Saya Digantung Umno Kerana Kritik Zahid Papagomo


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan 2 Sep 2021, 9:03 pm

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata dia digantung keahlian daripada Umno kerana mengkritik tindakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya 'bermasalah' dan membelakangkan parti.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, kritikan itu terutamanya berkaitan dakwaan bahawa Ahmad Zahid menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan.

"Saya buat kritikan kepada presiden saya, yang mana saya melihat presiden memang bermasalah dan menjejaskan parti tapi akhirnya saya diambil tindakan.

"Jadi, bagaimana dengan presiden yang membelakangkan parti, membuat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hantar sokongan kepada Istana Negara, dengan rakaman telefon antara dia dan Anwar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Papagomo berkata, dia pernah diberi amaran oleh Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi sekiranya dia masih berkeras, parti akan mengambil tindakan terhadapnya.

"Dr Asyraf minta saya sokong presiden parti. Saya cakap, macam mana saya nak sokong kalau presiden ada buat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membelakangkan parti?

"Kalau presiden tak jujur pada parti, macam mana saya ni nak sokong presiden. Dr Asyraf tekan untuk minta sokong Zahid Hamidi. Katanya, Datuk Zahid berjiwa besar.

"Saya cakap, kalau Datuk Zahid berjiwa besar, dia perlu berundur. Sebab ini soal imej parti, bukan soal individu.

"Ini kepentingan parti dan rakyat, dalam keadaan hari ini Umno terpalit dengan tindakan yang presiden buat dan saya maklumkan saya tidak akan sokong benda yang salah," katanya.

Jelas Papagomo, tindakannya itu juga berasaskan seruan yang dibuat Asyraf sebelum ini, yang mana ketua pemuda itu menuntut sayap Pemuda menjadi 'parti dalam parti'.

"Dr Asyraf cakap Pemuda kena jadi parti dalam parti, kemudian kena berani kritik pemimpin, yang mana kes skandal ini kena berundur.

"Jadi, saya peganglah kenyataan Dr Asyraf sewaktu perhimpunan Agung Umno 2018 lalu Itu kenyataan yang dia buat sendiri dalam AGM Umno," katanya.

Namun menurutnya, perkara sebaliknya pula berlaku apabila dia digantung ekoran kritikan terhadap Zahid.
Sebelum ini bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendedahkan surat Umno yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Surat berkenaan didakwa ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Spekulasi kerjasama antara dua parti itu semakin kukuh setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Ahmad Zahid.

Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan Ahmad Zahid semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan ketulenan audio berkenaan namun tiada laporan polis dibuat oleh mereka.

"Dr Asyraf kata nak buat laporan polis, namun sehingga hari ini pun tidak buatnya," tambah Papagomo.

Umno memang nak gantung saya'

Mengulas lanjut, Papagomo berkata, tindakan Umno menggantung keahliannya tanpa memanggilnya untuk membela diri jelas menunjukkan parti itu memang mahu menggantungnya.

"Saya tak akan merayu walaupun ada yang suruh saya merayu, sebab saya nak merayu macam mana? Saya dipanggil Lembaga Disiplin pun tidak untuk bela diri.

"Tahu-tahu saja keluar keputusan (penggantungan keahlian).

"Iyalah, ikut Perlembagaan Umno memanglah MKT putuskan tapi kalau pemimpin yang ada hari ini macam (presiden) Dr Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi (tidak memanggilnya) bela diri dulu apalah maknanya?"

"Kita bercakap soal rakyat, nak perjuangkan rakyat tapi benda-benda parti ini tak panggil bela diri. Panggillah bela diri dulu, kemudian buatlah keputusan.

"Ini keputusan dibuat tanpa bela diri. Jadi, tak perlulah untuk saya merayu. Sebab, nampak sangatlah memang nak gantung saya," katanya.

Terdahulu, Umno menggantung keahlian Papagomo selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti bermula 27 Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 1 September dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ahmad berkata Majli Teringgi Umno mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan

parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/saya-digantung-umno-kerana-kritik-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Papagomo Digantung Keahlian Umno 6 Tahun

Terkini Papagomo Digantung Keahlian Umno 6 Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 222 hits
Terkini Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun August 31 2021 EXCO Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengakui buntu mengenai status keahliannya dalam parti itu Ini kerana beliau mendakwa menerima...
Umno Suspends Papagomo For 6 Years

Umno Suspends Papagomo For 6 Years

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 207 hits
Umno has suspended its youth wing s executive council member Wan Muhammad Azri Wan Deris for six years after he was found to have violated the party constitution Azri also known as Papagomo had his membership suspended from Aug 27 This was ...
2018 Agm Speech Becomes Reality Umno Has Returned To Power Zahid

2018 Agm Speech Becomes Reality Umno Has Returned To Power Zahid

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 263 hits
Umno s desire to reclaim Putrajaya as it had stated during its 2018 annual general assembly has finally become a reality said Ahmad Zahid Hamidi Taking to social media the party s president expressed gratitude to all party leaders grassroot...
Langgar Perlembagaan Parti Umno Gantung Papagomo Selama Enam Tahun Mulau 27 Ogos

Langgar Perlembagaan Parti Umno Gantung Papagomo Selama Enam Tahun Mulau 27 Ogos

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR UMNO menggantung keahlian exco pemudanya Wan Muhammad Azri Wan Deris selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti Azri dikenali sebagai Papagomo akan digantung keahliannya bermula 27 Ogos lalu Perkara ini dim...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 383 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 331 hits
Current president has much stronger grassroots backing but to underestimate new PM s sway in party a grave mistake Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s sigh of relief must have reverberated across the Umno headquarters here when the Registrar of...
Asyraf Wajdi Pernah Beri Amaran Minta Sokong Zahid Papagomo

Asyraf Wajdi Pernah Beri Amaran Minta Sokong Zahid Papagomo

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 157 hits
MALAYSIA DATELINEExco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa ketuanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pernah memberi amaran tindakan keras akan dikenakan jika masih mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Dikenali sebagai Papagomo d...
Zahid Umno Sudah Kembali Memimpin Kerajaan

Zahid Umno Sudah Kembali Memimpin Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 212 hits
Hasrat Umno untuk kembali memimpin kerajaan seperti disuarakan pada perhimpunan agung Umno 2018 kini menjadi kenyataan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Berucap pada persidangan pertama parti itu selepas BN tewas Ahmad Zahid berkata jik...
Dia Jilat Juboq Kleptokrat Umno Balik

Dia Jilat Juboq Kleptokrat Umno Balik

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 315 hits
Bila dah tak ada jalan keluaq maka keluaqlah pelbagai alasan paling bangang dari mulut si Din ni Dulu yang PN awak boleh naik pun bukan kah kerana kluster kleptokrat UMNO bersama 18 ekoq lembu lebai yang sokong hangpa Din ni really dumb sup...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm