Saya Makan Kepok Lekor Pelumba Korea Cuba Korek Rahsia Jijoe Menang 3 Emas


Bagi menungguli sesuatu acara suka itu, individu tersebut perlulah mengorbankan pelbagai benda demi untuk merealisasikan impian itu.
Bagi “The Pocket Rocket Man”, pertabalannya sebagai pelumba keirin nombor 1 dunia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi. Pelbagai onak dan duri perlu ditempuhinya untuk berada tinggi di puncak ketika ini.
Menerusi muatannnya di Facebook, beliau ada berkongsikan berkenaan dengan perit jerih yang dilaluinya semasa awal-awal dahulu dia mencipta sejarah dalam sukan basikal trek ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Maka tibalah hari kejohanan. Saya memasuki empat acara iaitu Sprint, Keirin, 1km ujian masa dan juga Pecut Berpasukan. Untuk disiplin pecut ini, kira lengkaplah acara yang saya sertai. Semua acara saya masuk.
Waktu inilah saya bagitahu diri saya, alang-alang mencelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Cuba anda semua teka, dari empat acara ini, medal warna apa dan berapa medal saya menang?
Sejarah tercipta
Untuk makluman anda semua, saya telah mencipta suatu sejarah dalam arena sukan lumba basikal pada masa itu. Saya telah memenangi tiga pingat emas untuk kesemua acara individu saya iaitu Sprint, Keirin dan 1km ujian masa, manakala perak untuk acara Pecut Berpasukan, itupun kerana tayar salah seorang dari rakan pasukan pancit ketika perlumbaan final untuk pingat emas.
Perlumbaan untuk semua acara memang begitu sengit. Ketika itu tentangan paling hebat adalah dari pelumba Korea. Ada seorang pelumba Korea yang mendapat pingat perak dalam acara Sprint dan Keirin dibelakang saya, memberikan tabik spring kerana saya masih boleh berkayuh dengan cemerlang dalam dua lagi acara lain.
Beliau sempat bertanya apa yang saya makan, saya pun berseloroh, Kepok Lekor. Acara yang paling mengazabkan adalah 1km ujian masa. Selepas bertarung dua hari berturut-turut dalam acara Sprint dan Keirin, tahap tenaga saya sedikit susut.
Pelumba Korea dan Jepun beri persaingan sengit
Acara 1km ini memang perit, seperti anda berlari pecut 100meter tetapi anda kena berlari sejauh 1km dengan pace yang sama. Muntah hijau. Ketika perlumbaan berlangsung, saya mendapat persaingan sengit dari pelumba Korea dan Jepun.
Ditengah terik panas matahari, saya berkayuh habis-habisan, mengeluarkan segala kudrat yang ada. Dalam hati saya, mati pun mati lah. Saya terbongkang selepas perlumbaan tamat, kaki saya umpama jeli. Alangkah gembiranya saya apabila mendapat tahu yang saya adalah pemenang, kesemua kesakitan menjadi sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya.
Pengorbanan yang tidak sia-sia
Saya rasa sungguh bersyukur kepada Allah SWT diatas semua pencapaian ini dan dalam masa yang sama saya merasa sangat puas dan berbaloi. Pengorbanan saya bersusah-payah, diuji dengan pelbagai onak dan duri kehidupan membuahkan hasil yang amat lumayan.
Ikhlas kata, saya sungguh tidak menyangka saya dapat melakukan semua ini dengan apa yang saya hadapi. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menguji hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya.
Andai kata saya mengalah dengan ujian yang diberikan, sudah tentu nama saya tidak terpahat didalam sejarah sukan negara hari ini. Saya pergi mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan, jurulatih dan yang ada ketika hari perlumbaan tersebut.
Dan sudah tentu ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Uncle yang banyak membantu. Teringat pula ucapan Uncle ditengah Velodrome Cheras waktu itu,
“Ajijul, saya tahu u manyak bagus maaa, tapi ini hali saya baru tahu u memang lain macham woo”
Wartawan pun datang berpusu-pusu melontar pelbagai soalan.
Saya menjawab dengan air mata yang bergelinangan. Mungkin mereka ingat saya sebak dengan pencapaian. Tetapi ianya lebih dari sebuah pertandingan. Saya simpan, tiada siapa tahu sampai sekarang.
Sumber: Azizulhasni Awang
The post ”Saya Makan ‘Kepok Lekor’”, Pelumba Korea Cuba Korek Rahsia Jijoe Menang 3 Emas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/29/saya-makan-kepok-lekor-pelumba-korea-cuba-korek-rahsia-jijoe-menang-3-emas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembelit Cuba Makan Buah Prun

Sembelit Cuba Makan Buah Prun

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 338 hits
Sembelit cuba makan buah prun Siapa pernah makan buah prun Dia ada jenis yang basah dan yang kering Rasa dia pula manis dan mempunyai serat yang tinggi dan buah ni kalau kita kunyak dia lambat nak hancur tetapi seratnya secara semulajadi sa...
Kalau Tak Makan Nasi Masa Berpantang Boleh Cuba Lamb Chop Kuah Lada Hitam Sayur Brokoli

Kalau Tak Makan Nasi Masa Berpantang Boleh Cuba Lamb Chop Kuah Lada Hitam Sayur Brokoli

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 345 hits
Makanan merupakan topik yang kompleks tidak kiralah bagi bayi remaja ataupun orang dewasa Jika dibuka pada mana mana laman sesawang jualan yang menawarkan buku khidmat nasihat pemakanan terdapat lebih daripada 50 000 panduan yang dijual Ban...
Kepada Wanita Yang Ingin Melancong Ke Korea Mesti Cuba Pakaian Tradisional Korea Di Lokasi Yang Mesra Muslim

Kepada Wanita Yang Ingin Melancong Ke Korea Mesti Cuba Pakaian Tradisional Korea Di Lokasi Yang Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 881 hits
Jika melancong ke Korea tak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok Han merupakan panggilan lain bagi Korea manakala bok bermaksud pakaian Amnya masyarakat Korea hanya menyebut pakaian mereka sebagai p...
Cuba Makan Aroii Thai Boat Noodle Street Food

Cuba Makan Aroii Thai Boat Noodle Street Food

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 549 hits
Cuba Makan Aroii Thai Boat Noodle Street Food Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Kali ini Momi cuba makan dekat Aroii Thai Sekarang Aroi Thaii sudah mula mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia dan mudah untuk jumpa restoran Aroi Thai...
Tak Mahu Makan Semua Anak Tolak Tepi Cuba Vegetable Rice Ball Licin Anak Makan

Tak Mahu Makan Semua Anak Tolak Tepi Cuba Vegetable Rice Ball Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 630 hits
Bukan hanya tidak mahu makan nasi malah ibu bertambah kebingungan bila berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan Susu tetap jadi pilihan nombor satu anak Makanan finger food atau makanan berbentuk dan menyenangkan anak untuk pegang anta...
Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 541 hits
Bila anak menolak nasi mama perlulah usahakan sesuatu agar anak berselera kembali dengan menu nasi Nasi pastinya buat perut anak lebih kenyang berbanding pilihan makanan lain yang tidak sihat Cara kreatif ibu ini yang dikongsikan di faceboo...
Jika Anda Melancong Ke Korea Anda Mesti Cuba Kambing Bakar Di Restoran Halal Shogin Lamb House

Jika Anda Melancong Ke Korea Anda Mesti Cuba Kambing Bakar Di Restoran Halal Shogin Lamb House

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 567 hits
Ingin lari dari makanan korea seperti Samgeytang dan lain lain Kami syorkan supaya anda cuba barbeku di Shogin Lamb House Namun barbekunya masih mengekalkan gaya Korea Satu pengalaman yang patut anda cuba sekurang kurangnya sekali seumur hi...
Cuba Naik Pesawat Balik Ke China 3 Beranak Warga China Ditahan Di Senai Airport

Cuba Naik Pesawat Balik Ke China 3 Beranak Warga China Ditahan Di Senai Airport

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 395 hits
Ketua Polis Johor Datuk Kamarudin Md Din mengesahkan kanak kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki positif koronavirus dan dilarikan oleh ibu bapanya kerana enggan dikuarantin telah ditahan malam tadi Tiga beranak itu ditahna di La...
Pelancong China Berang Dihalang Masuk Ketuk Dan Cuba Panjat Dinding Airport Senai Johor

Pelancong China Berang Dihalang Masuk Ketuk Dan Cuba Panjat Dinding Airport Senai Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 868 hits
Ekoran daripada penularan wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan semua laluan pintu masuk negara diperketatkan dengan pemeriksaan kesihatan yang rapi oleh pihak berwajib khasnya kepada pelancong dari negara China Menerusi video yang t...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine