Saya Tak Boleh Kawal Sering Dikritik Malas Menari Jennie Bp Dedah Perkara Sebenar
Peminat pasti tahu bahawa Jennie BLACKPINK sering menerima kritikan kerana kelihatan kurang ‘bertenaga’ ketika membuat persembahan di atas pentas..
ARTIKEL BERKAITAN
Muat Naik Foto Ketika Keluar 'Dating', Jennie Sahkan Hubungan Cintanya Dengan V BTS?
Terbaru, Jennie telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan podcast Dua Lipa “Dua Lipa: At Your Service”, di mana idola itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara tentang dirinya.
Dalam siaran itu, Dua Lipa ada bertanya kepada Jennie,
Adakah awak pernah disalah faham oleh orang dan apakah beberapa perkara yang awak harap awak dapat berkongsi jika diberi peluang?
Respon Jennie,
Sejak pandemik COVID-19 dan sehingga sekarang, saya belajar untuk menjaga badan saya dan banyak belajar tentang diri saya. Ini kerana, saya kerap mencederakan diri sendiri semasa persembahan berbanding dengan ahli lain dan ia adalah satu perkara yang memberi tekanan dalam hidup saya. Saya seperti ‘Saya jatuh lagi, saya tersandung lagi’.
Sambung penyanyi “SOLO” itu lagi,
Jadi, saya rasa saya telah mengecewakan peminat saya pada satu ketika dalam hidup saya, di mana ia seolah-olah saya tidak memberikan yang terbaik. Tetapi, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak tahu bagaimana untuk mengawal badan saya dan menggunakan badan saya dengan cara yang sepatutnya. Saya masih dalam proses untuk belajar tentang diri saya.
Selepas mendengar luahan wanita itu, Dua Lipa berkata,
Saya rasa itu penting. Proses untuk pergi membuat persembahan dan menjelajah, pada masa yang sama, ingin memikirkan tentang diri awak sementara menjadi perhatian umum adalah sedikit menakutkan. Tiada siapa tahu apa yang berlaku di belakar tabir jadi ia sangat bagus untuk awak berkongsi tentang momen itu kerana awak juga adalah seorang manusia.
Sementara itu, episod penuh Jennie dalam podcast “Dua Lipa: At Your Service” boleh didengari di SINI!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
The post “Saya Tak Boleh Kawal..” – Sering Dikritik ‘Malas’ Menari, Jennie BP Dedah Perkara Sebenar first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-tak-boleh-kawal-sering-dikritik-malas-menari-jennie-bp-dedah-perkara-sebenar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saya-tak-boleh-kawal-sering-dikritik-malas-