Belasah Zahid Tunjukkan Sikap Sebenar Annuar


 

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Puad Zarkashi, berkata Annuar Musa menunjukkan perangai sebenarnya apabila bekas setiausaha agung BN itu ‘membelasah’ presidennya sendiri dalam sidang medianya semalam.
Kenyataan Puad itu dibuat merujuk kepada dakwaan Annuar mengenai kewujudan surat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.
Kata Puad, ahli parlimen Ketereh itu bukanlah satu-satunya pemimpin Umno yang digantikan daripada jawatan dalam parti.
Sebelum ini katanya jawatan setiausaha agung Umno yang dipegang Tengku Adnan Tengku Mansor juga pernah digantikan. Begitu juga, katanya, dengan Ahmad Maslan yang sebelum ini menjadi ketua penerangan Umno.
Namun kata Puad apabila Tengku Adnan dan Ahmad digantikan mereka tidak memperbesarkan isu tersebut dengan membuat sidang media.
“Kenapa Annuar Musa meraban? Dia bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar.
“Ku Nan (Tengku Adnan) pernah dugugurkan sebagai setiausaha agung BN. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah presiden parti.
“Ahmad Maslan pernah jadi ketua penerangan Umno. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ahmad Maslan tidak pun buat PC (sidang media) belasah Najib (bekas presiden Umno, Najib Razak),” katanya dalam satu
hantaran di media sosial pagi ini.
Dulu kata surat palsu
Ia dibuat sehari selepas Annuar mengadakan sidang media berkenaan pemecatannya sebagai setiausaha agung BN.
Dalam sidang media itu menteri Wilayah Persekutuan terbabit menunjukkan surat akuan yang dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dia turut mendakwa bahawa tindakan yang diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan melibatkan DAP dalam “pembentukan jajaran baru politik.”
Kata Puad dengan sidang media itu Annuar mendakwa surat tersebut adalah tulen sambil ‘membelasah’ Ahmad Zahid.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan surat akuan tersebut, Puad berkata ramai yang tidak tahu yang Annuar mendesak Ahmad – selaku setiausaha agung Umno – untuk membuat laporan polis kononnya surat yang tular sebelum ini sengaja direka Anwar.
“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut game plan Hamzah Zainuddin (setiausaha agung Bersatu). Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula?” katanya lagi.
Bagaimanapun Malaysiakini setakat ini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Puad itu.
“Sebab itu slogan ‘no Anwar no DAP’ bukan punca dia dipecat. Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban,” tambah Puad.

Isham Jalil   
Sementara itu, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, pula berkata sebab Annuar diganti bukanlah kerana isu Anwar atau DAP tetapi dek desakan akar umbi parti yang tidak inginkan pemimpin “menjual” Umno kepada Bersatu.
Katanya, sekiranya ia berpunca daripada isu Anwar dan DAP, Annuar sudah dipecat tiga bulan lepas kerana Ahmad Zahid sekali lagi menyatakan secara terang-terangan yang Umno tidak akan bekerjasama dengan DAP.
“Hakikatnya, Annuar digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP, tetapi kerana kecenderungannya kepada parti Bersatu, iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi Umno,” katanya.
Menurutnya, terdapat dua pertiga akar umbi Umno telah mesyuarat di peringkat bahagian untuk memutuskan menolak kerjasama dengan Bersatu.
“Akar umbi Umno tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin ‘menjual’ Umno kepada Bersatu.
“Secara dasarnya, presiden Umno merangkap pengerusi BN tidak boleh ada seorang setiausaha yang (memiliki) kecenderungan dan kenyataan-kenyataannya bercanggah dengan kemahuan akar umbi,” katanya.

The post ‘Belasah’ Zahid tunjukkan Sikap Sebenar Annuar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/07/belasah-zahid-tunjukkan-sikap-sebenar-annuar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 246 hits
Tit for Tat Selepas di pecat sebagai Setiausaha Agung BN oleh Zahid Hamidi semalam Hari ini Annuar muncul di Sidang Media mendedahkan kesahihan Surat Sokongan Bersumpah SD kepada YDPA bagi menyokong Anwar menjadi PM9 Sekaligus menjatuhkan k...
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 286 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 518 hits
Selepas bosnya Tan Sri Annuar Musa menyerang Presiden Umno kini Setiausaha Akhbarnya Tun Faisal Ismail Aziz pula menyerang Datuk Seri Ahmad Zahid TUN FAISAL Setiausaha Akhbar Annuar Musa menyifatkan Zahid khianat bila mahu bekerjasama denga...
Sue Annuar If What He Said Is Not True Putrajaya Umno Deputy Chief Tells Zahid

Sue Annuar If What He Said Is Not True Putrajaya Umno Deputy Chief Tells Zahid

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 260 hits
Putrajaya Umno division deputy chief Tun Faisal Ismail Aziz says some grassroots members have doubts over Ahmad Zahid Hamidi continuing to lead the party PETALING JAYA An Umno division leader this evening challenged party president Ahmad Za...
Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 239 hits
Hamdan Taha1 Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim 2 Terbukti apa yang di nyatakan oleh ...
Saya Tak Mahu Bersubahat Dengan Zahid Kata Annuar

Saya Tak Mahu Bersubahat Dengan Zahid Kata Annuar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 198 hits
freemalaysiatoday com January 6 2021 4 59 PMAnnuar Musa berkata dia kini lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nuraninya sendiri PUTRAJAYA Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa berpendirian dia tida...
Nak Tawan Pru15 Bn Perlu Kikis Sikap Aku Lebih Hebat Kata Annuar

Nak Tawan Pru15 Bn Perlu Kikis Sikap Aku Lebih Hebat Kata Annuar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 223 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa mengingatkan gabungan itu supaya membawa pemikiran baru dan mengikis sikap lebih hebat dari orang lain jika mahu menawan semula pilihan raya umum akan datang PRU15 perlu pemikiran baru Jika BN k...
Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 277 hits
Ousted BN secretary general Annuar Musa today issued a scathing statement against Umno president Ahmad Zahid Hamidi accusing him of using the party for personal interest In a statement today Annuar said there have been several instances whi...
Annuar Sahkan Zahid Beri Sokongan Bertulis Pada Anwar

Annuar Sahkan Zahid Beri Sokongan Bertulis Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 311 hits
Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Menurutnya akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di Pertuan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian