Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah



BELASUNGKAWA 



Allahyarham Pak Lah.SAYA tidak banyak moment dengan Pak Lah, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimana beliau antara sosok yang menjadi subjek penulisan dalam buku-buku politik saya awal tahun 1990-an. Pak Lah menjadi perhatian dan sorotan saya, apabila membicarakan soal pemimpin masa depan kerana beberapa hal yang lekat pada dirinya. 
Saya mula menyorot kepimpinan Pak Lah dalam buku: Antara Dollah, Anwar dan Sanusi Tuhan Pilih Siapa? (1992). Tiga nama ini adalah seangkatan dan menjadi pemimpin pelapis dikira layak dan pantas untuk mengambil alih tempat Dr Mahathir Mohamad selepas Tengku Razaleigh, Ghazali Shafei dan Musa Hitam tidak lagi relevan. 


Dalam buku itu saya memberi kredit besar untuk Pak Lah, dan maramalkan beliau akan jadi akan dipilih Tuhan.


Ramai juga yang judis dan merasakan mustahil memandangkan populariti Anwar Ibrahim mengatasi dan menjunjung langit kuasa politik Umno ketika itu.


Pesaing sebenar Pak Lah, adalah dengan rakan senegerinya Anwar Ibrahim. Anwar yang lebih dilihat menjadi perhatuan dan anak emas Dr Mahathir. Anwar menyertai Umno dengan hamparan karpet merah. Apa lagi tahun 1987 Pak Lah buat sedikit kekhilafan tidak bersama Mahathir dalam team A, sebaliknya bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain pemimpin dalam team B.


Pendirian Pak Lah itu menyebabkan beliau dipecat oleh Mahathir dari kabinet kandatipun Pak Lah merupakan seorang naib presiden bersama Anwar dan Sanusi. Untuk beberapa ketika beliau berada di luar kerajaan yang disifatkan beliau mengambil cuti tanpa gaji. Meskipun begitu Pak Lah utuh setia dengan Umno tidak menyertai Semangat 46.



Berkat kesabaran, tuah seperti datang menggolek kepada Pak Lah apabila tercetus pergolakan di antara Mahathir dengan Anwar tahun 1998, apabila Mahathir memecat Anwar daripada Umno dan jawatan kerajaan. 
Ledakan bom reformasi digerakan penyokong Anwar menganggu ketenteraman Mahathir menyebabkan Mahathir mencari pelindung dan penyelamat. Saat ini beliau teringat kepada Pak Lah lalu membawa Pak Lah masuk semula ke dalam kaabah politiknya, dengan melantikan Pak Lah sebagai timbalan perdana menteri, 1999. Secara tidak langsung boleh dimengertikan Pak Lah menyelamat Mahathir dari dikaramkan oleh arus Anwar.


Pak Lah seorang tokoh politik, pemimpin yang semua orang kenal, bersifat sedarhana dan tercermin dengan akhlak yang baik. Pak Lah dikenali orang baik. Sebagai cucu kepada Abdullah Fahim, individu yang bertanggungjawab menetapkan tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1957. Pak Lah sangat menjaga susila baik keturunan, sebab itu dalam politik Pak Lah menjaga mulut dan lidahnya, bahasanya tidak pernah kotor.


Kelebihan Pak Lah bukan kepada pidato berapi api penuh retorik dan slogan, tetapi kepada patah patah ucapannya yang lemah lembut dan tawaduk.


Saya ada pengalaman dalam hal ini, macam mana beliau menafikan sangkaan saya kepadanya yang berdendam dengan Anwar kerana pernah berlaku sesuatu peristiwa di antara keduanya seperti mana diceritanya sendiri. 


Apabila sangkaan itu sampai kepadanya, beliau mengatakan dia tidak pernah marah dan berdendam dengan Anwar, ktanya; "itu budak itu (saya) yang kata."  Begitulah peribadi Pak Lah dan ini disahkan dengan satu peristiwa apabila beliau secara terbuka memaafkan Mahiaddin Yassin dalam ucapan penangguhan di PAU. "Mahiaddin Pak Lah maafkan kamu," katanya. 


Kata kata dan pengakuan Pak Lah itu boleh dibenarkan, kerana selepas beliau jadi PM, Anwar berhadapan dengan tribulasi perjuangan yang menyakit dan melelahkan, namun beliau sedikit pun tidak menggunakan kedudukannya sebagai PM untuk menyakiti Anwar. Hal ini diakui sendiri oleh Anwar dalam catatan rengkasnya semalam;


"Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah pribadi Pak Lah yang senantiasa memilih damai meski mudah untuk mambalas." 


Dan dalam satu perbicaraan saya tentang Anwar bersamanya, Pak Lah menyifatkan Anwar sebagai adik adiknya, "buat apa bergaduh dengan adik beradik," ujarnya.


Banyak contoh dan peristiwa Pak Lah kekal dengan kesedarhaan politiknya dan memakai pakaian sifat sabar dan istiqamah. Apabila Tengku Razaleigh tubuh Semangat 46, beliau tidak bersama sedangkan beliau adalah salah seorang dalam team B. 


Apabila dipecat dari kabinet beliau tawakus mendiamkan diri tanpa bertindak melakukan serangan balas. Untuk meneruskan hubungan dengan para penyokongnya, beliau membuka pejabat sendiri di bangunan KWSA di Jalan Raja Laut. Ketika ini saya kerap ke pejabatnya dan memberi secara percuma buku buku yang saya tulis mana mana ada subjek mengenainya.


Masa dipecat dari kabinet adalah masa peralihan yang serit dan sepi buat Pak Lah. Beliau hidup seperti orang biasa, tidak ramai berkawan dan mendekatinya. Pernah dalam satu majlis di DBP  beliau bersendirian berada di barisan belakang tanpa diberi apa-apa fasalitis oleh penganjuran meskipun beliau bekas menteri dan masih naib presiden Umno. 


Ternyata kesabaran dan istiqamahnya dengan parti, membawa berkat kepadanya, akhir beliau diajak ke pangkuan Umno dengan peranan besar. Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada Umno membawa tuah kepadanya bila dilantik menjadi Timbalan Perdana  Menteri. 


Bintang politik Pak Lah terus bersinar, selepas menjadi PM apabila Mahathir berundur. Pilihan raya 2004 adalah kejayaan besar buat UBN dan paling manis kepada Pak Lah. Rakan-rakan yang sebelum ini menjauhi kembali semula mengerumuinya, itulah lumrah. 


Pak Lah seorang yang tidak mahu dan tahu bergaduh dengan sesiapa, berbaik dengan semua orang. Tidak reti mencaci maki orang. Semasa menjadi PM, suasana politik orang Melayu terutama pergeseran Pas dengan Umno tenang dan damai. Usaha menyatukan Melayu dengan mewujudkan Perpaduan Melayu secara global dilakukan dizamannya. Namun sayang ada sedikit kekangan menyebabkan ia gagal walaupun cuba diteruskan Najib Razak. 


Apapun bagi saya, paling terkesan dan nostalgik ialah semasa beliau jadi PM, Anwar Ibrahim yang dipenjara pada zaman regim Mahathir dibebaskan oleh mahkamah. Walaupun ketentuan itu tanpa campur tangan langsung Pak Lah dalam perundangan, tetapi pembebasan Anwar, berlaku diera Pak Lah.


Selain itu Pak Lah juga seorang berpegang kepada janji. Beliau tidak akan mungkir apa yang dilafazkan. Misalnya beliau telah berjanji untuk melepaskan jawatan kepada Najib Razak (2009) sebagai PM. Disebabkan ada keraguan dan kebimbangan terhadap kemampuan Najib, disamping untuk membuka peluang kepada Anwar, ada permintaan agar beliau menarik balik janji itu. Tetapi beliau tetap dengan janjinya.


Semasa pertemuan eksklusif Pak Lah dengan Anwar di Hulu Kangat yang diaturkan pihak sebuah madrasah di sana, dicelah celah keramaian saya sempat berbicara dengan Pak Lah. Saya minta beliau batalkan janji untuk berikan laluan kepada Najib dan hendaklah terus memegang jawatan. Sebelum itu saya juga ada mengutuskan surat kepadanya menerusi Setiausaha Politiknya Ramzi Abdul Rahman. 


Tetapi apa kata Pak Lah, "saya sudah berjanji dengan Najib, saya tidak boleh mungkiri. Bersambung. [wm.kl.11:20 am 15/04/2025]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/04/saya-sudah-berjanji-saya-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Revoking His Citizenship Malaysian Cross Dresser Criticized For Laughing At Pak Lah S Death

Revoking His Citizenship Malaysian Cross Dresser Criticized For Laughing At Pak Lah S Death

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 122 hits
Kehilangan Pak Lah mengejutkan seluruh negara dan banyak pemimpin serta rakyat Malaysia meluahkan rasa sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Perdana Menteri kelima negara kita Namun satu komen tidak sensitif dikenakan oleh seorang ...
Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 156 hits
Assalammualaikum semua Sebagai rakyat Malaysia yang melihat setiap transisi kempimpinan Perdana Menteri dan bagaimana mereka mengemudi negara tercinta Kami turut terkejut dan berdukacita dengan perkhabaran YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi Pe...
Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 124 hits
Pemergian mantan Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia Beliau dikenang sebagai pemimpin yang tenang berjiwa besar dan penuh kasih sayang Namun kehilangan ini lebih dirasai oleh a...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 208 hits
Malaysiakini nbsp Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada tahun 2008 seorang bekas orang kanan Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir sepanjang pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi khususnya berkaitan kea...
Hiburan Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab Ihsan Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah Pmx Kenang Bakti Pak Lah

Hiburan Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab Ihsan Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah Pmx Kenang Bakti Pak Lah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 139 hits
Susulan khabar berita sedih mengenai pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan ta...
Pak Lah S Remains Arrive At Masjid Negara

Pak Lah S Remains Arrive At Masjid Negara

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 135 hits
KUALA LUMPUR The sky hung heavy with grey clouds on Tuesday morning a cool breeze weaving through the city as puddles shimmered on the roads near Masjid Negara remnants of an earlier rain It was a solemn morning one that seemed to echo the ...
Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 190 hits
Penyampai radio dan pelawak Johan mencetuskan pelbagai reaksi netizen ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Bekas Perdana Menteri Ke 5 Allahyarham Tun Abdullah Badawi di Masjid Negara hari ini Menerusi video yang dikongsikan oleh ...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 213 hits
Penghormatan terakhir untuk Pak Lah tidak hanya menarik perhatian pemimpin tempatan dan luar negara Pelakon kelahiran Ipoh Tan Sri Michelle Yeoh juga meluangkan masa untuk melawat Masjid Negara hari ini bagi memberi selamat tinggal terakhir...
Kenangan Pak Lah Ketika Memerintah

Kenangan Pak Lah Ketika Memerintah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 90 hits
Ariff Jamil Gambar lama ini bukan sekadar nostalgia tetapi lambang sebuah persahabatan yang jujur tulus dan penuh keikhlasan Antara Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi ada satu ikatan luar biasa umpama aban...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

The Charm Of Mallorcan Interior Design Where Rustic Elegance Embraces Mediterranean Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia