setiausaha Agung BN oleh Zahid Hamidi semalam Hari ini Annuar muncul di Sidang Media mendedahkan kesahihan Surat Sokongan Bersumpah SD kepada YDPA bagi menyokong Anwar menjadi PM9 Sekaligus menjatuhkan k...
Surat Sokongan Zahid Untuk Istana Lantik Anwar Jadi Pm Tulen Dakwa Annuar Musa

Surat Sokongan Zahid Untuk Istana Lantik Anwar Jadi Pm Tulen Dakwa Annuar Musa

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 639 hits
SURAT YANG DIDAKWA PALSU SUATU KETIKA DAHULU January 6 2021 Annuar Musa PUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata bahawa presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan surat sokongan untuk Ya...
Belasah Zahid Tunjukkan Sikap Sebenar Annuar

Belasah Zahid Tunjukkan Sikap Sebenar Annuar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 245 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Annuar Musa menunjukkan perangai sebenarnya apabila bekas setiausaha agung BN itu membelasah presidennya sendiri dalam sidang medianya semalam Kenyataan Puad itu dibuat merujuk kepada dakw...
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 404 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 362 hits
Ousted BN secretary general Annuar Musa today issued a scathing statement against Umno president Ahmad Zahid Hamidi accusing him of using the party for personal interest In a statement today Annuar said there have been several instances whi...
Nak Tawan Pru15 Bn Perlu Kikis Sikap Aku Lebih Hebat Kata Annuar

Nak Tawan Pru15 Bn Perlu Kikis Sikap Aku Lebih Hebat Kata Annuar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 330 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa mengingatkan gabungan itu supaya membawa pemikiran baru dan mengikis sikap lebih hebat dari orang lain jika mahu menawan semula pilihan raya umum akan datang PRU15 perlu pemikiran baru Jika BN k...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagenda Siti Jalang Kisah Misteri Wanita 100 Suami Dari Kota Tinggi

Apakah Itu Carcosa

Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju