Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara


Assalammualaikum semua! Sebagai rakyat Malaysia yang melihat setiap transisi kempimpinan Perdana Menteri dan bagaimana mereka mengemudi negara tercinta. Kami turut terkejut dan berdukacita dengan perkhabaran YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Kelima Malaysia, Meninggal Dunia di Institut Jantung Negara (IJN). 


IJN mengumumkan pemergian YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 7.10 malam 14 April 2025 di IJN Kuala Lumpur. Almarhum dimasukkan ke IJN pada pagi 13 April 2025 selepas mengalami sesak nafas. Beliau segera ditempatkan di bawah rawatan rapi Unit Rawatan Koronari (CCU), dimana beliau dipantau rapi oleh pasukan pakar jantung IJN yang berdedikasi. Usaha perubatan telah dilaksanakan, beliau meninggal dunia dengan tenang, dikelilingi oleh orang yang tersayang. 
"Seluruh keluarga IJN turut bersedih meratapi kehilangan Tun Abdullah. Menjaganya dalam waktu terakhir adalah satu keistimewaan dan penghormatan. Sifat baik hati dan rendah diri sentiasa menyentuh hati kakitangan IJN, dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum. Semoga roh dicucuri rahmat, Al-Fatehah." kata Prof. Dato' Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, Ketua Pegawai Eksekutif

"Tun Abdullah membawa dirinya dengan kekuatan yang tenang dan bermaruah. Walaupun di saat-saat terakhirnya, beliau tetap tenang. Sungguh suatu penghormatan bagi pasukan kami berada di sisinya," kata Dato' Dr. Azmee Ghazi, Pakar Perunding Kardiologi dan Ketua Jabatan Kardiologi beliau.

TERIMA KASIH PAK LAH, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5 "BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA"



Almarhum Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah”, merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari 2003 hingga 2009. Beliau kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 pada usia 85 tahun akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam kepada negara, khususnya dalam aspek pembangunan modal insan dan pendekatan Islam Hadhari yang beliau perkenalkan.

KEHIDUPAN AWAL DAN PENDIDIKAN Dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Almarhum Tun Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pematang Bertam dan meneruskan pengajian di Bukit Mertajam High School serta Penang Methodist Boys’ School. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada tahun 1964.

KERJAYA AWAL DAN POLITIKAlmarhum Tun Abdullah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1964 dan berkhidmat selama 14 tahun sebelum menceburi bidang politik. Beliau pernah berkhidmat di Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selepas rusuhan 13 Mei 1969 dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 
Seterusnya, dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian sama pada 1974. Mula menyertai UMNO pada 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik selepas menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada 1978 dan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam untuk menjadi ahli politik sepenuh masa.

Pada 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan dan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri pada 1980. Beliau kemudian mula memegang jawatan sebagai Menteri, iaitu di Jabatan Perdana Menteri (1981-1984); Kementerian Pendidikan (1984-1986); Kementerian Pertahanan (1986-1987) dan Kementerian Luar (1991-1999).

Almarhum dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada 1984, 1987, 1990 dan dipilih semula untuk jawatan itu pada 1996. Pada 1999, beliau terus diberi kepercayaan apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, melantik beliau menjadi timbalannya dan Timbalan Presiden UMNO.

Ketika itu, Almarhum Tun Abdullah juga merupakan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003 dan menerajui pentadbiran negara selama enam tahun.

Pada Perhimpunan Agung UMNO, Mac 2009, beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden parti, dan seterusnya menarik diri daripada menjadi Perdana Menteri. Almarhum kemudiannya digantikan dengan Timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri pada 2 April 2009.

Selepas tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdullah sudah tidak membabitkan diri dalam bidang politik. Pada 11 September 2022, menantu beliau yang juga Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin, buat kali pertama mendedahkan bahawa Tun Abdullah menghidap demensia.
SUMBANGAN SEBAGAI PERDANA MENTERI KE LIMA MALAYSIA Sebagai Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdullah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan integriti:

Pelan Integriti Nasional (PIN): Dilancarkan pada 2004 untuk membentuk masyarakat beretika dan berintegriti tinggi. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): Ditubuhkan untuk memperkukuh usaha membanteras rasuah di sektor awam dan swasta.

PEMUDAH: Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan ditubuhkan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Koridor Ekonomi: Memperkenalkan lima koridor pembangunan ekonomi termasuk Iskandar Malaysia dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Industri Halal: Memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada 2004 dan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) pada 2006, menjadikan Malaysia peneraju industri halal global.

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI: PEMIMPIN BERJIWA ULAMA, MEWARISI CAHAYA ILMUKonsep Islam Hadhari diperkenalkan sebagai pendekatan pembangunan berteraskan prinsip Islam yang progresif, menekankan aspek ilmu, ekonomi, dan etika. Ia bertujuan membina masyarakat Islam yang maju dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.


“Saya bukan ulama, tetapi saya anak kepada ulama, cucu kepada ulama. Saya ingin memimpin dengan ilmu, bukan hanya dengan kuasa.”

— Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Abdullah membersar di Bayan Lepas, Pulau Pinang, dalam keluarga yang penuh dengan cahaya ilmu dan keberkatan agama. Ayahandanya, Datuk Ahmad Badawi, ialah seorang qadhi, imam dan pendakwah terkenal di Pulau Pinang. Tun Abdullah membesar dengan disiplin ilmu agama yang kukuh, diasuh dengan didikan Islam yang menyeluruh—akhlak, ilmu, dan amal.

Lebih istimewa, datuknya ialah Sheikh Abdullah Fahim, Mufti pertama Pulau Pinang dan tokoh falak Islam tersohor yang mengira dan mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Tanah Melayu.

Warisan keilmuan ini mengalir dalam darah Tun Abdullah dan membentuk asas kepimpinan beliau berhikmah, sederhana dan penuh adab. Tun Abdullah menyambung pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya. Di sanalah pemikiran beliau diasah dengan idea-idea besar tentang Islam dan tamadun.

Beliau juga banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh intelektual Islam kontemporari seperti:

Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan (tokoh Maqasid Syariah),
Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas (pemikir Islam moden),
serta cendekiawan Islam tempatan dan antarabangsa.

Kesemua ini membentuk pendekatan Tun Abdullah yang membawa Islam bukan sebagai simbol semata, tetapi sebagai panduan hidup dan dasar pemerintahan.

Antara warisan terbesar Tun Abdullah ialah konsep Islam Hadhari, yang diperkenalkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2004. Bukan mazhab baru, bukan ajaran baru, Islam Hadhari adalah pendekatan memartabatkan Islam sebagai sistem kehidupan yang progresif. Ia membawa 10 prinsip utama, antaranya: 
Pemerintahan yang adil, Masyarakat berilmu, Ekonomi seimbang, Kehidupan berkualiti, Kekuatan pertahanan, dan lain-lain. Tujuannya jelas: melahirkan umat Islam yang maju dalam dunia, dan kuat di sisi Allah.

Ramai menggambarkan Tun Abdullah sebagai seorang yang lembut, tetapi tegas. Tidak banyak berkata-kata, namun penuh isi. Dalam senyumnya, ada ketegasan. Dalam diamnya, ada kekuatan. Tetapi, keutamaan beliau sentiasa satu: membangunkan rakyat dari dalam dari hati, minda dan akhlak.

LEGASI DAN PENGHORMATANAlmarhum Tun Abdullah dikenang sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan Negara” atas usaha beliau memperkasa pendidikan dan etika dalam masyarakat. Beliau juga menerima Anugerah Khas Tokoh Pembangunan Halal Negara sempena MIHAS 2024 atas sumbangannya dalam membangunkan industri halal Malaysia. 
Tun Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 1965 dan dikurniakan dua cahaya mata, Datuk Kamaluddin serta Nori. Pada 20 Oktober 2005, Datin Seri Endon meninggal dunia akibat kanser payu dara. Tun Abdullah kemudian berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007

LEGASI HALAL TUN ABDULLAHTun Abdullah Ahmad Badawi memainkan peranan penting dalam pembangunan industri halal Malaysia, yang kini menjadi antara peneraju global dalam sektor ini. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri (2003–2009), Malaysia mula menginstitusikan halal sebagai agenda nasional, bukan sekadar isu agama, tetapi sebagai pemacu ekonomi dan imej negara Islam progresif.

Sumbangan Tun Abdullah dalam Pembangunan Industri Halal

1. Pelancaran Pelan Induk Industri Halal Nasional (HIMP)
Pada tahun 2006, kerajaan memperkenalkan Halal Industry Master Plan (HIMP) bagi membina ekosistem halal yang menyeluruh merangkumi makanan, farmaseutikal, logistik, kewangan dan pelancongan.


2. Penubuhan Halal Development Corporation (HDC)
Tun Abdullah menggerakkan penubuhan Halal Industry Development Corporation (HDC) pada tahun 2006 — satu agensi khusus di bawah MITI untuk:

Mengurus pembangunan industri halal, Memastikan standard halal Malaysia diterima di peringkat global, Menarik pelaburan antarabangsa dalam sektor halal. 
3. Malaysia sebagai Hab Halal Global
Dengan inisiatif beliau, Malaysia mula dikenali sebagai:

“Global Halal Hub” pusat rujukan halal dunia, Negara pertama yang mewujudkan standard halal bersepadu (MS1500) yang diiktiraf banyak negara Islam lain, Negara penganjur kepada World Halal Forum, yang pertama kali diadakan pada 2006. 
4. Pengiktirafan Logo Halal Malaysia
Di bawah pentadbiran Tun Abdullah, logo halal Malaysia dikukuhkan sebagai satu jenama diyakini bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tempatan, tetapi pengguna antarabangsa.

Tun Abdullah melihat halal bukan sekadar pematuhan syariat, tetapi:


“Halal is not just a religious requirement, it is also about quality, cleanliness, safety and wholesomeness of a product or service.”


Hari ini, hasil asas yang dibina semasa era Tun Abdullah:
Malaysia memimpin pasaran halal global bernilai berbilion ringgit, Pelbagai agensi awam dan swasta bekerjasama dalam sektor ini, Usahawan halal tempatan mendapat sokongan dari segi pensijilan, latihan dan eksport


INISIATIF PENDIDIKAN ISLAM J-QAFProgram j-QAF adalah antara inisiatif pendidikan Islam paling penting yang diperkenalkan semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia merupakan singkatan kepada:

j – Jawi

Q – al-Quran

A – Arab

F – Fardhu Ain

Apa Itu j-QAF?

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2005, j-QAF diperkenalkan dalam sekolah rendah kebangsaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pendidikan Islam di peringkat awal persekolahan.

Program ini bertujuan untuk memastikan murid:

Boleh membaca dan menulis tulisan jawi,
Lancar membaca al-Quran dengan betul,
Mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Arab,
Mengamalkan ilmu Fardhu Ain dalam kehidupan harian.

Kenapa Tun Abdullah Laksanakan j-QAF?

Tun Abdullah, yang memiliki latar belakang pendidikan agama serta warisan ulama melalui datuk dan bapanya, percaya bahawa:

“Pendidikan Islam yang kukuh sejak kecil adalah asas untuk membina peribadi Muslim yang cemerlang.” - Tun Abdullah
Matlamat beliau: 
Melahirkan generasi Islam celik al-Quran dan fardu ain.Memperkasa nilai akhlak dan jati diri Muslim dalam kalangan pelajar.Memastikan ajaran Islam tidak sekadar teori tetapi diamalkan dalam kehidupan. Keistimewaan Program j-QAF:
Ujian Tilawah al-Quran & Kelas Pemulihan: Murid yang lemah akan mengikuti kelas pemulihan al-Quran secara berperingkat. Tasmik & Murajaah: Murid dididik membaca dan mengulang hafazan ayat al-Quran secara berkala. Bahasa Arab Komunikasi: Bahasa Arab diajar sebagai bahasa komunikasi asas sejak Tahun 1. Peningkatan Kualiti Guru Agama: Program j-QAF melibatkan latihan khusus kepada guru-guru Pendidikan Islam. j-QAF kekal sebagai salah satu program pendidikan agama yang paling berimpak tinggi di sekolah kebangsaan hingga ke hari ini. Ia telah: 
Meningkatkan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan pelajar, Mengembalikan semula penggunaan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan, Memupuk kefahaman Islam sebenar berasaskan wasatiyyah dan Islam Hadhari.
PAK LAH DALAM KENANGANSepanjang Almarhum Tun Abdullah menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri pada penggal 2003 - 2009, kehidupan seakan-akan sangat tenang pada ketika itu. Apa yang diusahakan oleh Almarhum Pak Lah untuk Pembangunan Modal Insan dan Islam Hadhari memberi impak kepada kami yang menduduki SPM. 
Seterusnya kami sambung belajar dan bekerja. Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi memainkan peranan penting dalam penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Qualifications Agency (MQA). Ini adalah antara sumbangan besar beliau dalam memperkasa kualiti pendidikan tinggi negara. 
Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengakreditasi program pengajian tinggi di sektor swasta, demi memastikan standard dan mutu pendidikan tinggi yang setara dengan piawaian kebangsaan dan antarabangsa. Ketika itu, Tun Abdullah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan (1995–1999).
Di bawah kepimpinan beliau, fokus kerajaan bukan hanya kepada pembangunan fizikal pendidikan, tetapi juga penstrukturan sistem penilaian dan akreditasi agar kualiti pendidikan tinggi negara dapat ditingkatkan.

Memacu Dasar Pendidikan Berkualiti Tinggi:
Beliau meletakkan asas kepada idea bahawa universiti dan kolej bukan hanya perlu wujud secara fizikal, tetapi mesti memenuhi standard akademik dan kualiti yang tinggi. 
Menubuhkan LAN sebagai Pemantau & Penjamin Kualiti:
LAN menjadi badan utama yang menyemak, menilai dan memberikan akreditasi kepada kursus di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta). 
Menjadi Pemangkin kepada Penubuhan MQA:
Pada tahun 2007, LAN digabung dan ditingkat taraf menjadi Malaysian Qualifications Agency (MQA) di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007, kesinambungan daripada visi yang dirintis pada zaman Tun Abdullah.

Usaha ini memberi impak besar:

Membina kepercayaan antarabangsa terhadap ijazah dari IPT Malaysia. Memberi jaminan kepada ibu bapa dan pelajar bahawa program pengajian di IPTS adalah diiktiraf dan berkualiti.Membuka jalan kepada pembangunan Rangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Ruby masih ingat lagi pada tahun itu, peluang pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan terbuka luas. Ini kerana universiti swasta yang Ruby dapatkan pendidikan mempunya LAN. Ruby menerima tawaran kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Juruteknik Komputer. 
Kami di ruby.my dengan hormatnya merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga Almarhum Tun Abdullah dan memohon agar privasi mereka dihormati semasa tempoh berkabung ini. 

Terima kasih Pak Lah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para anbiya’, syuhada’ dan solihin. 
Sumber rujukan: www.ptab.jpm.gov.my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/04/terima-kasih-pak-lah-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 189 hits
WHILE the late fifth premier who breathed his last at the National Heart Institute at 7 10pm yesterday has deservingly been accorded a state funeral a National Day of Mourning for the 85 year old statesman affably known as Pak Lah may have ...
Jenazah Pak Lah Dibawa Ke Masjid Negara Pagi Esok Khairy

Jenazah Pak Lah Dibawa Ke Masjid Negara Pagi Esok Khairy

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian di Masjid Negara dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari esok Menantu Allahyarham Khai...
Saya Akan Sentiasa Berterima Kasih Kj Sekeluarga Tersentuh Hati Atas Kemuliaan Pmx Terhadap Pak Lah

Saya Akan Sentiasa Berterima Kasih Kj Sekeluarga Tersentuh Hati Atas Kemuliaan Pmx Terhadap Pak Lah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 101 hits
Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ mengakui beliau dan ahli keluarganya berasa terharu dengan beberapa nukilan yang dimuat naik oleh PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Instagramnya KJ mengucapkan terima kasih kepa...
Pak Lah S Remains Arrive At Masjid Negara

Pak Lah S Remains Arrive At Masjid Negara

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 98 hits
KUALA LUMPUR The sky hung heavy with grey clouds on Tuesday morning a cool breeze weaving through the city as puddles shimmered on the roads near Masjid Negara remnants of an earlier rain It was a solemn morning one that seemed to echo the ...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 170 hits
Penghormatan terakhir untuk Pak Lah tidak hanya menarik perhatian pemimpin tempatan dan luar negara Pelakon kelahiran Ipoh Tan Sri Michelle Yeoh juga meluangkan masa untuk melawat Masjid Negara hari ini bagi memberi selamat tinggal terakhir...
Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 154 hits
nbsp Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5 nbsp Seluruh negara dikejutkan berita pemergian nbsp Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi malam sebelum maghrib nbsp Untuk makluman jenazah akan dib...
Pak Lah Malaysia S Fifth Pm Dies At 85

Pak Lah Malaysia S Fifth Pm Dies At 85

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 114 hits
In 2022 it was revealed that Abdullah Ahmad Badawi was suffering from dementia and could no longer remember the names of his wife and other family members PETALING JAYA Malaysia s fifth prime minister Abdullah Ahmad Badawi has died at the a...
Hiburan Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab Ihsan Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah Pmx Kenang Bakti Pak Lah

Hiburan Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab Ihsan Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah Pmx Kenang Bakti Pak Lah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 111 hits
Susulan khabar berita sedih mengenai pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan ta...
Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 161 hits
Penyampai radio dan pelawak Johan mencetuskan pelbagai reaksi netizen ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Bekas Perdana Menteri Ke 5 Allahyarham Tun Abdullah Badawi di Masjid Negara hari ini Menerusi video yang dikongsikan oleh ...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh