Saya Maafkan Ayah Walaupun Kami Di Abaikan


 
Saya kini berusia 35 tahun, sudah berkahwin dengan seorang pendidik dan dikurniakan sepasang anak berusia dua dan empat tahun. Suami saya, Zaidan (bukan nama sebenar), seorang suami yang baik dan faham akan masalah yang saya hadapi sejak kami berkenalan lebih kurang tujuh tahun lalu.Sejak berusia 13 tahun, ibu dan ayah saya bercerai. Adik-adik berusia sembilan dan tujuh tahun. Selepas ayah keluar dari rumah, kami tiga beradik tinggal bersama ibu di kampung dan menumpang di rumah atuk dan nenek. Oleh kerana ibu tidak bekerja agak sukar bagi kami untuk hidup tetapi mujur ada bapa saudara dan ibu saudara sebelah ibu yang membantu.
Kami tiga beradik berpindah sekolah di kampung atas permintaan atuk yang tidak mahu ibu dalam kesusahan untuk membesarkan kami. Sejak berpisah dengan ibu, ayah langsung tidak ambil tahu. Jenguk kami jauh sekali walaupun saya sebagai anak sulung selalu menelefon untuk bertanya khabar dan meminta wang belanja kami.
“Ayah bukan sahaja tidak ambil kisah hal kami tiga beradik tetapi nafkah edah ibu juga tidak diberinya. Kasihan ibu. Tetapi ibu tidak pernah merungut dan meminta–minta. Ibu sangat sabar walaupun saya tahu hati ibu menderita. Kadang-kadang saya nampak ibu menangis.
Sebagai anak perempuan, apa daya saya untuk membantu. Tambahan pula saya masih remaja dan perlu belajar untuk menyara ibu dan adik-adik. Saya nekad untuk belajar rajin-rajin dan berjaya hingga ke universiti, kemudian bekerja dan membantu ibu. Saya mahu membahagiakan ibu dan adik-adik. Alhamdulillah,  saya lulus  cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, begitu juga adik-adik semua berjaya di dalam pelajaran mereka, berkat doa ibu dan pengorbanan atuk dan nenek serta keluarga sebelah ibu yang tidak pernah jemu memberi kasih sayang kepada kami.
Dalam keperitan hidup, saya berjaya ke menara gading hasil bantuan ibu saudara dan bapa saudara. Mujur ada PTPTN, ringanlah sikit beban mereka menanggung saya dan adik-adik. Saya juga dapat menggunakan duit pinjaman itu untuk membeli keperluan yang saya perlukan. Begitu juga dengan adik-adik. Selepas tamat belajar, saya berusaha ke rumah nenek sebelah ayah dengan tujuan untuk bertanya khabar dan mencari ayah. Saya bawa adik-adik bersama. Nenek sangat sedih kerana perbuatan ayah, dia menangis dan memeluk kami tiga beradik dengan erat sekali.
Nenek juga minta maaf kerana sikap ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada kami tiga beradik. Saya tidak salahkan nenek kerana saya tahu dia juga tidak mampu menasihati ayah. Alhamdulillah, saya mendapat kerja yang sesuai dengan kelulusan,  rezeki saya untuk menyara ibu yang telah lama menderita perasaan kerana perbuatan ayah dapat saya tunaikan. Adik-adik juga berjaya di dalam pelajaran mereka dan masuk universiti seperti mana yang ibu hajatkan. Setelah bekerja, hidup kami berubah. Saya boleh membayar balik budi baik ibu saudara dan bapa saudara yang menyara kami sekeluarga. Budi mereka tidak terbalas. Walaupun mereka enggan menerima, saya tetap bagi duit belanja untuk nenek setiap bulan.
Dua tahun setelah bekerja saya bertemu lelaki yang mahu mengambil saya sebagai isterinya. Kami berkenalan semasa di universiti. Dia melamar saya setelah saya bersetuju untuk hidup di sisinya. Ayah tidak ada semasa bakal mentua saya menyarung cincin di jari manis saya. Atuk dan nenek menitiskan air mata pada hari itu kerana sedih dan terharu sementara ibu memang sentiasa bergenang air mata kerana sangat gembira. Pada masa yang sama, ibu juga sangat sedih. Adik-adik tidak berenggang dengan saya sepanjang majlis berlangsung, mungkin mereka boleh merasakan kesedihan yang saya alami.
Selesai majlis, saya mula sedih kerana saya harus mencari ayah untuk majlis nikah saya yang akan berlangsung dalam tempoh enam bulan.  Siang malam saya menangis mengenangkan hal ini.  Akhirnya saya  bawa tunang saya bertemu nenek untuk mendapatkan alamat ayah. Dua bulan kami mencari, akhirnya saya berjaya menjejak ayah. Terkejut ayah bila saya muncul di rumahnya. Itulah pertama kali saya berkenalan dengan isteri baharu ayah dan adik-adik saya seramai tiga orang. Mereka mesra dan isteri baharu ayah melayan saya dengan mesra.
Saya perkenalkan tunang saya kepada ayah.  Dia macam rasa bersalah dan tidak memandang tepat ke mata saya. Saya peluk ayah dengan air mata berlinangan di pipi. Saya rindukan ayah sebenarnya. Saya bersyukur dapat berjumpa dengan ayah. Saya bagi tau ayah yang saya akan berkahwin. Saya mahu ayah jadi wali saya. Ayah terdiam. Saya bagi borang nikah yang perlu ayah isi. Ayah mengisinya dengan terketar-ketar dan sebak apabila berbual dengan saya. Saya tahu ayah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan tetapi saya ingat pesan ibu, kalau jumpa ayah, layan ayah dengan elok, jangan timbulkan masalah, hormatkan ayah. Jangan bagi ayah sedih, begitu sayangnya ibu kepada ayah.
Sebelum balik saya peluk ayah, saya cium tangan ayah dan berharap sangat ayah akan datang pada hari pernikahan saya nanti. Sambil memeluk saya, ayah berkata dia akan cuba datang tetapi tidak berjanji. Kata ayah, dia malu dengan ibu dan keluarga atuk... malu sangat-sangat. Saya pulang dengan lapang dada berharap ayah akan datang untuk mewalikan saya. Itu hajat saya yang sangat saya harapkan. Saya selalu solat hajat dan buat tahajud minta Allah makbulkan harapan saya. Ya, doa saya makbul. Ayah muncul pada hari pernikahan saya.  Saya menangis, adik-adik juga sama. Ibu tidak berjumpa ayah, mungkin tidak sanggup mengenangkan apa yang ayah sudah lakukan. 
Tetapi saya yakin ibu sudah maafkan ayah. Saya tahu hati ibu, dia sangat sayangkan ayah dan kasih sayangnya itu akan dibawa sampai ke mati. Ayah tidak tunggu majlis perkahwinan saya berlangsung. Saya faham. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ayah  kerana sudi datang dan mewalikan saya. Selepas bernikah, saya rasa lega. Ibu dan adik-adik, saya bawa tinggal bersama saya di rumah yang kami suami isteri beli. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab dan menerima ibu saya dan adik-adik. Keluarga mentua juga sangat baik dan sayangkan saya.
Saya berkongsi cerita ini kerana mahu mereka yang mengalami masalah seperti saya akan sentiasa berdoa, mohon Allah kembalikan kebahagiaan dan kasih sayang yang telah tergugat antara ibu bapa dan anak-anak selepas berlaku perceraian. Tidak semua ayah akan melupakan anak-anaknya sampai mati. Kadang-kala mereka terpaksa, atas sebab-sebab yang tertentu dan ada juga yang sengaja berbuat demikian. Apa pun, kembalilah kepada Allah, insya-Allah ada bahagianya nanti.
Semoga rumah tangga saya akan sentiasa di dalam rahmat Allah hingga ke jannah. Semoga ayah juga dalam bahagia. Saya juga berjanji akan menjaga ibu dan adik-adik serta membahagiakan mereka sehingga mereka juga bertemu jodoh. Terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah ini.
Kredit : UtusanMalaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/06/saya-maafkan-ayah-walaupun-kami-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cepat Cari Menantu Untuk Papa Awak Wish Birthday Ayah Netizen S4kat Dafi Kena Bawa Balik Isteri

Cepat Cari Menantu Untuk Papa Awak Wish Birthday Ayah Netizen S4kat Dafi Kena Bawa Balik Isteri

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 196 hits
Perdana Menteri kesayangan ramai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 62 semalam Susulan itu kebanyakan media sosial dihujani dengan pelbagai ucapan yang mendoakan kesejahteraan PM kesembilan i...
Kembar Bongkar Kematian Ayah Jisung Seo Jihye Lee Sookyung Sah Terajui Adamas

Kembar Bongkar Kematian Ayah Jisung Seo Jihye Lee Sookyung Sah Terajui Adamas

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 169 hits
Selepas hanya khabar angin tvN akhirnya mengesahkan barisan pelakon drama misteri Adamas Drama ini membawa kisah kembar lelaki yang cuba membongkarkan rahsia disebalik insiden 22 tahun lalu bagi membersihakan nama ayah mereka yang dituduh m...
Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 224 hits
Sejak kebelakangan ini banyak mainan kecil yang diselitkan dalam makanan ringan anak anak Ini bertujuan untuk bagi anda rasa gembira apabila membukanya Namun ibu bapa harus ambil peranan dalam hal ini terutama apa yang anak makan dan dapat ...
Anak Ayah Dah Kahwin Pengantin Lelaki Mahu Berteman Berdepan Tok Kadi Letak Foto Arw4h Bapa Di Sisi Ketika Akad Nikah

Anak Ayah Dah Kahwin Pengantin Lelaki Mahu Berteman Berdepan Tok Kadi Letak Foto Arw4h Bapa Di Sisi Ketika Akad Nikah

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 224 hits
HARI bahagia yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan disulami rasa h1ba kerana bapa kesayangan tiada di sisi Namun bagi meredakan kesedihan sekeping gambar berukuran pasport diletakkan di sisi pengantin lelaki pada majlis pernikah...
Pu Riz Disoal Apa Perasaan Bakal Jadi Ayah Sekali Pu Riz Beri Soalan Padu Pada Wartawan Buat Ramai Terhibur

Pu Riz Disoal Apa Perasaan Bakal Jadi Ayah Sekali Pu Riz Beri Soalan Padu Pada Wartawan Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 150 hits
Rasanya desas desus mengenai Neelofa yang dahulunya did4kwa hamil kini bukanlah satu r4hsia lagi apabila dia dilihat berkongsikan mengenai hal itu baru baru ini
Makin Susah Nak Patuh Arahan Anak Jadi Keras Kepala Mak Ayah Perbetulkan Cara Didikan

Makin Susah Nak Patuh Arahan Anak Jadi Keras Kepala Mak Ayah Perbetulkan Cara Didikan

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 234 hits
Apa sahaja teguran dari mak ayah tidak langsung diendahkannya anak Ada sahaja jawapannya Bukan salah anak seratus peratus ada kalanya sikap kita sendiri menyebabkan anak menjadi makin tak dengar kata Tersalah cara dan percakapan kita ada wa...
Ibu Dia Men1nggal Sebab Cov1d 19 Beberapa Bulan Lepas Datuk Yang Urus Bersama Ayah Kakak

Ibu Dia Men1nggal Sebab Cov1d 19 Beberapa Bulan Lepas Datuk Yang Urus Bersama Ayah Kakak

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 276 hits
Perkongsian video seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah di laman TikTok mencuri perhatian ramai yang menceritakan kisah sedih pelajarnya Walaupun diuji sebegitu pelajar ini masih cekal untuk menimba ilmu dan datang ke sekolah seperti b...
Karakter Ayah Dalam 8 Film Animasi Ini Bikin Haru Inspiratif Banget

Karakter Ayah Dalam 8 Film Animasi Ini Bikin Haru Inspiratif Banget

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 173 hits
Meskipun dalam dunia kartun tapi adegan antara ayah dan anak ini bikin penonton berkaca kaca
Di Depan Dpr Menaker Ida Bantah Penetapan Ump 2022 Abaikan Kepentingan Buruh

Di Depan Dpr Menaker Ida Bantah Penetapan Ump 2022 Abaikan Kepentingan Buruh

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 221 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menegaskan bahwa pihaknya terus berkomitmen memberikan perlindungan terhadap pekerja buruh termasuk perlindungan dalam hal pengupahan
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu