Saya Tak Ambil Swafoto Saya Guna Telefon Sebagai Cermin Najib


Foto oleh Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau mengambil swafoto semasa prosiding mahkamah berlangsung tetapi sebaliknya menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin untuk memeriksa penampilan dirinya.


Loading... Isu itu dibangkitkan oleh pendakwa 'ad hoc' Datuk V. Sithambaram yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah atau garis panduan berikutan laporan media yang tersebar luas yang mengatakan Najib telah mengambil swafoto semasa perbicaraannya.

Ketua peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah lantas bangun berdiri dan mengatakan laporan itu telah diterbitkan oleh laman berita 'The Edge' lalu beliau menuding ke arah pemberita yang duduk di galeri awam.

"Dari tempat dia (pemberita) duduk dia seolah-olah dapat menyimpulkan bahawa Najib mengambil gambar swafoto dan beliau malah mengatakan (dalam laporan berita ditulisnya) bahawa Najib kelihatan sedih dari belakang (Najib duduk dalam kandang tertuduh di mana pemberita dapat melihatnya dari belakang).

Laporan itu sebenarnya tidak masuk akal, malah langsung tidak mempunyai nilai berita, dan ini bukan kali pertama dia melakukan hal seperti itu.

“Saya telah bertanya kepadanya (Najib) dan beliau mengatakan beliau tidak melakukan hal itu (mengambil swafoto) tetapi menggunakan telefonnya sebagai cermin, kerana beliau berasa ada sesuatu benda tajam di keningnya,” kata Muhammad Shafee sebelum perbicaraan Najib bersambung semula pada sesi petang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Muhammad Shafee menegaskan bahawa laporan itu tidak disenangi dan menyifatkan pemberita berkenaan tiada perkara lain yang boleh ditulis ataupun dia bosan mengikut prosiding perbicaraan.

"Sekiranya mereka (pemberita) hendak dilayan sebagai 'estet keempat' (the fourth estate), mereka tidak patut berkelakuan seperti orang estet," tambah beliau.

Sithambaram menjawab, isu di hadapan mahkamah ialah sama ada Najib telah mengambil swafoto atau tidak.

Muhammad Shafee kemudian meminta mahkamah bertanya sendiri kepada anak guamnya mengenai perkara itu.

Hakim Mohd Nazlan: Boleh tidak kita tanya dia (Najib) sama ada dia mengambil gambar swafoto atau tidak.

Najib: Yang Arif, saya guna (telefon bimbit) sebagai cermin untuk memeriksa penampilan diri saya, itu saja.


Hakim Mohd Nazlan kemudian penerima penjelasan Najib dan mengingatkan semua pihak bahawa mengambil gambar dan merakam tidak dibenarkan di dalam mahkamah.

"Saya ingin mengingatkan, sebagai peringatan umum mengenai isu yang telah dikemukakan dalam mahkamah ini, saya perlu tegaskan sekali lagi bahawa sebarang bentuk rakaman dan fotografi tidak dibenarkan dalam mahkamah.

"Jika swafoto diambil sebentar tadi, di mana tertuduh menafikannya, ia adalah tindakan menghina mahkamah," kata beliau sambil menambah sesiapa yang tertangkap mengambil gambar dalam mahkamah terbuka akan dikenakan tindakan tegas termasuk menyerahkan telefon itu kepada mahkamah.

Hakim itu berkata kesucian perjalanan prosiding mahkamah perlulah sentiasa dihormati. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/saya-tak-ambil-swafoto-saya-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tidak Ambil Gambar Cuma Guna Cermin Najib Jawab Soalan Hakim

Saya Tidak Ambil Gambar Cuma Guna Cermin Najib Jawab Soalan Hakim

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 325 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari ke 16 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun ...
Ibu Ralit Guna Telefon Nyawa Bayi 8 Bulan Melayang Digilis Lori

Ibu Ralit Guna Telefon Nyawa Bayi 8 Bulan Melayang Digilis Lori

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 507 hits
SEORANG bayi lapan bulan yang sedang belajar bertatih maut digilis sebuah treler apabila walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan di Soi Suksawat 84 Thailand Pemandu treler berkenaan kemudiannya menghentikan lori tersebut sebelu...
Kenapa Guan Eng Kena Guna Jelutong Untuk Jawab Najib

Kenapa Guan Eng Kena Guna Jelutong Untuk Jawab Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 542 hits
Kenapa Guan Eng tak jawab sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang seolah olah membantu Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan Najib sebelum itu membalas kenyataan Guan En...
Denda Jika Guna Telefon Bimbit Pakai Perhiasan Ketika Berniaga Di Bazar Ramadan

Denda Jika Guna Telefon Bimbit Pakai Perhiasan Ketika Berniaga Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 435 hits
Astro Awani Ku Nafisah berkata seramai 52 penganjur bazar Ramadan di Pulau Pinang sudah mengikuti taklimat berhubung pengendalian makanan dan penjagaan kebersihan BERNAMA Fail KEPALA BATAS Peniaga bazar Ramadan yang menggunakan telefon bimb...
Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 397 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 14 Mei Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri ...
Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 641 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa sehingga ke hari ini kerajaan Pakatan Harapan masih gagal membuktikan kesemua barangan dan wang yang dirampas di kediaman beliau tahun lalu berkaitan dengan 1Malays...
Dap Sabah Tuntut Najib Mohon Maaf Kritik Ceramah Dap Guna Aset Mps

Dap Sabah Tuntut Najib Mohon Maaf Kritik Ceramah Dap Guna Aset Mps

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 372 hits
Bernama Phoong berkata sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman Najib tentu tahu setiap peraturan yang ditetapkan Foto Facebook phoongjinzhe SANDAKAN Setiausaha Publisiti DAP Sabah Phoong Jin Zhe menuntut bekas Perdana Menteri Datuk ...
Xiaomi Mengacah Pengenalan Telefon Redmi Dengan Kamera Swafoto Pop Naik Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mengacah Pengenalan Telefon Redmi Dengan Kamera Swafoto Pop Naik Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 302 hits
Sejumlah pengeluar telah hadir dengan peranti yang menggunakan mekanisma kamera pop naik dan kini nampaknya Xiaomi turut tidak ingin ketinggalan Dalam video acah terbaru yang dikongsikan pihak Xiaomi mereka memperlihatkan bakal memperkenalk...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah