Saya Sudah Lali Tak Mahu Anak Pula Diejek


Kuala Lumpur: “Muka itu kena sumpah ke?” antara komen yang dilontarkan seorang pelayar di aplikasi TikTok kepada Shaharizah Sahari yang memiliki tanda lahir di pipi kanannya
Shaharizah, 35, kemudiannya memuat naik hantaran balas video dengan menyatakan tanda lahir yang dimilikinya itu tidak seharusnya dianggap sebagai ‘sumpahan’ tetapi kurniaan Tuhan kepadanya sejak lahir lagi.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet sehingga meraih jutaan tontonan di akaun TikTok miliknya
Menurutnya, ia bukanlah kali pertama menerima ejekan kerana mempunyai kelainan pada rupa parasnya.
“Saya sebenarnya tidak termakan dengan komen sebegitu kerana sudah lali.
“Sejak kecil lagi saya terima banyak ejekan daripada rakan-rakan sekolah.
“Sampai ada satu hari, saya pernah berniat mahu membunuh diri dengan pisau ketika berusia 12 tahun, namun apabila meningkat dewasa saya menerimanya (tanda lahir) dengan reda,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia juga tidak menyangka hantarannya di TikTok memperoleh jutaan tontonan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada warganet supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang komen di media sosial.
“Pada awalnya terasa juga, apabila baca komen warganet lain terus gembira dan seronok.
“Walaupun terima satu komen negatif tetapi ratusan yang membalasnya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya sekeluarga.
“Sekarang hanya fikirkan perasaan anak, saya tidak mahu dia menerima ejekan kerana wajah ibunya sebegini,” katanya.
Shaharizah berkata, pelbagai alternatif rawatan dibuat bagi memudarkan tanda lahir pada wajahnya termasuklah rawatan moden dan tradisional.
Menurutnya, dia pernah cuba buat melakukan rawatan memudarkan dan menghilangkan ketulan tanda lahir itu supaya kelihatan lebih cantik sebelum berkahwin dengan suaminya, Zaidi Daing Pasolong, 38, pada Jun 2018 tetapi ia kurang berkesan.
“Saya masih lagi berharap permohonan untuk melakukan rawatan laser di hospital kerajaan diterima kerana rawatan di klinik atau hospital swasta agak mahal.
“Ketumbuhan biji-biji pada wajah ini juga buat saya tidak selesa dan sering sakit kepala,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menganggap rupa parasnya sebagai kelemahan diri kerana tanda lahir itu bukanlah suatu kecacatan.
“Saya bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat, boleh bekerja dan mampu menyara keluarga,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Johor Bahru, Johor.
Dia juga bersyukur apabila Allah kurniakannya penghibur hati, Muhammad Aisy Ziqri Zaidi, anak lelaki yang baik dan sempurna berusia 18 bulan.
Terdahulu, perkongsian Shaharizah yang dimuat naik pada Oktober lalu tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan, 64,000 tanda suka dan 2,000 komen setakat ini-HM
“Perut Cover Sikit..” Penampilan Reen Rahim Tarik Perhatian Netizen..

The post ‘Saya sudah lali, tak mahu anak pula diejek’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/18/saya-sudah-lali-tak-mahu-anak-pula-diejek/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 335 hits
Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja Lagi perit arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi Pe...
Isteri Lahirkan Anak Pramatang Sebab Stress Melampau Bayi Pula Berdepan Risiko Sakit

Isteri Lahirkan Anak Pramatang Sebab Stress Melampau Bayi Pula Berdepan Risiko Sakit

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 388 hits
Sepanjang tempoh kehamilan perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa Tetapi jika berlebihan ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan Memahami emosi ibu mengandung Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua Na...
Ubat Terbaik Ibu Ayah Anak Yang Mood Tak Ok Terapinya Alam Lihatlah Kesannya

Ubat Terbaik Ibu Ayah Anak Yang Mood Tak Ok Terapinya Alam Lihatlah Kesannya

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 387 hits
Terapi alam adalah salah satu terapi terbaik untuk diri dan emosi berada dalam keadaan baik Tak kisahlah apa aktiviti sekalipun ia mampu memberi ketenangan kepada setiap individu sama ada orang dewasa atau anak anak Jika ada kesempatan ambi...
Silapnya Kita Marahkan Anak Tak Baca Buku Tapi Tak Marah Bila Tak Solat Tak Baca Al Quran

Silapnya Kita Marahkan Anak Tak Baca Buku Tapi Tak Marah Bila Tak Solat Tak Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 331 hits
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat anak anak Kita mungkin bukan ibu bapa yang terbaik tapi pastinya kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik demi anak anak Dalam mendidik anak anak p...
Anak Siapa Ni Bawak Moto Duduk Tak Jejak Kaki Kat Tanah

Anak Siapa Ni Bawak Moto Duduk Tak Jejak Kaki Kat Tanah

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 304 hits
Anak siapalah tu Bawak moto duduk tak jejak kaki kat tanah tapi dah pandai ligan siap nak pacak lagi Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak ...
Bila Eksiden Salahkan Yang Melanggar Netizen Geram Ibu Bapa Biarkan Anak Bawah Umur Tunggang Motosikal

Bila Eksiden Salahkan Yang Melanggar Netizen Geram Ibu Bapa Biarkan Anak Bawah Umur Tunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 497 hits
Melihat kanak kanak menunggang basikal yang tidak padan dengan saiz badannya adalah satu kebiasaan Tetapi apabila melihat kanak kanak menunggang motosikal Honda EX5 yang jelas dan ketara sekali besar dari saiz badannya itu adalah luar biasa...
Sebut Dan Bunyi Kaedah Mudah Ajar Anak Membaca

Sebut Dan Bunyi Kaedah Mudah Ajar Anak Membaca

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 258 hits
Apa tujuan utama anda menghantar anak ke TADIKA Salah satunya mesti disebabkan anda mahu anak boleh membaca Pasti juga anda akan mencari TADIKA yang menggunakan kaedah membaca yang bagus dan cepat dikuasai Sebagai ibu bapa adalah tidak sala...
Anak Melayu Cipta Game Popular Di Amerika

Anak Melayu Cipta Game Popular Di Amerika

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 491 hits
FOTO FIKRI YUSOFMungkin orang Amerika Syarikat selepas ini biasa menyebut Opocot dan Adoi bahasa pasar dalam kalangan rakyat tempatan susulan permainan video No Straight Roads laris di negara itu Malah ia antara 45 judul paling banyak diper...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya