Saya Peminat Tegar Dia Park Seojoon Akui Seronok Bekerja Dengan Iu Untuk Dream
Kali pertama berlakon bersama, Park Seo-joon dan IU nampaknya mempunyai pengalaman yang baik bekerjasama untuk filem “Dream”.
ARTIKEL BERKAITAN
"Kami Bertelagah.." - Park Seojoon Puji Kesungguhan IU Untuk Watak Dalam Filem 'Dream'
Bagi yang belum tahu, “Dream” membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.
Terbaru, Park Seo-joon dan IU telah menghadiri sidang akhbar, menjelang tayangan perdana filem “Dream” pada 26 April nanti. Ketika sesi temu bual, kedua pelakon itu berkongsi pengalaman mereka berlakon bersama untuk projek tersebut.
Pada awalnya, Park Seo-joon berkongsi,
Saya mula menjalani penggambaran ‘Dream’ selepas ‘Itaewon Class’. Saya telah melalui banyak perkara sebelum membuat keputusan untuk menyertai projek baru ini. Terasa sangat baru melihat diri saya di skrin tiga tahun lalu. Saya teruja dan bimbang untuk bertemu penonton di teater. Perasaan saya bercampur baur.
Tambah pelakon lelaki itu lagi dengan mendedahkan bahawa dia merupakan peminat IU,
Saya sentiasa menjadi peminat tegar IU. Ia sangat mengujakan untuk berfikir tentang bekerja bersama dengannya. Watak kami dalam filem itu mempunyai banyak adegan pertengkaran. Jadi, saya mendapati diri saya inginkan lebih banyak babak pertengkaran itu ketika penggambaran hampir tamat. Saya seronok bekerja dengannya dan saya rasa sedih menjelang hujung penggambaran.
Selain itu, IU juga turut berkongsi sebab dia memilih untuk membintangi filem ini dengan menjelaskan,
Saya telah melakukan banyak drama dengan cerita yang mendalam. Saya sedang mencari sesuatu yang berbeza kali ini dan ketika itulah saya mendapat tawaran untuk watak dalam ‘Dream’. Jadi saya dengan senang hati menerimanya.
Sambung pelakon dan penyanyi itu dengan memuji Park Seo-joon,
Saya sangat kagum dengan keupayaan Seo-joon untuk bertindak balas dengan mudah kepada permintaan pengarah dan menangkap nada atau emosi yang diingini dengan sempurna. Semasa saya melihat dia bekerja, saya berasa iri hati dan terinspirasi dengan bakatnya sebagai pelakon. Saya belajar banyak darinya dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersama seorang yang mahir dan berdedikasi.
Dalam pada itu, filem “Dream” bakal ditayangkan pada 26 April ini. Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-peminat-tegar-dia-park-seojoon-akui-seronok-bekerja-dengan-iu-untuk-dream/