Yang Sechan Akui Makin Janggal Dengan Abangnya Yang Sehyung Kini Tapi Kenapa
Meskipun rapat sebelum ini namun, hubungan adik-beradik Yang Se-hyung dan Yang Se-chan dikatakan sudah makin janggal kini?
ARTIKEL BERKAITAN
"Ada Suruh Keluar.." - Yang Sechan Akui Sukar Sesuaikan Diri Semasa Awal Sertai 'Running Man'
Terbaru, Yang Se-chan dan Haha telah tampil dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk ‘Pinggyego’, di mana mereka berborak mengenai pelbagai topik.
Ketika sedang berbual, Yang Se-chan bercakap tentang hubungannya bersama abangnya Yang Se-hyung dengan berkata,
Memandangkan saya tidak tinggal bersama Se-hyung lagi, saya hanya berjumpanya untuk penggambaran kami ‘Where is My Home’.
Dia meneruskan lagi sambil mendedahkan bahawa hubungannya bersama abangnya itu sudah menjadi janggal,
Sejak kami berhenti hidup bersama, saya menjadi janggal dengan dia. Saya tidak pernah merasakan perkara ini tentang dia sebelum ini. Ia pelik. Saya meneka bahawa ini adalah bagaimana hubungan abang dan adik, cuma saya tidak mengetahuinya sehingga sekarang.
Sambung Yang Se-chan dengan menjelaskan mengenai hubungannya dengan Yang Se-hyung sekarang,
Dulu, kami sentiasa bersama dan sering berjumpa satu sama lain di rumah sepanjang masa, jadi kami baik-baik sahaja. Keadaan sangat berbeza hari ini. Saya juga tak pernah pergi ke rumah barunya lagi dan dia belum melawat rumah baru saya. Malah, saya tak terlalu berminat dengan rupa rumah barunya.
Selepas mendengar perkongsian rakan ahli “Running Man” itu, Haha bertanya,
Adakah sesuatu telah berlaku antara kamu berdua? Adakah awak berdua jatuh cinta dengan gadis yang sama pada masa yang sama atau apa?
Jawab Yang Se-chan sambil ketawa,
Tidak, tidak. Bukan apa-apa seperti itu. Kami tertarik dengan gaya gadis yang berbeza jadi perkara itu tidak akan berlaku. Saya rasa ia memang seperti itu selepas tinggal berasingan.
Biasalah adik-beradik gitu kan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/yang-sechan-akui-makin-janggal-dengan-abangnya-yang-sehyung-kini-tapi-kenapa/