Saya Tak Cukup Pekerja


BERNAMA
BENGKEL Abang Raja mula terkenal selepas video mengenai perkhidmatan membaiki motosikal yang ditenggelami banjir secara percuma tular di media sosial. Dengkil: "Saya perlukan pekerja tambahan (mekanik) untuk percepatkan proses repair (baiki) motosikal yang ditenggelami banjir. Ramai mangsa banjir di sekitar Dengkil hantar motosikal rosak ke bengkel saya lebih-lebih lagi selepas video saya mengenai perkhidmatan percuma ini tular di media sosial."
Itu luahan pemilik bengkel N Rajendran Motor, N Rajendran, 54, atau lebih dikenali sebagai Abang Raja berhubung kekurangan tenaga kerja yang dihadapinya berikutan sambutan menggalakkan daripada mangsa banjir yang merupakan pelanggan tetapnya.
"Jumlah motosikal rosak akibat banjir agak banyak ketika ini. Jadi saya harap mana-mana individu yang ada pengalaman dan pengetahuan membaiki motosikal untuk bekerja dengan saya.
"Kalau yang tinggal di luar Dengkil, saya akan tanggung kos penginapan, makanan dan minuman," katanya, semalam.
Nama Rajendran atau Raja Motor mula terkenal dan mencatat carian tertinggi di Google serta media sosial apabila video berdurasi 40 saat dimuat naik orang awam mula tular sejak 30 Disember lalu.
Menerusi video terbabit, Rajendaran yang ketika itu berada di Kampung Chemperai di sini, mempelawa penduduk menghantar motosikal yang rosak akibat ditenggelami banjir ke bengkelnya di pekan Dengkil.
Susulan itu, beliau tidak menang tangan membaiki pelbagai jenis motosikal bersama dua pekerjanya, malah terpaksa memanjangkan waktu operasi bengkel sehingga jam 9 malam.
"Sebagai ganjaran kepada pekerja dan bakal pekerja, saya akan berikan bonus sebab sanggup bantu saya realisasikan niat ikhlas ini. Ini masanya saya balas jasa pelanggan (mangsa banjir) yang selama ini sokong perniagaan saya," katanya yang membuka bengkel motosikal sejak 33 tahun lalu.
Sehingga kini katanya, beliau dan pekerjanya sudah membaik pulih lebih 80 motosikal milik mangsa banjir yang tinggal di sekitar Dengkil.
Bapa kepada empat anak berusia 15 dan 25 tahun itu berkata, beliau terdetik untuk menghulurkan bantuan seumpama itu apabila mengenangkan nasib mangsa banjir yang bukan sahaja perlu menanggung kos membaik pulih kenderaan, malah pelbagai kos lain.

Ditanya mengenai proses baik pulih, beliau berkata, setiap motosikal mengambil masa satu dan dua jam untuk dibaik pulih dengan semua kos penggantian seperti palam pencucuh, minyak hitam serta penapis udara akan ditanggungnya termasuk mencuci kesan lumpur pada motosikal.
Justeru, beliau meminta setiap pemilik motosikal untuk bersabar dan tidak tergesa-gesa untuk membawa pulang motosikal mereka kerana beliau ingin memastikan perkhidmatan ditawarkan itu dapat memuaskan hati pemilik serta tidak mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.
"Saya nak bantu dari segi wang ringgit tidak mampu sebab rumah dan barang dalam rumah saya juga rosak akibat banjir. Jadi kemahiran membaiki motosikal ini saya manfaatkan. Saya cuma harap mereka doakan perniagaan saya maju," kata anak jati Selangor itu.
Sementara itu, pekerja bengkel terbabit, Muhd Nur Firdaus Che Razali, 21, tidak menyangka niatnya untuk bekerja sekadar mengisi masa lapang sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan automotif memberikan pengalaman berharga selain peluang mendalami ilmu pembaikan motosikal.
Pelajar lulusan Sijil Automotif di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, Johor itu mula bekerja di bengkel berkenaan bulan lalu.
"Saya nak tambah pengetahuan dan pengalaman tetapi tak sangka banjir berlaku serta Abang Raja tawarkan khidmat baik pulih percuma. Ini peluang saya sebab bila nak lanjutkan pelajaran peringkat diploma, saya kena ada ilmu asas berkaitan motosikal," katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/saya-tak-cukup-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Terjadi Di Pltu Teluk Sirih Padang 1 Pekerja Tewas Saat Memadamkan Api

Kebakaran Terjadi Di Pltu Teluk Sirih Padang 1 Pekerja Tewas Saat Memadamkan Api

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 190 hits
Kebakaran terjadi di kawasan Pembangkit Listrik Tenaga Uap Teluk Sirih Bungus Teluk Kabung Padang Sumatera Barat pada Sabtu pagi sekitar pukul 04 00 WIB
Analisis Disember Menunjukkan Penghijrahan Besar Besaran Pekerja Di As

Analisis Disember Menunjukkan Penghijrahan Besar Besaran Pekerja Di As

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 249 hits
Bilangan pekerja yang meninggalkan pekerjaan mereka serta trend yang muncul ke arah kelembapan dalam pengambilan pekerja di syarikat besar AS pada bulan Disember mungkin menunjukkan gelombang coronavirus semasa masih menjejaskan majikan kat...
Sedia 20k Peluang Kerja Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

Sedia 20k Peluang Kerja Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 196 hits
Solusi menghantar tenaga kerja Terengganu ke Selangor sebagai memenuhi janji manifesto pilihan raya Pas dikritik banyak pihak Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail kerajaan Pas sepatutnya lebih kreatif dal...
Kasus Narkoba Pekerja Asal Indramayu Divonis Pengadilan Hong Kong 20 Tahun Bui

Kasus Narkoba Pekerja Asal Indramayu Divonis Pengadilan Hong Kong 20 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 212 hits
Juwarih mengatakan dari keterangan pihak keluarga pekerja migran yang bernama Yayu Masih warga Desa Tukdana Kecamatan Indramayu tekah divonis hukuman penjara 20 tahun pada Agustus 2021
Lirik Cukup Itu Saja Shaff Asran

Lirik Cukup Itu Saja Shaff Asran

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 203 hits
berat bibir iniuntuk akumengungkapkan cintakaku tubuh iniuntuk akumulakan langkah kucinta dalam diamkekal jadi rahsiakurela cinta ini biarkan terpendamrela hati ini ku abaikanhanya dengan tahu dirimu bahagiacukup itu sajasanggup ku hanya me...
Saya Ni Dah Lah Bergeiut Setiap Hari Kerja Tak Cukup Ke Pemberian Saya Rm50 Pada Lstri

Saya Ni Dah Lah Bergeiut Setiap Hari Kerja Tak Cukup Ke Pemberian Saya Rm50 Pada Lstri

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 369 hits
Saya merupakan seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak Isteri saya tak bekerja Saya tak nafikan isteri saya sangat bagus dalam mengurus rumahtangga Cuma yang menjadi persoalan dan pertanyaan saya yang belum terjawab Benarkah dalam kehidu...
Apam Jagung Gebu Ni Pasti Tak Cukup Satu

Apam Jagung Gebu Ni Pasti Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 234 hits
Beli jagung offer hiris kemudian di frozenkan Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni boleh la guna buat menu dengan bahan yang ada saja Janji dapat hidang untuk seisi keluarga APAM JAGUNG GEBUBahan bahan 1 cawan jagung krim2 cawan tepung gandu...
Tak Benarkan Pengeluaran Kwsp Kesatuan Pekerja Bank Sokong Keputusan Kerajaan

Tak Benarkan Pengeluaran Kwsp Kesatuan Pekerja Bank Sokong Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 264 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru baru ini berkata kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran lanjut KWSP PETALING JAYA Kesatuan Kebangsaan Pekerja pekerja Bank menyokong ketegasan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kew...
Kadar Pengangguran Terengganu Tinggi Solusi Kerajaan Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

Kadar Pengangguran Terengganu Tinggi Solusi Kerajaan Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 248 hits
Solusi menghantar tenaga kerja Terengganu ke Selangor sebagai memenuhi janji manifesto pilihan raya Pas dikritik banyak pihak Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail kerajaan Pas sepatutnya lebih kreatif dal...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital