Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili Ini Simbolik Untuk Curang Kaunselor Hj Hushim Salleh


Kecoh di media sosial isu “sos cili punca lelaki curang” tengah hangat dibincangkan. Thread itu berkongsi di mana suami boleh berubah hati apabila rakan sekerja perempuan membantu membuka pek sos cili. Perkongsian ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, terutamanya para isteri yang merasa geram dengan perkongsian tersebut.
Ramai yang mempersoalkan bagaimana tindakan sekecil itu boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Ada yang melihatnya sebagai simbolik kepada kurangnya penghargaan terhadap pengorbanan isteri yang telah lama bersama. Sebaliknya, ada juga yang menganggap isu ini sebagai gurauan semata-mata dan tidak perlu dibesar-besarkan.
Namun, di sebalik perdebatan ini, terserlah hakikat bahawa kepercayaan dan komunikasi dalam perkahwinan adalah aspek yang sangat penting. Perkara kecil seperti membuka pek sos cili mungkin kelihatan remeh, tetapi jika tidak ditangani dengan bijak, boleh menjadi titik tolak kepada masalah yang lebih besar.
Majalah Pa&Ma cakna isu ini, dengan ini kami mendapatkan ulasan bersama Kaunselor Berdaftar, Hj Hushim Hj Salleh dari Hushim Motivational And Counseling Consultancy yang berpengalaman lebih 35 tahun mengendalikan kes rumah tangga, termasuk kes-kes curang yang semakin menjadi-jadi dalam era moden ini
“Ini Simbolik Untuk Curang. Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili ” – Hj Hushim Salleh
Menurut Hj Hushim, isu paket sos cili  tu hanyalah simbolik kepada hubungan suami isteri yang dah hilang romantik
“Kes macam ni saya dah biasa dengar. Suami datang kaunseling, isteri pun ada… tapi semuanya berlaku bila komunikasi dah breakdown,” jelas beliau. Baru pagi tadi, beliau kendalikan kes seorang suami yang ada hubungan dengan PA sendiri. Bila ditanya, suami jawab “Di rumah, saya buat air sendiri. Di pejabat, PA layan manja… walaupun dia isteri orang.” Dalam pada itu, Hj Hushim turut menambah dalam banyak kes yang beliau kendalikan, punca utama berlaku kecurangan bukan sebab orang ketiga, tapi sebab kehilangan keintiman di rumah
•Dulu masa bercinta, romantik bukan main
•Tapi lepas kahwin, semua berubah
•Balik rumah, makan sendiri, minum sendiri
•Suami rasa tak dihargai, isteri pula penat bekerja dan rasa diabaikan
“Sekarang ni ada macam-macam apps dating. Kat pejabat ada yang panggil ‘baby’ dan ‘sayang’. Lama-lama jadi mesra, jadi terbiasa. Dari gurauan jadi cinta.” Dan realitinya, bukan suami je yang curang. Isteri pun ada yang berlaku curang  sebab rasa tidak disokong, tidak dihargai, dan akhirnya mencari tempat luah perasaan di luar
3 Kunci Bahagia Rumah Tangga – Pesanan Hj Hushim
Untuk elakkan tragedi kecil jadi retakan besar, Hj Hushim kongsikan 3 amalan penting: 1. Komunikasi Yang Konsisten “Tanya suami, nak minum apa. Ambilkan air. Duduk depan dia. Bunyi macam kecil, tapi itu yang lelaki nak.” 2. Sentuhan Fizikal & Pujian “Dah 20 tahun kahwin, jangan biar hanya telefon yang dipegang. Pegang tangan pasangan, puji dia. ‘Gebu lagi walaupun dah ada lima anak.’ Jangan lupa romantik.” 3. Jadi Pendengar Yang Baik “Bila dah tak bercakap, tak berkongsi, mulalah rasa tak dihargai. Dari situ datang masalah.” Perlu Tak Kaunseling Sebelum Terlambat? Jawapannya – Ya! “Pasangan sekarang sibuk. 90% wanita bekerja. Bila balik rumah dah penat. Suami pula tak tunjuk empati, malah ada yang cakap kasar,” jelas Hj Hushim
Akibatnya, wanita rasa sendiri dalam perkahwinan. Bila ada lelaki di pejabat yang dengar dan faham, hulur tangan terasa lebih disayangi, lebih bersemangat dan dihargai
Jadi untuk mengelak hubungan itu menjadi lebih suram, segera mendapatkan bantuan kauseling
Majalah Pa&Ma menyeru pasangan suami isteri ambil masa, duduk bincang, dapatkan kaunseling sebelum terlambat. Jangan tunggu sampai orang luar yang pujuk hati pasangan kita  
Sebagai masyarakat, kita perlu mengambil iktibar daripada isu ini dan berusaha untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan saling menghargai dan memahami antara satu sama lain.
 
The post “Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili. Ini Simbolik Untuk Curang. ” – Kaunselor Hj Hushim Salleh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-tak-hairan-dengan-isu-sos-cili-ini-simbolik-untuk-curang-kaunselor-hj-hushim-salleh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Curang Dengan Abang Wiring Kpm Rehatkan Guru Untuk Sementara Waktu Kita Mengambil Tanggungjawab Penuh

Hiburan Isu Curang Dengan Abang Wiring Kpm Rehatkan Guru Untuk Sementara Waktu Kita Mengambil Tanggungjawab Penuh

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 276 hits
Susulan isu curang melibatkan seorang guru dan abang wiring yang berlaku di Melaka wanita terbabit telah pun direhatkan sehingga siasatan mengenai hal ini selesai Difahamkan Menteri Pendidikan iaitu berkata bagaimanapun masih menjalankan tu...
Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 160 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC nbsp sita telefon bimbit dan kad SIM milik seorang individu yang dipercayai terlibat dalam penyebaran kandungan berunsur 3R di Facebook MCMC sita telefon k
Sprm Kenal Pasti Peneroka Isu Ceroboh Tanah Raub

Sprm Kenal Pasti Peneroka Isu Ceroboh Tanah Raub

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 155 hits
Al Sultan Abdullah bersama Tengku Hassanal ketika meninjau kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di Raub pada 9 Mei 2025 KUALA LUMPUR 10 Mei Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mengenal pasti peneroka pe...
Resipi Telur Bistik Sos Black Pepper Menu Simple Tapi Menggoda Selera

Resipi Telur Bistik Sos Black Pepper Menu Simple Tapi Menggoda Selera

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 246 hits
Sedap Telur Bistik Sos Black Pepper ni Siapa kata telur tak boleh jadi hidangan mewah Dengan sentuhan lada hitam yang pedas dan aromatik Telur Bistik ni jadi satu sajian yang mudah tapi penuh rasa Sesuai untuk mereka yang nak masak cepat ta...
Woiiiitttt Jangan Lari Nak Bagi Surat Saman Rafidah Jangan Ghaib Kata Khalid Samad Isu Terkait Fitnah Yang Dibuat R

Woiiiitttt Jangan Lari Nak Bagi Surat Saman Rafidah Jangan Ghaib Kata Khalid Samad Isu Terkait Fitnah Yang Dibuat R

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 223 hits
Surat saman terhadap pelakon dan pempengaruh Rafidah Ibrahim telah disiapkan namun usaha untuk menyerahkannya masih gagal kerana individu itu dikatakan tidak dapat dikesan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata saman t...
Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 283 hits
Azizan Osman adalah salah satu ikon paling berpengaruh dalam dunia keusahawanan di Malaysia Beliau merupakan pengasas RichWorks International sebuah syarikat latihan dan konsultasi perniagaan sejak tahun 2008 Sebagai pengasas RichWorks Inte...
Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 270 hits
Insiden menyayat hati melibatkan seekor anak gajah jantan berusia sekitar lima tahun yang maut selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80 Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli baru baru ini bukan sahaja meruntun hati netizen malah me...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam

Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort