Saya Pilih Drama Terbaik Jennie Bp Akui Tersentuh Baca Plot Siri Provokatif The Idol
Meskipun sudah dua minggu menamatkan tayangan, namun masih ada yang tertanya-tanya apakah sebab utama Jennie BLACKPINK memilih “The Idol” sebagai drama pertama lakonannya.
ARTIKEL BERKAITAN
"Ini Pilihan Saya" - Menangis Di Atas Pentas, Jennie BP Terkesan Dek Gosip Liar?
Dalam episod terbaru podcast ‘Dua Lipa: At Your Service’, idola itu telah menceritakan lebih mengenai kehidupan dan kerjayanya. Malah Jennie juga sempat mendedahkan sebab utama dia membintangi siri garapan The Weeknd dan Sam Levinson itu,
Saya rasa lakonan merupakan sesuatu yang saya ingin terokai, namun apabila melakukan sesuatu, saya tahu saya perlu melakukannya dengan betul. Saya mahu naskhah lakonan pertama saya sebagai autentik, dan bukannya saya sekadar mengambil apa sahaja tawaran yang datang. Saya sangat bersabar dalam memilih yang terbaik buat projek lakonan pertama.
Jelasnya lagi, dia sendiri yang membuat pilihan untuk menyertai “The Idol” selepas pertemuan bersama pengarah siri itu,
Semasa saya menghabiskan masa di LA pada tahun lalu, saya sempat berjumpa dan bersembang dengan Sam Levinson mengenai watak yang dicipta buat saya dan hati saya tersentuh. Semuanya berlaku secara tiba-tiba tanpa saya menjangkakan apa yang berlaku nanti. Ianya terasa autentik dan saya mempercayai bahawa ini ialah sesuatu yang saya perlu lakukan.
Kalau Jennie yang pilih, kita hormat sahaja lah..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
The post “Saya Pilih Drama Terbaik” – Jennie BP Akui Tersentuh Baca Plot Siri Provokatif ‘The Idol’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-pilih-drama-terbaik-jennie-bp-akui-tersentuh-baca-plot-siri-provokatif-the-idol/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saya-pilih-drama-terbaik-jennie-bp-akui-