Saya Tak Biasa Orang Jerit Jerit Dekat Saya Rosmah


 
Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Disember 23, 2021 @ 2:42pm

[email protected]






KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor bermula tegang apabila pihak pendakwaan dan pembelaan saling bertikam lidah berhubung keterangan isteri bekas Perdana Menteri itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Oktober 2018.

Ia berikutan pihak pembelaan dilihat sering mencelah ketika Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyoal balas Rosmah dan membantah soalan yang diajukan kepada anak guamnya, terutama membabitkan keterangannya kepada SPRM.

Terdahulu, sebaik saja Rosmah selesai mengangkat sumpah memberi keterangan, Sri Ram terus bertanyakan soalan kepada tertuduh.

Tindakan itu menyebabkan Rosmah meminta Sri Ram supaya membenarkan beliau untuk mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Rosmah minta maaf kerana tak hadir mahkamah minggu lalu

·         Jadi kontak COVID-19, bicara Rosmah ditangguh

·         'Saya tak keruan, SPRM kata usah paranoid'

·         Rosmah gagal mohon hakim tarik diri

Sri Ram kemudian menyoal Rosmah mengenai keterangannya kepada SPRM yang menyatakan beliau tidak mengenali Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin (SP17) dan rakan niaga Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah (SP16).

Sri Ram: Ada sesiapa memaksa anda membuat keterangan itu?

Rosmah: Tiada paksaan.

Sri Ram: Anda menyatakan bahawa "saya tidak kenal Saidi atau mendengar nama Jepak Holdings dan Rayyan Radzwill..saya tidak pernah berjumpa kedua-dua orang ini. Anda bersetuju bahawa ia adalah bukan perkara sebenar.

Rosmah: Tidak. Dalam masa saya berjumpa dua tiga minit ke macam tu…mana saya nak ingat dan saya berjumpa dengan ramai orang.

"Mestilah saya cakap tak kenal, cuba periksa maksud 'kenal' dalam kamus. Saya memang tak kenal dia, sebab dia bukan kawan atau kenalan saya," katanya.

Bagaimanapun, sepanjang disoal balas, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh kerap kali membantah soalan yang diajukan kepada anak guam mereka.

Sri Ram kemudian meminta Rosmah mengesahkan bahawa suara dalam rakaman audio SPRM "can I advise you something" adalah milik beliau dan suaminya.

Rosmah: Tidak. Saya tidak boleh mengesahkannya kerana tiada siasatan saintifik dilakukan ke atasnya.

Sri Ram: Beberapa saksi memberi keterangan bahawa mereka mengenal pasti itu adalah suara anda dan suami?

Rosmah: Dan anda seharusnya mempercayai perkara itu?

Sri Ram: Anda tidak boleh tanya saya soalan. Jangan bertengkar dengan saya. Kalau anda mahu bertengkar dengan saya, saya akan meminta mahkamah mengeluarkan arahan terhadap anda.

Rosmah: Saya bukan mahu bertengkar, saya nak jawab. Tapi janganlah jerit-jerit dekat saya. Saya tak biasa orang jerit-jerit dekat saya.

Mendengar kekecohan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan meminta Rosmah menjawab ya atau tidak sahaja.

"Saya cadangkan anda dengar soalan, berikan jawapan yang pendek, kalau anda perlu jelaskan, jangan risau, ia boleh dilakukan ketika pemeriksaan semula," kata hakim.

Sri Ram: Saya cadangkan kepada anda bahawa itu adalah suara anda?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya juga cadangkan dalam perbualan itu anda membuat rujukan kepada pelantikan jawatan awam?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan, anda tidak mahu dikaitkan dengan kandungan rakaman audio berkenaan kerana ia mengesahkan bahawa anda menasihatkan suami anda berhubung pelantikan jawatan awam?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan bahawa kandungan rakaman audio berkenaan adalah benar:

Rosmah: Tidak, ia adalah sememangnya mengarut.

Sri Ram: Anda mempunyai pilihan untuk mencabar keterangan saksi yang mengenal pasti suara anda dalam rakaman audio berkenaan, tetapi tidak berbuat demikian, kerana ia adalah suara anda?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan, bahawa kebenarannya adalah seperti yang diceritakan oleh (Datuk) Rizal Mansor.

Rosmah: Tidak setuju

Rosmah juga tidak bersetuju bahawa beliau menerima wang daripada saksi ke-16 pendakwaan dan menolak cadangan Sri Ram bahawa kenyataannya dalam pernyataan saksi adalah tidak benar.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya, Rizal.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan kes itu bersambung esok.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/saya-tak-biasa-orang-jerit-jerit-dekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Sado Tak Hirau Tanggapan Lelaki T4kut Nak Dekat Angkat Apa Saja Kalau Tak Pergi Gym Tong Gas Pun Boleh

Wanita Sado Tak Hirau Tanggapan Lelaki T4kut Nak Dekat Angkat Apa Saja Kalau Tak Pergi Gym Tong Gas Pun Boleh

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 353 hits
SvSUK tvbuhnya yang sado menyebabkan ada yang mentertawakan dirinya malah ada yang kata lelaki akan t4kut untuk mendekati dirinya Bukan itu sahaja tindakannya menggunakan tong gas sebagai alat senaman turut menjadi bahan jenaka sesetengah p...
Dedaun Langat Resort Percutian Yang Dekat Dengan Alam

Dedaun Langat Resort Percutian Yang Dekat Dengan Alam

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 461 hits
Hujung minggu kena cari idea baru selepas ke Terengganu menikmati Pulau Kapas dan juga ke Banting kami teruskan perjalanan percutian singkt hujung minggu kami sekeluarga Kemana kita nak bercuti Yeah Akhirnya setelah berbulan booking kami be...
Musuh Di Luar Mahkamah Rosmah Najib Tegar

Musuh Di Luar Mahkamah Rosmah Najib Tegar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 419 hits
Tiada lagi selindungWajar Rosmah Najib saman untuk menutup fitnah kebenaran dari mulutnya
Najib Dan Rosmah Difitnah Sangat Teruk

Najib Dan Rosmah Difitnah Sangat Teruk

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 443 hits
Walaupun saya mahu mengapa saya perlu menggunakan Rizal sedangkan saya mempunyai suami yang tidur dengan saya Tidak bolehkan saya suruh beliau melakukannya Dulu Rizal seorang yang selalu mempertahan Rosmah dalam apa jua serangan dan kritika...
Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam

Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 225 hits
Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam Kalau nak buat sendiri mudah sahaja caranya Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini tentunya lebih jimat dan boleh makan puas puas Nak tahu cara bu...
Ambil Angin Dekat Afamosa Outlet Melaka

Ambil Angin Dekat Afamosa Outlet Melaka

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 245 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu cuti sekolah kan jom ler bawa budak budak nie pi ambik angin kat Afamosa yer kita masih ikut sop yerTaken pictures hereMasa nie tema dia Biasa lar kat Afamosa Outlet ni macam macam ado Huhuuuu Even kata ko sesa...
Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 436 hits
Seorang wanita yang juga bergelar isteri kantoi bermain kayu tiga bersama lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah
Balur Dadah Dekat Bebird Lepas Tu Tak Mengaku Pula

Balur Dadah Dekat Bebird Lepas Tu Tak Mengaku Pula

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 228 hits
Patrick Florence 34 menafikan dadah dibalut pada kemaluannya adalah miliknya newsbreak com CLEARWATER FLORIDA Seorang lelaki di negeri Florida yang ditahan kerana melilit beberapa bungkusan dadah jenis kokain dan methamphetamine pada kemalu...
Apakah Lepas Kita Diuji Kita Lagi Dekat Dengan Allah Atau Bagaimana

Apakah Lepas Kita Diuji Kita Lagi Dekat Dengan Allah Atau Bagaimana

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 227 hits
Apakah ujian itu manfaat Ya kalau ujian itu implikasi akhirnya membuatkan kita lebih kuat sembahyang kita lebih kuat zikir kita jauh daripada perbuatan negatif bukankah itu satu manfaat dan kemajuan juga buat kita Apakah lepas kita diuji ki...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid