Saya Nak Jadi Pemandu F1 Hebat Impian Besar Si Kecil Bernama Zidane Yusuf
Bukan semua anak tahu apa yang mereka minat seawal usia 7 tahun, tapi Zidane Yusuf Iskandar dah jumpa “cinta pertamanya” dalam dunia permotoran sejak kecil lagi! Bukan bola, bukan badminton, tapi go kart jadi pilihannya.
“Ayah yang kenalkan sukan ni. Saya suka sebab dia laju dan mencabar,” kata Zidane yang kini baru berusia 9 tahun.
Siapa sangka, dari hanya ikut ayah ke litar, kini Zidane dah pun mula bersaing dengan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman.
Training Sejak Kecil, Tak Main-Main Seriusnya!
Latihan? Zidane tak main-main. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali dia akan ke litar. Kadang kala, sampai petang, lebih-lebih lagi bila cuti sekolah.
“Ikut jadual juga, kadang masa sekolah pun sempat latihan.”
View this post on Instagram
A post shared by 茲甸 (@zidaneyusuf18)
“Berlumba Dengan Senior, Tapi Saya Excited!”
Bukan semua anak seusia Zidane berani berlawan dengan pelumba senior. Tapi bagi si kecil ini, itu cabaran yang buat dia makin semangat.
“Saya excited nak compete dengan mereka,” katanya bersungguh.
Malah, dalam pertandingan pertamanya, Zidane berjaya dapat tempat ke-6!
“Lepas ni saya harap boleh menang nombor 1!” katanya penuh harapan.
Baru-baru ini pula, Zidane berjaya meraih tempat ketiga dalam KRD Karting Competition yang berlangsung di RUD Sepang, kategori Cadet – satu lagi bukti bakatnya yang makin menyerlah!
Idola & Impian: F1 Jadi Matlamat Besar
Zidane memang serius. Idola dia ialah Ayrton Senna, lagenda F1 yang dihormati dunia. Bagi Zidane, Senna bukan sekadar pelumba, tapi simbol semangat juang dan keberanian yang tinggi.
“Saya nak jadi pemandu F1 yang hebat,” katanya tanpa ragu.
Setiap kali di litar, Zidane akan bayangkan dirinya seperti Senna—fokus, tenang dan berani ambil risiko. Dia juga gemar menonton semula perlumbaan-perlumbaan lama idola F1 itu sebagai inspirasi dan pembelajaran. Impiannya besar, tapi dia tahu semuanya perlu bermula dari kerja keras dan kesungguhan sejak sekarang.
Sokongan Padu Dari Ayah
Bila ditanya, ayah Zidane, Encik Dzikri Iskandar berkata,
“Kita pernah cuba sukan lain, tapi bila cuba go kart, minat dia terus melekat.”
Bukan sekadar sokong, ayah juga turun padang main bersama.
“Kanak-kanak mudah hilang fokus, jadi saya tak push. Saya join dia bermain.”
Harapan Untuk Anak: Biar Mimpi Jadi Nyata
“Insyallah, kita harap dia boleh pergi lebih jauh. Kalau boleh, sampai ke F1. Yang penting, dia ikut haluan yang betul dan terus improve,” tambah ayahnya.
Beliau juga menekankan pentingnya disiplin, sokongan moral serta keseimbangan antara minat dan pelajaran.
“Kita tak nak dia stress atau hilang semangat. Asalkan dia enjoy dan terus berusaha, itu sudah cukup membanggakan kami sebagai ibu bapa.”
Pesan Untuk Ibu Ayah Lain
Minat anak bukan boleh dipaksa, tapi bila kita kenal pasti apa yang buat mereka bersinar, sokongan ibu ayah boleh jadi titik tolak kejayaan mereka. Zidane dan ayahnya bukti bahawa impian besar boleh bermula dari minat kecil di usia muda.
Jadi, mama papa… dah ready nak bantu anak temui potensi sebenar mereka?
The post “Saya Nak Jadi Pemandu F1 Hebat!” – Impian Besar Si Kecil Bernama Zidane Yusuf appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/saya-nak-jadi-pemandu-f1-hebat-impian-besar-si-kecil-bernama-zidane-yusuf/