Saya Masih Menteri Besar Mukhriz


Home/Politik

DATUK Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau masih Menteri Besar Kedah dan menafikan kerajaan negeri pimpinannya sudah jatuh.

Mukhriz berkata pada masa ini suasana politik di Kedah masih terkawal dan pihaknya masih menjalankan tugas-tugas pentadbiran seperti biasa termasuk mengadakan Mesyuarat Exco.

“Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih wujud dan tidak benar dakwaan bahawa kerajaan ini sudah jatuh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam, yang mendakwa kononnya seramai 23 daripada 36 ADUN sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Mukhriz berkata jika ada pihak yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya, masih banyak proses yang perlu dilaksanakan termasuk yang melibatkan perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, sebelum berlakunya peralihan kuasa kerajaan negeri.

Mukhriz berkata, pada mesyuarat hari ini juga barisan exco kerajaan negeri sudah memutuskan untuk mengesyorkan kepada Sultan Kedah supaya usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

23 ADUN termasuk 4 dari Bersatu hilang keyakinan terhadap Mukhriz

“Cara itu lebih terbuka, pihak pembangkang boleh usulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar atau pihak kerajaan usulkan undi percaya dan jika di pihak pembangkang jumlah (undi tidak percaya) mencukupi maka hilanglah majoriti bagi kerajaan.

“Dalam sehari dua lagi cadangan (bawa usul ke DUN) ini akan dikemukakan kepada Tuanku Sultan kerana saya perlu mandat daripada exco untuk sampaikan hasrat ini dan terpulanglah kepada baginda untuk tentukan nanti,” katanya.

Dalam sidang media khas semalam, Muhammad Sanusi mendakwa empat ADUN Bersatu yang menyatakan telah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz ialah Juhari Bulat (Ayer Hangat), Mohd Firdaus Ahmad (Kuah), Halimaton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak).

Tiga daripada mereka yang merupakan exco kerajaan negeri, tidak hadir pada mesyuarat hari ini. 
– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/saya-masih-menteri-besar-mukhriz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Samsuri Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

Ahmad Samsuri Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 632 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa partinya masih belum memuktamadkan calon untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang baru Jelasnya ini kerana perbincangan mengenai perkara tersebut masih dilaku...
Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 450 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke 14 dan majlis pelantikannya akan berlangsung hari ini Beliau adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah dan menduduki jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 P...
Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 661 hits
Cadangan sahaja Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose s undi tidak percaya Muhyiddin d...
2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 724 hits
SUNGAI PETANI Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Adun Sidam Rober...
Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

Mukhriz Mengakui Beliau Masih Pegang Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 385 hits
ALOR SETAR Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa Beliau menegaskan pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan neger...
Azmin Buat Kesilapan Besar Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Azmin Buat Kesilapan Besar Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 427 hits
Masing berkata tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membena...
Adun Jeneri Menteri Besar Kedah Ke 14

Adun Jeneri Menteri Besar Kedah Ke 14

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 470 hits
ALOR SETAR 17 Mei Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar yang baharu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datu...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 447 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

Pas U Turn Isu Undang Undang Banteras Lgbt

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Jenis Susu Di Pasaran Mana Yang Sesuai Untuk Korang

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejadian Salah Masuk Kereta

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Matcha Latte Homemade Resipi Mudah Ala Kafe Yang Super Sedap Jimat

Pengerusi Bn Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan Dan Adun Lamag Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Jam 1 46 Pagi Ini

Denda Buang Sampah 2026 Bermula 1 Januari

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali Ke Rahmatullah