Saya Minta Maaf Sebab Bertindak Mengikut Emosi Tanpa Ketahui Fakta Sebenar Cik Miera



Susulan tindakan mengkritik keterangan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan netizen, Cik Miera atau nama sebenar Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, memohon maaf kepada semua pihak. 
Menurut saksi ke-25 itu, kritikkan itu dibuat mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kes tersebut. 
"Saya minta maaf sebab bertindak mengikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian dan semua yang terbabit kerana kekecohan ini," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah pada hari prosidng, hari ke-18 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini

Jelas Siti Syafika, kenyataannya itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada pembantu pegawai pembedahan di IJN, Muhammad Ashraff Baruji bahawa Adib ada memberitahu dia dipukul. 
"Saya dengar Ashraff sesudah habis melawat Adib, (Ashraff kata) saya (Ashraff) tanya sama ada dipukul, kali pertama Adib menggeleng, kali kedua, Adib menggeleng, kali ketiga dia (Adib) mengangguk," katanya. 
Zhafran kemudian bertanya, mengapa keterangannya pada hari ini berbeza dengan kenyataannya yang dimuat naik di Facebook sebelum ini. 
"Masa itu, saya percaya Adib dipukul tanpa mengetahui perkara sebenar. Tetapi, saya yakin doktor (forensik) beri keterangan berdasarkan kepakaran." 
Zahfran: "Akaun Facebook kamu masih aktif?"
Siti Syafika: "Tak. Sebab selepas itu saya terima banyak 'personal message'." 
Memetik laporan Harian Metro, Siti Syafika tidak dapat menahan sebak dan mengalir air mata ketika menjawab soalan Zhafran berhubung apa yang membuatkan dia sungguh beremosi sehingga memuat naik status tersebut di Facebook, Jumaat lalu. 
Zhafran: "Kenapa kamu sangat beremosi sehingga buat kenyataan itu?"
Siti Syafika: "Sepanjang Adib ada di sana (IJN), saya lihat keluarganya, saya melihat tunangnya, saya melihat keadaan keluarganya yang menangis. Pihak bomba yang tidur di luar ICU, di atas kerusi menunggu setiap hari."
Zhafran: "Dan ini membuat kamu rasa macam mana?" 
Siti Syafika: "Saya lebih merasa dalam keadaan hubungan kekeluargaan."
Terdahulu, saksi yang sudah enam tahun berkhidmat sebagai jururawat memberitahu dia diarahkan untuk membantu doktor memasang ECMO (Extracorporeal Membrane Oxygenation) pada Adib pada 28 November 2018. 
Zhafran: "Kamu ada lihat Adib, bagaimana keadaan dia?"
Siti Syafika: "Seluruh badan dia bengkak, dada kanan dia ada lebam, ada salur tiub pada sebelah kanan."
Zhafran: "Selain itu, ada apa-apa lagi?"
Siti Syafika: "Bengkak dan lebam pada pangkal paha. Tetapi saya tidak pasti belah mana." 
Zhafran: "Selain itu, apa kecederaan lain?"
Siti Syafika: "Skrotum dia membesar macam belon" 
Zhafran: "Keadaan muka dia?" 
Siti Syafika: "Keadaan dia pada masa itu, saya tak pasti. Yang saya lihat muka dia bengkak dan dada dia ada lebam."
Zhafran: "Dia sedar masa itu?" 
Siti Syafika: "Tak sedarkan diri." 
Selain itu, Siti Syafika berkata, ada dua masa lain di mana dia membantu mengendalikan Muhammad Adib ketika anggota bomba itu dirawat di ICU IJN, iaitu pada 2 dan 3 Disember. 
Pada kali kedua, anggota bomba itu dilihat tidak sedarkan diri, manakala pada kali ketiga, pesakit dilihat tidak membuka mata tetapi hanya mengangguk selepas mendengar arahan doktor. 
Sementara itu, Ketua ICU IJN Datuk Dr Suneta Sulaiman berpendapat bahawa Siti Syafika tidak layak memberi kenyataan berhubung kecederaan pada mangsa kerana tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu. 
Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad. 
Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/03/saya-minta-maaf-sebab-bertindak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cik Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

Cik Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 371 hits
Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli SAKSI ke 25 Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam FOTO Sairien NafisPEMILIK akaun Facebook dengan n...
Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 359 hits
PEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen Foto Sairien Nafis Saya terl...
Fakta Sebenar Najib Bising Bangunan Konsulat Di Hong Kong Dijual

Fakta Sebenar Najib Bising Bangunan Konsulat Di Hong Kong Dijual

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 506 hits
BANGUNAN KONSULAT DI HONG KONG INI FAKTA FAKTA DI SEBALIK KEKECOHANNajib tuduh kerajaan jual aset milik kerajaan di HK Hakikatnya deal tersebut dibuat sebelum 9 Mei 2018 melalui rundingan terus dengan syarikat pembeli Alasannya sebab keraja...
Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 831 hits
SHAH ALAM Jururawat Institut Jantung Negara Siti Shafika Amira Mohd Rasani yang membuat kritikan terhadap kenyataan Doktor Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kema tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memberi ketera...
Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 493 hits
SAKSI ke 25 Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam FOTO Sairien NafisPEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua piha...
Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 477 hits
Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur menyatakan rasa sedihnya selepas membaca hantaran komen pemilik akaun Facebook bernama Cik Miera berhubung keterangannya dalam prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Sedih saya kata Dr...
Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 480 hits
Seorang jururawat Institut Jantung Negara yang mengkritik kenyataan Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner hari ini lapor ...
Jururawat Cik Miera Tak Dipanggil Beri Keterangan Peguam Keluarga Adib

Jururawat Cik Miera Tak Dipanggil Beri Keterangan Peguam Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 347 hits
News Diterbitkan Hari ini 6 35 petangINKUES Keluarga allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak akan meminta seorang wanita yang mengaku jururawat di Institut Jantung Negara untuk memberi keterangan pada inkues yang sedang berlangsung bagi...
Ahli Akademik Gesa Polis Bertindak Terhadap Pelaku Sebenar

Ahli Akademik Gesa Polis Bertindak Terhadap Pelaku Sebenar

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 264 hits
Ahli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar Selepas penyokong bekas perdana menteri Najib Razak menyerang pelajar Universiti Malaya yang mengadakan protes terhadapnya semalam
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dugaan Pagi Khamis

Arvian Dwi Kau Telah Milik Dia Chord

Qumang Carol Tuwis Sangkai Selemai Chord

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000

Grok Ai Makin Pintar Berkat Update Grok 3 Bisa Digunakan Dengan Gratis