Drama Jepun Burn The House Down
Assalamualaikum...
Selain dari K-Drama SA juga suka tengok Drama Jepun. Banyak sebenarnya drama- drama Jepun yang setanding dengan drama- drama Korea..Chinese Drama pun ada yang best- best...lepas SA dah settle tengok cerita K-Drama Celebrity, SA terus tengok citer ni....memang best walau permulaan cerita sedikit slow...best citer ni sebab mengisahkan kemusnahan keluarga akibat si penyondol...Korang bleh tengok citer ni di Netflix...top 10 sekarang..
Jom baca sinopsis...
SINOPSIS BURN THE HOUSE DOWN (2023)
Drama Jepun yang mempunyai 8 episod ini menceritakan Anzu Murata yang merancang untuk membalas dendam dan mencari kebenaran mengenai kes rumahnya terbakar 13 tahun yang lalu. Anzu menyaksikan rumahnya terbakar, ibunya melutut memohon maaf kepada ayahnya kerana terlupa menutup api dapur yang menjadi punca kebakaran.
Ayah Anzu menyalahkan ibunya, selepas kejadian tersebut, ibu bapanya bercerai dan membawa haluan masing masing. Ayah Anzu kemudian berkahwin dengan Makiko, kawan baik ibu Anzu manakala ibu Anzu mengalami amnesia dan salahkan dirinya yang menjadi punca kebakaran.
Anzu mengesyaki Makiko yang menjadi punca kebakaran rumah mereka serta dia juga merampas kebahagiaan keluarga mereka. Anzu nekad untuk mencari kebenaran, dia menyamar menjadi pembantu rumah Makiko yang kini menjadi seorang pempengaruh terkenal di media sosial.
Ketika Anzu menjadi pembantu rumah Makiko, dia hanya di benarkan mengemas tingkat bawah sahaja dan tidak dibenarkan ke tingkat atas rumah Makiko. Niat Anzu untuk menjadi pembantu rumah ialah untuk buktikan ibu dia tak bersalah , dan mencari baju kardigan milik ibunya yang dicuri oleh Makiko sewaktu Makiko menjadi kawan ibunya. Anzu nampak baju kardigan milik ibunya ada di almari pakaian milik Makiko sewaktu melihat media sosial Makiko. Namun Anzu terkejut apabila dia mengetahui satu demi rahsia yang disimpan oleh Makiko di rumahnya.
Drama ni mempunyai plot twist di setiap episod nya. Tak semua benda yang ditunjuk dalam media sosial tu benar. Pada pendapat SA, drama ni menarik, banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui drama ni.
Drama ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Perjalanan cerita tak slow sangat , tak laju sangat , yang sedang sedang saja perjalanan ceritanya dan episode demi episode membuatkan korang x sabar nak tau kisah seterusnya...penyondol bukan ada kat Malaysia aje ye...satu dunia ada..antara hebat atau tidak je diorang jadi penyondol...x percaya? sila tengok citer ni...best apabila kita sebagai penonton turut bersama bermain dengan emosi..
SA bagi 5/5 bintang!!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/07/drama-jepun-burn-house-down.html