Saya Kejar Peragut Sambil Menangis



Saya kejar peragut sambil menangis
Video memaparkan kisah seorang mangsa ragut yang berkongsi momen dia kehilangan rantai emas pemberian kakaknya menyentuh hati ramai pengguna laman Twitter hari ini.
Ramai menyatakan rasa kagum dengan sikap lelaki itu yang dianggap memiliki hati emas kerana bersangka baik dengan peragut tersebut dan sanggup menawarkan RM500 jika dia memulangkan rantai emas tersebut.
Pemilik bengkel motosikal di Taman Setia Rawang itu berkata, rantai leher tersebut mempunyai nilai sentimental kerana ia diberi ketika kakaknya ingin melangkah keluar dari rumah selepas melangsungkan perkahwinan.
“Bangsa saya tidak mahu cakap kerana dia anak Malaysia saya pun anak Malaysia. Saya kejar dia sambil menangis. Tetapi tidak mampu. Motosikal dia laju dan ketika itu saya bawa Honda EX5.
“Selepas saya jumpa satu kedai di lokasi berdekatan ada CCTV (rakaman televisyen litar tertutup). Tapi saya tidak mahu siarkan kepada umum. Orangnya tidak nampak. Tetapi nampak motosikal dan beg Grab,” katanya dalam tiga siri video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter bernama @Rudyakhbar.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi kelmarin ketika dia menghubungi seorang pelanggan dan berharap video yang telah diulang kicau lebih 22,000 kali tersebut tular hingga sampai kepada ‘rider’ berkenaan.
“Memang saya marah tapi saya fikir mungkin situasi dia susah sebab musim pandemik ini semua orang susah. Pendapatan kurang. Jadi kalau awak susah saya boleh tolong bayar RM500 cuma bagi balik rantai itu.
“Awak boleh datang bengkel saya. Kedai saya tiada CCTV jangan risau. Awak boleh tinggalkan di sini dan beri nombor akaun. Walau apa-apa situasi jangan samun. Saya mahu awak insaf dan menyesal,” ujarnya.
Lelaki itu turut memberitahu, dia tidak pernah mengibarkan bendera sama ada di rumah atau kedai dan begitu teringin melakukannya sempena bulan kemerdekaan tahun ini.
“Pada musim Covid-19 saya tengok petugas barisan hadapan abang polis, jururawat, doktor semua saya pun rasa letih dan hormat mereka. Tetapi bila jadi begini saya rasa kita belum merdeka kerana diancam perompak dan rasa tidak bebas untuk memakai barang perhiasan,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter menggunakan akaun bernama @Danielzaidi berkata, dia merupakan pelanggan tetap pemilik bengkel tersebut dan menyifatkan lelaki itu seorang yang jujur.
“Setiap bulan aku akan hantar motosikal aku di bengkel dia untuk servis. Abang ini memang seorang yang bercakap jujur. Baik hati. Lemah lembut. Tengok dari reaksi mukanya dah tahu rantai itu amat bermakna bagi dia. Tuhan merahmati awak abang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Grab Malaysia dalam satu hantaran di Twitter berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.
“Hai Rudy, perkara ini sudah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak berkuasa. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Harap maklum,” ciapnya hari ini. K Online
Saya kejar peragut sambil menangis
Baca Artikel Menarik :
Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku Agong titah PRU15 bukan pilihan terbaik “Selepas hujan pasti ada pelangi menanti” – Najib Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan ‘Tiada siapa cukup majoriti, MT Umno cadang kerajaan perpaduan’
Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

The post Saya kejar peragut sambil menangis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/17/saya-kejar-peragut-sambil-menangis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1 400 Kos Tayammum Mangsa Covid 19 Menangis Waris Menceritakan

Rm1 400 Kos Tayammum Mangsa Covid 19 Menangis Waris Menceritakan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 222 hits
Ini yang dikatakan sebagai menangguk di air keruh mereka mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan dan kesempitan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri Melampau dan menekan keluarga golongan kurang berkemampuan bila...
Lirik Lagu Menangis Dalam Hujan

Lirik Lagu Menangis Dalam Hujan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 480 hits
Lirik Lagu Menangis Dalam Hujan Haritu balik kerja sambil ditemani air hujan woo Tetiba dengar lagu ni Sayu behtul Bila search kat Youtube rupanya lagu berbelas tahun duluu ek Lorh Kenapa macam tak pernah kudengorrr Hahaaa JOMLAH NYANYI BER...
Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 382 hits
Penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia ARTIKEL BERKAITAN nAdvertisementPerkara ters...
Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 384 hits
Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi dan usahawan popular Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan
Duit Simpanan Cukup Cukup Je Masa Tu Menangis Bila Pandang Muka Anak Wawa Zainal Berubah Demi Anak

Duit Simpanan Cukup Cukup Je Masa Tu Menangis Bila Pandang Muka Anak Wawa Zainal Berubah Demi Anak

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 384 hits
Setiap kali melewati Instagram pelakon Wawa Zainal jarang sekali kita menyaksikan perkongsian yang menyentuh hati Baik Wawa mahupun suaminya Aeril Zafril kedua duanya dilihat cukup ceria kelakar sweet dan aktif Tidak dibuat buat tetapi inil...
Siapa Buat Adik Meh Mama Pukul Batu Ni Bukan Begini Cara Redakan Anak Menangis

Siapa Buat Adik Meh Mama Pukul Batu Ni Bukan Begini Cara Redakan Anak Menangis

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 271 hits
Siapa tak sayang anak kan Kalau boleh memang kita nak manjakan dia sampai dia besar Ya Allah sayang sangat kalau boleh nyamuk pun tak nak bagi hinggap Atas dasar sayang sangat ni lah kadang kadang kita tersalah didikan Macam mana tu Anak ni...
Suri Rumah Menangis Didenda Rm9 000 Kerana Hina Agong

Suri Rumah Menangis Didenda Rm9 000 Kerana Hina Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 312 hits
Wanita itu turut mengakui perbuatannya adalah bodoh KUALA LUMPUR Seorang suri rumah yang didenda RM9 000 kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Yang di Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook miliknya menangis di Mahkama...
Abah Abah Kena Kuat Menangis Video Call Bapa Hasrat Terakhir Arw4h Minta Anak Ajar Mengvcap Tertunai

Abah Abah Kena Kuat Menangis Video Call Bapa Hasrat Terakhir Arw4h Minta Anak Ajar Mengvcap Tertunai

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 181 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi p1lu yang dilalui keluarga ini apabila terp4ksa menerima hakikat bahawa bapa tercinta akan ditidurkan selepas dij4ngkiti w4bak m4ut C0v1d ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa