Anak Melayu Cipta Game Popular Di Amerika


FOTO FIKRI YUSOF
Mungkin orang Amerika Syarikat selepas ini biasa menyebut ‘Opocot’ dan ‘Adoi’, bahasa pasar dalam kalangan rakyat tempatan, susulan permainan video ‘No Straight Roads’ laris di negara itu.
Malah, ia antara 45 judul paling banyak diperkatakan di dunia pada tahun ini berdasarkan penilaian metacritic.com, portal yang menentukan kedudukan permainan video
Permainan yang direka Wan Hazmer Wan Abd Halim, 40, dan sepupunya, Daim Dziauddin, 40, memasukkan entri bahasa itu dalam babak tertentu.
Dilancarkan 25 Ogos lalu, ia juga menampilkan watak yang bertutur menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dengan gerak-geri seakan-akan dikir barat dan wayang kulit.
Ini bukan pertama kali Wan Hazmer berbuat demikian. Melalui siri permainan ‘Final Fantasy 15’ – pernah mencatat jualan tertinggi di Amerika dan nombor satu di Jepun – elemen tempatan seperti roti canai, teh tarik dan sate ditonjolkan. Malah, beliau juga menjadikan bandar Taiping sebagai latar tempat.
Wan Hazmer Wan Abd HalimPada masa ini, industri permainan video menunjukkan peningkatan drastik, tidak seperti sektor lain yang merudum akibat wabak Covid-19 melanda dunia. Mengikut AFP pada 23 April, perbelanjaan orang ramai ke atas permainan elektronik seluruh dunia mencecah AS$10 juta (RM43.6 bilion) pada Mac.
Laporan AFP juga menunjukkan syarikat gergasi Nintendo menjual lima juta permainan video mesra keluarga iaitu ‘Animal Crossing: New Horizons’, menjadikan ia permainan digital paling tinggi dijual dalam tempoh sebulan.
Minat
Minat Wan Hazmer tertanam sejak kecil apabila bapanya menghadiahkannya konsol Atari, permainan video yang popular pertengahan 1980-an dan 1990-an.
Ketika belajar di Universiti Asia Pacific (APU) dalam jurusan pengkomputeran (programming), beliau mula memahami aspek reka cipta berpandu buku dan artikel dalam talian.
Beliau kemudian berhijrah ke Negara Matahari Terbit pada 2008 untuk mendalami pengetahuan mengenai permainan video. Namun, beliau terlebih dahulu menguasai bahasa Jepun. Justeru, Wan Hazmer mengambil masa 16 bulan untuk mempelajarinya di Sekolah Bahasa Jepun Yamano di Shibuya.
“Selepas fasih, saya buat 10 halaman kertas kerja permainan video dan menghantarkannya kepada beberapa syarikat termasuk ke Square Enix sebelum diterima bekerja,” katanya.
Berkhidmat tujuh tahun di sana, beliau mengetuai pasukan rekaan siri permainan Final Fantasy 15.
“Mencipta rekaan permainan video umpama arkitek, kita wujudkan keseronokan dalam permainan termasuk mencipta pengalaman permainan dengan merancang dan membuat susun atur bagi setiap peringkat dan juga kejadian tertentu,” katanya.
Kembali ke tanah air
Selepas lama mendiami Tokyo, Jepun, beliau pulang ke tanah air pada 2018 untuk menubuhkan syarikat sendiri dan membuat permainan video yang ada ciri-ciri Malaysia.
Pada Mei 2018, berbekalkan modal RM300,000 beliau menubuhkan Metronomik yang kini ada 20 kakitangan, semuanya terlibat dalam membangunkan ‘No Straight Roads’.
Wan Hazmer Wan Abd Halim berhijrah ke Jepun pada 2008 untuk mendalami pengetahuan mengenai permainan videoWan Hazmer berharap permainan rekaannya bukan sahaja memberi keasyikan kepada pemainnya tetapi mendedahkan mereka kepada pengalaman sebagai orang Malaysia di samping mempamer budaya hidup tempatan kepada mereka.
Malah, salah satu watak jahat iaitu Eve menggunakan suara pelakon sitkom popular ‘Kopitiam’; Joanna Bessey dan turut menjalin kerjasama dengan pemuzik Az Samad, anak Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Semua itu dilakukan Wan Hazmer apabila beliau mendapati kebanyakan permainan video Jepun menonjolkan latar tempat, budaya dan ciri-ciri negara tersebut.
No Straight Roads boleh dimainkan melalui empat platform iaitu Playstation 4, Xbox, Nintendo Switch dan komputer. Ia merupakan permainan bertema muzik dan dimainkan sebagai dua watak iaitu Mayday dan Zuke.
Misi mereka? Membebaskan Bandar Vinyl dari pemerintahan kuku besi puak genre electronic games music (EDM) yang mengharamkan muzik rock.
EDM merupakan genre muzik terkenal pada akhir 80-an dan masih dimainkan di kelab-kelab malam. EDM sebenarnya evolusi kepada muzik elektronik.
Beliau yang mendapat sokongan dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berbangga mampu menghasilkan sesuatu yang ‘segar’ dalam bidang permainan video.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/anak-melayu-cipta-game-popular-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Ucap Tahniah Anak Malaysia Juara Pertandingan Nasa Cipta Tandas Untuk Angkasawan

Agong Ucap Tahniah Anak Malaysia Juara Pertandingan Nasa Cipta Tandas Untuk Angkasawan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 283 hits
Murid cilik Zyson Kang Zy Shun berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat Murid ta
Simpan Buat Tatapan Anak Cucu Kesultanan Melayu Melaka

Simpan Buat Tatapan Anak Cucu Kesultanan Melayu Melaka

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 241 hits
Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting Banyak perkataan Arab seperti ilmu faedah fardhu sedekah hikmat dan lain lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu da...
Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 266 hits
Umum sedia makum bahawa pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin sedang menjalani proses ujian persenyawaan in vitro bagi mendapatkan zuriat Menerusi laman Instagram dia tidak lokek berkongsi perjalanan proses itu dengan peminatn...
Asyik Selfie Wanita Ini Tak Sadar Anaknya Tenggelam Ogah Lepaskan Hp Saat Tolong Anak

Asyik Selfie Wanita Ini Tak Sadar Anaknya Tenggelam Ogah Lepaskan Hp Saat Tolong Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 196 hits
Sudah menjadi kewajiban orangtua untuk melindungi anaknya dari segala bahaya yang mengancam Namun kecanduan teknologi sekarang ini sering membuat orangtua justru lebih mementingkan smartphone daripada buah hati Seperti yang terlihat dalam v...
Lepas Tiada Pembantu Betty Rahmad Ardy Ada Rutin Baru Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak Kemas Rumah

Lepas Tiada Pembantu Betty Rahmad Ardy Ada Rutin Baru Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak Kemas Rumah

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 447 hits
Menguruskan anak yang masih kecil dan dalam masa yang sama mempunyai jadual kerja yang padat pastinya urusan di rumah lebih beres apabila mempunyai pembantu Namun ketiadaan pembantu bukanlah alasan untuk tidak meneruskan rutin harian disamp...
Dah Nama Anak Lelaki Biasalah Suka Berlari Melompat Memanjat Semua Tu Bagus

Dah Nama Anak Lelaki Biasalah Suka Berlari Melompat Memanjat Semua Tu Bagus

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 470 hits
Sebenarnya anak yang aktif dan lebih suka explore itu tandanya dia sedang mendapatkan rangsangan yang positif dari persekitarannya Selagi tak membahayakan berilah galakan dan pantaulah perkembangannya Biarkan anak belajar sesuatu yang berma...
Jenaz4h Ibu Belum Dikebvmi Tapi Anak Ceria Di Tanah Perkvburan Sehinggalah Kain Penutup Wajah Diselak

Jenaz4h Ibu Belum Dikebvmi Tapi Anak Ceria Di Tanah Perkvburan Sehinggalah Kain Penutup Wajah Diselak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 213 hits
PEMERGIAN insan tersayang pastinya merupakan satu perkhabaran sedih Wajah dan kesedihan mereka yang ditinggalkan semestinya dapat dilihat dan sekiranya tidak kuat semangat sudah tentu siapa yang melihatnya juga akan mengalirkan air mata Nam...
Video Nenek Dipukuli Wanita Muda Saat Berteduh Di Tengah Hujan Di Malang Ternyata Ibu Dan Anak

Video Nenek Dipukuli Wanita Muda Saat Berteduh Di Tengah Hujan Di Malang Ternyata Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 360 hits
Sebuah video viral menunjukkan penganiayaan terhadap seorang nenek Dalam video itu sang nenek dipukul berulang kali oleh seorang perempuan yang lebih muda dan ia tetap diam saja Belakangan diketahui hubungan korban dan pelaku adalah ibu dan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik