Saya Jahil Mohon Maaf Raja Farah Suami Fauzi


Fauzi mengakui kesilapannya mengheret nama Raja Farah dalam sesi temu bual program, namun, akibat terlalu teruja berkongsi pengalaman sehingga terlepas menyebut nama pelakon wanita itu. - Foto IG Fauzi Nawawi
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Saya jahil – Fauzi Nawawi mohon maaf isu adegan rogol Raja Farah KUALA LUMPUR: Pelakon Fauzi Nawawi, 48, mengakui kesal keterlanjuran kata-katanya dalam sebuah program televisyen (TV) berkongsi pengalaman melakukan adegan rogol membabitkan Raja Farah dalam filem Anak Halal.

Bagaimanapun, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah, suami dan keluarga menerusi hantaran dalam Instagram (IG), semalam.

View this post on Instagram A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)


Nama suami kepada pelakon Lisdawaty itu menjadi tular menerusi laman Twitter susulan keterujaannya berkongsi pengalaman melakukan adegan rogol dalam filem arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 2007. Sedutan video itu sudah diulang ciapan hampir 7,000 kali.

Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
— Yan (@FayyanFreaks) October 19, 2021
Fauzi mendakwa, babak rogol itu tidak ditayangkan dalam filem atas permintaan keluarga Raja Farah.

Bagaimanapun, tindakan Fauzi menceritakan secara terperinci mengenai adegan 'panas' bersama Raja Farah menimbulkan kemarahan netizen kerana disifatkan tidak menjaga aib pelakon wanita yang sudah bertudung dan berumahtangga.

Malah, netizen mendakwa Fauzi merendahkan dan tidak menghormati martabat kaum wanita apabila begitu teruja berkongsi pengalaman menjayakan adegan rogol, lebih mengaibkan, Fauzi mengaku ia watak paling digemari dalam kerjayanya.

"Saya ingin minta maaf kepada yang menyebarkan video program berkenaan hingga kecoh dalam sosial. Program ini sudah lama ditayangkan, tetapi baru kini tular, jadi saya tidak tahu apakah tujuannya.


"Apa yang ingin saya katakan, saya minta maaf kepada mereka yang tersinggung, khususnya Raja Farah, suami dan seluruh keluarganya. Saya minta maaf lambat memuat naik permohonan maaf kerana sibuk dengan kerja dan hanya mengetahui berita ini pada sebelah malam.

"Saya terkejut menerima banyak komen dan mesej langsung memaki hamun dengan kata-kata kesat sehingga terpaksa menutup ruangan komen berikutan sedang berkerja dan membabitkan babak berat.

"Saya terima segala kecaman dengan lapang dada, walaupun kusut memikirkannya," kata Fauzi dalam video berdurasi lebih 4 minit itu.

Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah, suami dan keluarga menerusi hantaran dalam IG, semalam. - Foto IG Fauzi Nawawi
Pelakon filem Munafik 2 dan Polis Evo 3 itu berkata, rakaman program berkenaan dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tahun lalu.

Namun, katanya, sebaik habis rakaman, dia meminta pihak produksi memotong bahagian yang boleh menimbulkan sensitiviti dan tidak bersesuaian.


Mengakui kesilapannya, Fauzi berkata, dia tidak sepatutnya mengheret nama Raja Farah dalam sesi temu bual bersama Khir Rahman dan Shuk Sahar itu, namun, akibat terlalu teruja berkongsi pengalaman sehingga terlepas menyebut nama pelakon wanita itu. Fauzi Nawawi tiada niat malukan Raja Farah "Saya akui kesilapan saya kerana tidak mampu mengawal kata-kata ketika sedang bersembang sehingga terlepas menyebut nama Raja Farah ketika mereka bertanyakan watak yang dibawakan.

"Selepas habis rakaman, saya tersedar ada bahagian yang patut dipotong dan meminta pihak produksi memotong mana yang patut, tetapi malangnya ia tidak dilakukan dan program ini sudah ditayangkan dua kali. Tetapi, entah kenapa baru sekarang rakaman ini menjadi kecoh.

"Ini salah saya. Saya jahil dan akan memperbaiki diri saya menjadi lebih baik. Kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf. Saya tiada apa-apa niat, tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan," katanya.

Fauzi kesal dengan tindakannya turut memaafkan netizen yang memaki hamun keluarga, ibu dan anak-anaknya dan menganggap mereka prihatin dan sayang kepadanya.

"Semua teguran atas kesilapan saya sama ada baik atau kasar, saya terima dengan rela hati. Kepada Raja Farah, saya mohon maaf sekali lagi," katanya.

Raja Farah memuat naik video penjelasan daripadanya dan suami mengakui sangat terkesan dengan video yang tular kerana membuka aib dan rasa tidak dihormati sebagai wanita yang sudah berkahwin. - Foto IG Raja Farah
Sementara itu, Raja Farah turut memuat naik video penjelasan daripadanya dan suami, Iskandar Ismail mengakui sangat terkesan dengan video yang tular kerana didakwa membuka aib dan membuatkan dirinya rasa tidak dihormati sebagai wanita yang sudah berkahwin.

View this post on Instagram A post shared by Mama to Imran & Ilham Iskandar (@rajafarahraziz)


Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak mahu memburukkan keadaan, sebaliknya berlapang dada dengan apa yang berlaku. Dia juga memahami kekhilafan manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

"Saya amat terkesan kerana ia seperti membuka aib. Ia juga membuatkan saya rasa tidak dihormati sebagai isteri yang ada suami. Saya minta pendapat suami dan berharap tiada perbalahan yang timbul.

"Jangan ada pihak cuba memburukkan lagi keadaan. Kami berlapang dada, sebaiknya pihak yang berkata-kata boleh memohon maaf. Jika tidak secara terbuka tidak mengapa, sebaliknya carilah kami untuk menyampaikan permohonan maaf.


"Saya dan suami faham sebagai sebagai manusia, kita tidak lepas melakukan kesilapan dan terlanjur kata," ujar Raja Farah.

Iskandar pula dalam video berkenaan mengakui, kesal dengan apa yang berlaku dan menganggap perbuatan itu adalah salah semua peringkat kerana tidak menjaga aib serta kehormatan wanita.

Katanya, dia faham keterujaan Fauzi berkongsi pengalaman berkaitan karya seni, tetapi dia tidak sepatutnya perkara yang boleh mengaibkan golongan wanita.

"Sebenarnya, kami tidak perlu respon terhadap video yang tular kerana ia memalukan. Tetapi, perlakuan pelaku berkenaan salah dalam semua sudut.

"Yang pertama tidak menjaga aib dan kehormatan wanita dan ia berlaku kepada isteri saya. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, tetapi pelakon itu tidak sepatutnya mengungkapkan kata-kata berkenaan pada wanita muslim.

"Dari sudut budaya dan agama, tidak betul, lebih lagi, pada wanita yang sudah berkahwin. Dia sepatutnya menjaga aib.

"Hal kedua, sebagai suami apabila mengetahui rakaman ini tular, ia janggal untuk saya respon. Cukup memalukan buat kami. Ungkapan pihak yang bercakap ini umpama orang jahil dan tidak mungkin akan ungkapkan perkataan ini kepada adik, kakak mahupun ibunya," kata Iskandar.

Tambah Iskandar lagi, dia terpaksa bersuara kerana enggan menjadi fitnah dan berpanjangan.

"Saya mendoakan orang yang bercakap hal demikian, mungkin dia jahil atau tidak sengaja. Saya yakin, saat ini dia mungkin sudah menyesali perbuatannya, tetapi kami berlapang dada walaupun isteri sedikit terkesan.

"Kami ingin menghentikan perkara ini memandangkan ia sudah diulang ciapan antara 6,000 sehingga 7,000 kali," katanya.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/saya-jahil-mohon-maaf-raja-farah-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kontroversi Babak Panas Khir Rahman Mohon Maaf Dengan Raja Farah Dan Suami

Hiburan Kontroversi Babak Panas Khir Rahman Mohon Maaf Dengan Raja Farah Dan Suami

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 366 hits
Terdahulu pelakon Fauzi Nawawi mengaku bersalah dan memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya menceritakan semula adegan panas yang dilakonkan bersama Raja Farah ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaru penerbit dan pengacara progra...
Pemegang Rekod Dunia Mati Dibunuh Suami

Pemegang Rekod Dunia Mati Dibunuh Suami

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 392 hits
Atlit jarak jauh Kenya Agnes Jebet Tirop Pemegang rekod dunia ditemui mati di kediaman di Kenya Kes bunuh atlit Kenya Tirop Polis buru suami dipercayai suspek utama UNITED KINGDOM Polis sedang memburu suami kepada atlit Agnes Tirop 25 tahun...
Gara Gara Rakam Video Bersenam Sambil Melompat Zarina Zainuddin Ditegur Suami

Gara Gara Rakam Video Bersenam Sambil Melompat Zarina Zainuddin Ditegur Suami

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 358 hits
Pelakon Zarina Zainuddin mended4hkan dia ada menerima terguran dari suami susulan satu video yang dikongsi di Instagram Menurut Zarina teguran tersebut berkaitan dengan rakaman video dia sedang bersenam sambil melompat bersama anak lelakiny...
Wanita Pecahkan Cermin Trak Suami Kerana Curang

Wanita Pecahkan Cermin Trak Suami Kerana Curang

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 179 hits
Wanita tersebut bertindak memecahkan cermin kereta milik suaminya kerana berang dikhianati Instagram JAKARTA Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kisah kecurangan suaminya bertindak memecahkan cermin trak milik lelaki itu lapor laman ...
Bagai Tak Percaya Pengantin 50an Cantik Berseri Suami Pandang Tak Berkelip

Bagai Tak Percaya Pengantin 50an Cantik Berseri Suami Pandang Tak Berkelip

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 226 hits
Setiap wanita mahu terlihat cantik ketika majlis perkahwinan mereka Oleh itu khidmat mak andam atau sekarang lebih dipanggil MUA sangat diperlukan agar terlihat seri pengantin pada hari istimewa tersebut Ingatkan umur 30an Menerusi perkongs...
Hiburan Zarina Zainuddin Ditegur Suami Gara Gara Muat Naik Video Bersenam Sambil Melompat Di Ig

Hiburan Zarina Zainuddin Ditegur Suami Gara Gara Muat Naik Video Bersenam Sambil Melompat Di Ig

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 361 hits
Pelakon senior Zarina Zainuddin memaklumkan bahawa dia ada ditegur suami kesayangan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar susulan sebuah video yang dikongsinya di laman Instagram baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Zarina teguran itu d...
Hiburan Tular Video Bekas Suami Tak Bagi Peluk Anak Rupa Rupanya Ada Kisah Lain Di Sebaliknya

Hiburan Tular Video Bekas Suami Tak Bagi Peluk Anak Rupa Rupanya Ada Kisah Lain Di Sebaliknya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 319 hits
Baru baru ini tular di media sosial Twitter terutamanya apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki dilihat tidak membenarkan seorang wanita untuk memeluk budak lelaki dipercayai anak mereka berdua ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDifahamk...
Awani Ringkas Isteri Ugut Suami Ambil Wang Tunai Rm13 000

Awani Ringkas Isteri Ugut Suami Ambil Wang Tunai Rm13 000

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 210 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Dilema Ibu Curiga Dengan Suami

Dilema Ibu Curiga Dengan Suami

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 193 hits
Sebenarnya apa yang buat ibu risau atau curiga dengan suami Kes kali ini rumit Ibu bawa anak ke hospital setelah mendapati bahagian kemaluan anak ada kesan merah seolah olah lebam dan ada luka semasa tukar lampin Tak ada orang lain di rumah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba