Saya Pernah Ada Lecturer Macam Ni Dua Kali Repeat Model Dah Bergelar Pensyarah Ramai Pula Minat Jadi Pelajar


“MACAM ni hari-hari kelas bersemuka pun tak apa.”
Demikian salah satu komen yang diterima oleh seorang ibu kepada dua cahaya mata selepas videonya tular di media sosial.
Mana tidaknya, Nor Azian Mohamad mempunyai sosok tubvh yang tinggi, cantik dan manis apabila dipandang sehingga ramai yang ingin mengikuti kelas pengajiannya.
Sungguhpun mempunyai pakej lengkap, anak kelahiran Taiping, Perak ini tidak lokek mahupun sombong dengan orang sekeliling selain mesra apabila disapa.
Memulakan bicara dengan mStar, dia yang kini berusia 29 tahun mengakui terkejut dan tidak menyangka video santai berdurasi 20 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu boleh menjadi viral.
“Pada asalnya saya hanya merekod sendiri video tersebut secara suka-suka selepas habis waktu kerja di dalam kelas dan saya edit gabungkan sedikit video yang saya rekod bersama pelajar di dalam kelas,” jelasnya bagi mengelakkan salah faham berlaku.

Mesra disapa Madam Yan, dia yang juga pensyarah multimedia di Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Kuala Kangsar, Perak turut berkongsikan pengalaman serta teknik-teknik untuk menjadi seorang pendidik sebagai kandungan video media sosialnya.
Katanya, ia susulan ramai yang mengajukan bagaimana untuk menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah.
“Ramai yang bertanyakan bagaimana syarat serta perjalanan untuk bergelar seorang pensyarah. Oleh itu, saya berhasrat untuk kongsikan serba sedikit pengalaman yang dimiliki.
“Saya merupakan alumni pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UUM bagi intake September 2022/2023 ini.
“Ketika di peringkat sarjana muda, saya sudah mula melakukan pelbagai kerja terutama melibatkan diri sebagai model muslimah pada tahun 2015. Itu permulaan kerjaya saya dan Alhamdulillah saya diberi rezeki serta peluang untuk menjadi duta beberapa produk termasuklah Syahira Handsock Muslimah, Muslimah Heejab, Produk Are Ikan dan sebagainya.
“Pada tahun 2017, sewaktu saya belum konvo sarjana muda, saya sudah membuat permohonan untuk sambung belajar di peringkat sarjana kerana tidak mahu membuang masa,” kongsinya yang kemudian mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bersama sebahagian pelajarnya.
Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, model dan juga pelajar, Madam Yan tidak pernah berasa lelah.
Malah katanya, setiap yang dilakukan itu adalah kerana minat dan tanggungjawab.
Pada masa sama demi memenuhi masa lapangnya kerana dia sudah terbiasa melakukan pelbagai aktiviti selain gemar dengan kesibukan.
Bercerita lanjut, dia yang pandai melukis dan memasak berkata semasa dalam pengajian sarjana pada tahun 2020, negara dilanda pandemik Cov1d-19 dan ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya.
“Pada waktu itu, saya agak terganggu di mana saya juga gelisah dengan masa depan.
“Supaya tidak mahu membuang masa, saya bersama rakan bisnes Amiza Azlin menyiapkan diri untuk mewujudkan jenama sendiri… kami sama-sama menerapkan segala ilmu yang ada dan dipelajari.
“Hampir 10 bulan kami membuat perancangan rapi, Alhamdulillah akhirnya berjaya melancarkan brand La Feya dengan keluaran koleksi pertama iaitu Bawal Wendy pada hujung tahun 2020.
“Sehingga kini, kita berjaya menjual beberapa koleksi dan sentiasa mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Madam Yan juga seorang model muslimah.
Meskipun sudah bergelar usahawan dan mempunyai jenama sendiri, dia tetap berusaha untuk mengejar impian menjadi pensyarah.
“Saya memang sangat suka bila dapat menyampaikan ilmu bermanfaat kepada orang ramai.
“Bagi mencapai cita-cita, saya turut ligat melihat laman sesawang universiti yang mengiklankan jawatan kosong walaupun ketika itu sibuk dengan bisnes.
“Tanpa disangka-sangka, terdapat jawatan kosong di USAS dan saya terus membuat permohonan. Selain emel resume kepada bahagian sumber manusia, saya juga hantar by hand terus kepada mereka,” tambahnya.
Ia juga sejajar dengan kelayakan akademik yang dimiliki kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang pensyarah adalah mempunyai sarjana.
Selain itu, syarat lain yang diperlukan adalah pengalaman kerja dalam bidang yang dimohon.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.
“Alhamdulillah rezeki, saya berjaya melepasi temu duga yang dijalankan… syukur sangat dengan rezeki dari Allah ini.
“Tugasan saya di kampus bukan sekadar pensyarah sebaliknya turut dipertanggungjawabkan sebagai host UsasTV iaitu mengendalikan rancangan-rancangan yang akan diterbitkan oleh UsasTV kepada masyarakat,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, individu yang berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pensyarah mahupun apa kerjaya sekali pun perlu memastikan resume mereka ‘cantik’ bagi melayakkan diri menjawat jawatan yang diingini.
“Nasihat saya buat adik- adik di luar sana, jika berminat untuk menjadi pensyarah, jangan tunggu kerja datang cari kita. Buatlah sesuatu untuk mencantikkan resume anda, sama ada berniaga online atau terlibat dengan apa sahaja kerja yang boleh melayakkan kita untuk diterima bekerja,” luahnya.
Dalam pada itu, dia turut mengajak pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Sultan Azlan Shah untuk membuat permohonan.
Terdahulu, videonya tular di aplikasi TikTok kerana penampilannya yang kelihatan muda seperti seorang pelajar.
Rata-rata netizen menyatakan ingin memilikinya sebagai tenaga pengajar.
Bagaimanapun, terdapat komentar beberapa warganet yang mencuit hati.
“Saya pernah ada lecturer macam ni, Alhamdulillah dua kali repeat.
“Kalau macam ni memang tak skip kelas.
“Weekend madam buat kelas mesti ramai join,” ujar beberapa netizen.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/Uq6JVwG


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/08/saya-pernah-ada-lecturer-macam-ni-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bodoh Jangan Dua Kali

Bodoh Jangan Dua Kali

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 133 hits
Berita baik Mahathir sedia bentuk pakatan pilihanraya dengan DS Anwar Bagi aku ini berita baik buat PH Bukan berita baik sebab aku nakkan pakatan itu terbentuk Tapi ini berita baik kerana terbukti PH kini dalam kedudukan yang kukuh Hinggaka...
Viral Pukul Pelajar Tahfiz Dua Ditahan Tiga Masih Dikenal Pasti

Viral Pukul Pelajar Tahfiz Dua Ditahan Tiga Masih Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 164 hits
Video rakaman insiden seorang ustaz dan pelajar tahfiz diserang tular di media sosial dan mencetus perbincangan dalam kalangan warga maya LIPIS Polis menahan dua daripada lima lelaki yang disyaki menyerang seorang pelajar tahfiz dan seorang...
Korang Pernah Tak Macam Ni

Korang Pernah Tak Macam Ni

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum Lain macam kan tajuk entry hari ni Sebenar tak idea nak tulis apa tapi teringat baju bajan yang meninbum atas katil tu yang terus terjadinya entry macam ni Sejak akhir akhir ini tahap kemalasan tu melampau sangat tak tahu la...
Selepas Fashion Week Kali Ini Tunjuk Body Pula Kerajaan Pas Kedah Dikecam

Selepas Fashion Week Kali Ini Tunjuk Body Pula Kerajaan Pas Kedah Dikecam

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 189 hits
Sebelum ini kerajaan Pas Kedah telah dikecam orang ramai hebat dikatakan membenarkan pertunjukan Fashion Week dan pada kali ini pertandingan tunjuk 8216 body 8217 pula diadakan di negeri itu Penganjuran Mr Malaysia 2022 yang berlangsung di ...
Positif Dadah Dua Suspek Pukul Ustaz Amp Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

Positif Dadah Dua Suspek Pukul Ustaz Amp Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 214 hits
Dua pekerja bengkel kimpalan telah ditahan oleh pihak polis pada hari ini selepas dipercayai memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras Kuala Lipis Pahang Menurut laporan Sinar Harian tiga lagi suspek telah...
Kes Serang Petugas Pelajar Tahfiz Dua Lelaki Ditahan Di Damak

Kes Serang Petugas Pelajar Tahfiz Dua Lelaki Ditahan Di Damak

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 201 hits
Dua daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menyerang petugas dan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lipis yang tular di media sosial telah ditahan di sekitar Damak daerah Jerantut semalam Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd No...
Ini Tuduhan Tak Berasas Sejak Tular Muka Macam Fazura Netizen Dakwa Wanita Tiru Cara Cakap Pula

Ini Tuduhan Tak Berasas Sejak Tular Muka Macam Fazura Netizen Dakwa Wanita Tiru Cara Cakap Pula

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 205 hits
Sebelum ini tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Elle Fara yang menjadi perhatian orang ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon jelita Nur Fazura Menerusi video tersebut Elle ...
Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 130 hits
Jika anda ingin tahu gambar mana yang paling banyak dilihat sepanjang masa mungkin ini lah jawapannya Sangat mungkin foto ini tidak asing di mata anda Dipetik dari petapixel com foto ini telah dilihat lebih dari 1 000 000 000 kali Foto yang...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman