Saya Dapat Kekuatan Daripada Bapa Seorang Yang Hidup Sederhana Dan Hargai Segalanya Sufi Rashid


“Saya dapat kekuatan daripada bapa… Seorang yang hidup sederhana dan hargai segalanya” – sufi Rashid. Pertunanganpenyanyi Sufi Rashid dengan usahawan iaitu Nurulain Md Yusof pada Sabtu lalu sepatutnya menjadi sebuah majlis menggembirakan namun berlaku sebaliknya.
Ia berikutan kelantangan ibu penyanyi itu, Irma Suriana Mahamud yang memberi gambaran tidak merestui pertunangan pasangan berkenaan malah mendakwa tidak pernah menghantar wakil untuk merisik Nurulain.
Irma dalam status yang dimuat naik di Facebook turut mendakwa Nurulain yang mengatur majlis tersebut bagi meraih perhatian.
Pendedahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan reaksi Irma malah ramai turut menasihatkan agar dia berbincang secara baik dengan Sufi dan tidak menggunakan media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
Menerusi entri terbaharu Irma, dia menjelaskan sebagai ibu dia mempunyai hak untuk bercakap tentang kebenaran dan berkongsi perkara yang masyarakat tidak tahu.
“Saya ada hak untuk bercakap tentang kebenaran dan berkongsi perkara yang orang tidak tahu.
“Tiada seorang ibu pun yang mahu meilihat anak mereka dibuli dan dipergunakan kerana popularitinya,” kata Irma.
Dalam pada itu, Irma berkata, dia bukan seorang ibu yang hipokrit dan hanya akan memuji walaupun sedar ia perbuatan tidak baik dan salah.
Katanya, sejak kecil dia mendisiplinkan anak-anaknya agar menghormati orang lain selain tidak bersikap biadab dan bukannya menjadi seorang jahil.
Biadap
“Tapi apabila mereka sudah besar dan memilih untuk berubah 360 darjah tanpa menghormati saya yang membesarkan mereka adalah sesuatu yang saya tidak akan bertolak ansur dan berdiam diri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sufi menerusi Instagram miliknya pula memuat naik status berbaur kecewa dipercayai berhubung tindakan ibunya itu.
Penyanyi berasal dari Singapura itu memberitahu apa dilaluinya itu mungkin ujian daripada Allah yang mahu dia menghadapi dugaan dalam kehidupannya.
Tidak Memilih Jalan Ini
“Pada tahap sekarang, itu adalah satu-satunya ‘cerita’ yang orang ingat tentang saya, yang sentiasa meghantui hidup saya,” katanya.
Dalam perkongsian berbeza, Sufi turut menyoal dirinya sama ada dia tidak patut memilih jalan ini namun tetap meneruskannya kerana setiap kehidupan itu mempunyi cabaran berbeza.
“Jika saya tahu akan berakhir begini, saya tidak sepatutnya memilih jalan ini. Tapi setiap jalan itu ada likunya kan? Apa yang patut saya lakukan sekarang. Kesabaran vs kebaikan,” tulisnya.
Pun begitu kata Sufi, dia mendapat kekuatan dalam mengharungi setiap cabaran dalam hidup daripada bapanya yang disifatkan seorang sederhana.
“Saya dapat kekuatan daripada bapa… Seorang yang hidup sederhana dan hargai segalanya,” ujarnya lagi.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Sufie berhubung isu itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej kepadanya tidak berjawab.
Terdahulu..Sufi Cuba Selesaikan Isu Gaduh Dengan Ibu
PENYANYI Sufi Rashid akan menyelesaikan masalah antara dia dan ibunya, Irma Suriana Mahamud selepas wanita itu menyamakan diri seperti kain buruk.
Sufi atau nama sebenar Muhammad Sufi Rashid, 26, berkata sebagai seorang anak dia perlu mencari jalan penyelesaian apa yang berlaku dalam keluarganya itu.
“Saya sebagai anak akan mencari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah keluarga. Tak ada emak yang tak sayang anak dan tak ada anak yang tak sayangkan emak.
“Biasalah, manusia lemah. Bila emosi, kadang-kadang kita terluahkan dengan kata-kata yang kita sendiri tak ada niat,” jelas Sufie ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Sufi diminta penjelasan mengenai komen ibunya menerusi Facebook pada Jumaat lalu yang merasakan dirinya umpama kain buruk.
Irma Suriana meluahkan rasa itu kerana berasa kecil hati dan kecewa dengan darah daging sendiri.
Tidak dijelaskan secara terperinci apakah perkara sebenar yang terjadi antara dua beranak itu.
Dalam pada itu, Sufi memohon agar netizen tidak lagi mengecam dan memarahi ibunya kerana status berkenaan.
Dia menghargai semua orang yang mengambil berat dan berharap doa yang terbaik untuknya.
“Untuk semua netizen, saya sangat hargai kerana ambil berat tentang keluarga saya. Selepas ini saya berharap anda semua tidak akan marah ibu saya kerana dia perlukan doa yang baik-baik daripada semua.
“Saya juga berharap semua masih menyokong karier saya seperti biasa dan doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.
Sumber Artikel: Mstar Online
The post “Saya dapat kekuatan daripada bapa… Seorang yang hidup sederhana dan hargai segalanya” – sufi Rashid appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-dapat-kekuatan-daripada-bapa-seorang-yang-hidup-sederhana-dan-hargai-segalanya-sufi-rashid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Hidup Bukan Kerana Seorang Dua Najib

Umno Hidup Bukan Kerana Seorang Dua Najib

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 305 hits
Saya berasa sedih melihat rakan rakan seperjuangan lama saya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO Ada di kalangan mereka ini dahulu saya dan akar umbi UMNO bantu begitu banyak terutamanya dari segi karier politik mereka Kerana kita per...
Hidup Seorang Ambivert

Hidup Seorang Ambivert

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 420 hits
Dear readers Hari ini aku telah selamat keluar dari Gua Wakanda Mahismati Alhamdulillah semuanya masih dalam kondisi yang baik baik Jiwa kereta perasaan rakan kerja Semua OK Tiga hari bertapa Selepas balik meraikan majlis aqiqah anak buah y...
Seorang Pria Punya 4 Istri Dan Hidup Rukun Istri Pertama Lebih Baik Main Bersih Daripada Selingkuh

Seorang Pria Punya 4 Istri Dan Hidup Rukun Istri Pertama Lebih Baik Main Bersih Daripada Selingkuh

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 334 hits
Seorang pria asal Thailand sempat viral pada awal 2018 karena memiliki empat istri Istri pertamanya pun sempat membagikan momen keluarga dan menjawab pertanyaan melalui Facebook Waraphon Pruksawan pada Senin Waraphon Pruksawan juga kerap me...
Sufi Rashid Kecewa Ibu Tak Restu Pertunangan

Sufi Rashid Kecewa Ibu Tak Restu Pertunangan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 381 hits
Jika sebelum ini ibu kepada Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan di Facebook berkaitan anaknya itu nampaknya The post appeared first on
Pencapaian Hidup

Pencapaian Hidup

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 297 hits
Pencapaian hidupKorang ada tak target life achievement Pencapaian hidup ni dia macam impian tapi lebih kepada target Contohnya aku ada seorang kawan ni dia kata nanti bila dah masuk umur 40 tahun sekurang kurangnya dia nak dapat gelaran dat...
Kisah Anak Petani Asal Temanggung Lulusan Terbaik Ipb Cukupi Kebutuhan Hidup Dari Jualan Makanan

Kisah Anak Petani Asal Temanggung Lulusan Terbaik Ipb Cukupi Kebutuhan Hidup Dari Jualan Makanan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 324 hits
Empat tahun lalu Siti Chalimah Siswi SMAN 1 Parakan Temanggung Jawa Tengah menjejakkan kakinya pertama kali di Kampus Institut Pertanian Bogor Saya memilih IPB sebagai pilihan pertama dalam jalur Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Nege...
Yuk Intip Orang Orang Papua Yang Masih Hidup Di Atas Pohon

Yuk Intip Orang Orang Papua Yang Masih Hidup Di Atas Pohon

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 367 hits
Mari kita mengenal salah satu suku yang tinggal di rumah rumah pohon Masih di Indonesia suku ini berasal ada di Provinsi Papua Dihimpun detikTravel Sabtu inilah Suku Korowai Lokasi tepat keberadaan mereka yang tinggal dan bikin rumah di pep...
Hidup Akan Lebih Berbahagia Dengan Memberi

Hidup Akan Lebih Berbahagia Dengan Memberi

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 384 hits
Assalamualaikum Sedang rancak kami berborak soal jodoh tiba tiba di datangi Korang aku nak tanya nie korang tak tahu macam mana nak kira untuk bayaran zakat pendapatan Tergesa gesa Irfan berlari menuju ke arah kami Susahnya aku tak tahu kel...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya