Saya Tak Lalu Makan Ingatkan Adik2 Kat Rumah Pelajar Upsr Ditinggalkan Ibu Dan Ayah
Mungkin ramai yang sedia maklum pada ketika ini kanak-kanak berusia 12 tahun sedang ‘berperang’ dengan peperiksaan penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ke peringkat yang lebih tinggi, sekolah menengah
Kebiasaannya pada waktu seperti ini, mereka semestiya akan diberikan sokongan moral yang luar biasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Namun nasib yang sama tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak malang ini seperti yang dikongsikan Muhamad Khadir Abd Jalil di laman facebooknya Padaedi Sandakan.Dah tiga bulan tak datang sekolah
Nama adik Putri. Semalam dapat berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini sudah tiga bulan tidak hadir ke sekolah. Sehari sebelum UPSR adik ni datang ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebab tidak datang ke sekolah selama 3 bulan kepada Guru Besar sekolah
Jaga tiga orang adik yang masih kecil
Semalam juga saya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain. Rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10 tahun, 3 tahun dan 2 tahun sampaikan tidak dapat datang sekolah
Ditinggalkan ayah, emak pula hilang tanpa khabar
Adik ini memberitahu bapanya meninggalkan mereka, mamanya pula ke KL bekerja sudah berapa lama tidak ada khabar berita
Tadi kelihatan Putri makan perlahan-lahan nampak macam tidak berselera, saya tanya Putri kenyang ka? Jawab Putri anu bang, Putri ingat dekat adik-adik di rumah. Putri makan sedap-sedap tapi adik di rumah mungkin belum makan dari pagi
Fuuu hancur hati kuuu mendengar Putri bercakap, terpaksa pakai cermin mata supaya tidak kelihatan mata masuk habuk
Bantu ambil dan hantar Putri ke sekolah
Banyak pesanan dan nasihat yang ku berikan buat adik Putri mudahan bermanafaat buatnya, dan kita menawarkan sepanjang UPSR berjalan. Kereta percuma ke hospital akan memberi perkhidmatan Putri hantar dan balik sekolah
Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik Putri seketika ini
Kawan-kawan yang ingin mengulurkan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depan masjid pengeran Galpam rumah kedua dari siring jalan bersebelahan warung makan
Menerusi laporan mStar, Khadir merupakan pengusaha perkhidmatan ‘kereta percuma ke hospital’ di sekitar Sandakan
Sumber: Facebook Padaedi Sandakan, mStar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/saya-tak-lalu-makan-ingatkan-adik2.html