Saya Cara Saya Nik Aziz Cara Dia


RAMAI berpandangan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin ‘cukup lembut’, kurang popular selain tidak lantang dan tegas sebagaimana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dahulu, setiap perkataan dan kenyataan yang keluar daripada mulut Nik Abdul Aziz, khususnya berkaitan isu-isu politik akan menjadi tajuk utama berita.
Namun selepas pemergian Nik Abdul Aziz ke rahmatullah pada 2015, suasana sedemikian sudah tidak ada lagi. Ini kerana pendekatan Mursyidul Am Pas kini dilihat lebih lembut termasuk ketika berhadapan dengan musuh-musuh politiknya.
Dalam wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB di Kompleks Pas negeri di Kangar, Perlis baru-baru ini, Hashim menjelaskan mengapa beliau selama ini menggunakan pendekatan lebih lunak dalam berhadapan apa jua situasi.
UTUSAN: Ustaz dilihat terlalu lembut dan tidak selantang Nik Abdul Aziz.
HASHIM: Masing-masing ada cara dia. Semasa Tok Guru Nik Abdul Aziz dilantik menjadi Mursyidul Am Pas, dia mempunyai kuasa politik sebagai Menteri Besar Kelantan. Selepas itu, Datuk Haron Din sebagai Mursyidul Am yang memiliki sifat dan peribadi cukup dihormati kawan dan lawan. Apabila saya diamanahkan mengambil alih jawatan mereka, saya tidak ada keistimewaan seperti dua tokoh tersebut. Jadi saya mengambil sikap lembut, ertinya tidak serang musuh politik saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan parti dengan apa yang parti tentukan, saya laksanakan, itu sahaja.
Umur ustaz mencecah lebih 80 tahun, adakah ustaz akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang ?
Secara peribadi, saya sudah tidak mahu lagi bertanding berdasarkan faktor kesihatan dan kemampuan. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya sememangnya sudah tidak mahu bertanding, namun Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam satu ceramah mengumumkan saya bertanding di Parlimen Arau pada PRU-14, maka saya tidak bercanggah dengannya.
Ramai melihat Pas seolah-olah menyepi dalam beberapa isu seperti kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 meskipun sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan. Benarkah?
Kes Muhammad Adib patut dihidupkan semula (siasat kembali). Dia yang menjalankan tugas telah terkorban sehingga memberi kesan kepada seluruh rakyat. Selain keluarga, rakyat juga mahu keadilan dalam kes itu. Kita kena buka semula kes tersebut mengikut proses undang-undang sedia ada.
Bagaimana dengan RUU 355?
Kerja kita banyak. Kita tidak boleh buat semua kerja dalam satu-satu masa. Mesti ada keutamaan yang mana perlu didahulukan. Apabila kita berjaya laksanakan dua perkara besar, akan menyusul lagi perkara keempat, kelima. Biar kepimpinan membuat pertimbangan bila ia (RUU 355) sesuai dilaksanakan.
Kita lihat sampai ada orang tulis di Facebook: Pas dah sampai Putrajaya, bila nak buat hudud? Bukan bererti kita tolak hudud tetapi apa keutamaan yang perlu didahulukan.
Apa pendirian Pas, sama ada memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) atau lebih selesa bersama Perikatan Nasional (PN) seterusnya menjalinkan kerjasama dalam PRU-15?
Kita ada mesyuarat setiap minggu di peringkat PN. Pas diketuai Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mesyuarat berkenaan. Jika diikutkan UMNO dan Pas (kerjasama) lebih mudah tetapi apabila Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) masuk, ia memerlukan perkiraan lain. Saya rasa keputusan mengenainya akan diputuskan selepas selesai segala perbincangan melibatkan parti-parti dalam PN. Cuma saya masih ingat pendekatan Allahyarham Datuk Fadzil Noor (bekas Presiden Pas) ketika mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP dahulu. Dia (Fadzil) kata, dasar kita apabila bersatu iaitu tidak ikat kuat, kita longgarkan. Dengan DAP kita bersama tetapi ikat tidak kuat. Apabila kita hendak buat Islam, dia (DAP) menentang. Kita keluarlah (gabungan) pada masa itu.
Adakah Pas bersedia mengorbankan kerusi kepada Bersatu khususnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu sekiranya PN terus menjalinkan kerjasama dalam PRU-15 ?
Pembahagian kerusi merupakan salah satu masalah melibatkan semua parti. Namun jika semua mengikut keputusan kepemimpinan setiap parti, kita akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Jika dilihat sebelum ini, kerjasama Pas dengan mana-mana parti politik tidak pernah kekal. Adakah ustaz yakin kali ini MN atau PN akan kekal lebih lama?
Saya lihat kerjasama ini akan lebih kukuh jika Pas, UMNO dan sebahagian daripada Bersatu menganggap musuh kita di hadapan sebagai musuh bersama. Bersama-sama menghadapi musuh akan menguatkan kerjasama ini.
Pas sekarang dilihat kekurangan pelapis yang mempunyai aura seperti zaman Pemuda Pas dibarisi Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Salahuddin Ayub?
Saya tidak anggap ketiga-tiga mereka ini dahulu sebagai pelapis yang hebat. Pendapat saya ini bukan disebabkan mereka sudah keluar parti, tetapi dari sebelum ini lagi. Saya selalu menghadiri mesyuarat bulanan peringkat Pas Pusat dan memerhatikan mereka bukan pelapis yang boleh diharapkan. Sekarang, mungkin semua dapat lihat ramai pelapis yang menonjol dalam Pas. Antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Dari cara dia berhujah dalam Parlimen sangat baik dan tidak lari dengan cara Islam. Malah golongan ulama sendiri ada banyak pelapis dalam Pas.
Bagaimana pendekatan Pas untuk menarik sokongan orang ramai terutama bukan Islam yang melihat Pas sebagai ekstremis agama ?
Kita sudah buat, antaranya menawarkan kursus Diploma Tasawur Islam dan ada orang bukan Islam yang hadir kursus itu. Antaranya Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N. Balasubramaniam yang kini dilantik sebagai Senator Dewan Negara. Mereka yang menuduh Pas ekstrem akan nampak bagaimana kita menerima bukan Islam. Memang dalam sesetengah perkara kita keras dan banyak perkara juga yang kita bertolak ansur. Insya-Allah, orang bukan Islam akan lebih dekat dengan Pas dari semasa ke semasa.
The post ‘Saya cara saya, Nik Aziz cara dia’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/08/saya-cara-saya-nik-aziz-cara-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Aziz Pernah Ingin Pecat Hj Hadi

Nik Aziz Pernah Ingin Pecat Hj Hadi

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 428 hits
Oleh Aman Muhammad 1 Dr Tanaka Mustafa Tanaka Mustafa dalam responnya berkata usaha penyatuan UMNO PAS bermula sejak 2008 Jika disoroti kembali sejarah pengkhianatan dalaman PAS ini memang benar ia bermula sejak 2008 iaitu ketika PR mula me...
Cara Dapatkan Rm50 Epenjana Mysejahtera Saya Sudah Dapat

Cara Dapatkan Rm50 Epenjana Mysejahtera Saya Sudah Dapat

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 906 hits
Assalamualaikum Ramai yang sedia maklum kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM 50 mulai hari ini kepada sesiapa yang sudah install dan mendaftar dengan applikasi MySejahtera Jadi pastinya ramai yang berfikir ia masuk secara automatik Tidak...
Begini Cara Membuat Rendang Daging Sapi Yang Enak Hingga Resep Rendang Sapi Khas Padang

Begini Cara Membuat Rendang Daging Sapi Yang Enak Hingga Resep Rendang Sapi Khas Padang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 427 hits
Bagi orang di luar Sumatera Barat rendang identik sebagai makanan khas Padang Walaupun Padang adalah ibukota provinsi Sumatera Barat namun bagi orang luar Sumbar sebuatn Padang lebih melekat Tak heran jika sebutan rendang Padang lebih jamak...
Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 2338 hits
Kini anda boleh mula daftar eWallet dan tebus RM50 kredit ePENJANA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Ikuti cara tebus RM50 disini Selepas hampir sebulan menungguh hari ini Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh penebusan ePE...
Niat Dan Tata Cara Sholat Idul Adha Dilakukan Sendiri Maupun Berjamaah

Niat Dan Tata Cara Sholat Idul Adha Dilakukan Sendiri Maupun Berjamaah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 396 hits
Berikut ini niat dan tata cara salat Idul Adha lengkap dengan bacaan takbirnya yang akan dilaksanakan besok Jumat Kemenag juga mengeluarkan Surat Edaran No 18 Tahun 2020 yang berisikan panduan dalam melakukan salat Idul Adha di tengah pande...
Cara Claim Rm50 Epenjana

Cara Claim Rm50 Epenjana

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1273 hits
Semalam kerajaan dah umumkan cara untuk claim ewallet RM50 ataupun dikenali sebagai epenjana Cara nak claimnya mudah saja cuma di hujung jari dan install menggunakan aplikasi ePenjana RM50Boleh claim mulai hari ini Pastikan 1 Berdaftar deng...
Epenjana Credit Cara Dapatkan Epenjana Menggunakan Grab

Epenjana Credit Cara Dapatkan Epenjana Menggunakan Grab

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 501 hits
Hi gaiss assalamualaikum hari ni kerajaan akan bagi kat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menerima bantuan RM50 seorang dalam bentuk e wallet Syarat syarat untuk mendapatkan ePenjana ialah 1 Warga negara Malaysia2 18 tahun ke at...
Panduan Menulis Mengenal Partikel Pun Lah Kah Dan Per Sekaligus Cara Penulisannya

Panduan Menulis Mengenal Partikel Pun Lah Kah Dan Per Sekaligus Cara Penulisannya

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 373 hits
Nih buat kamu yang lupa cara bedain adapun dan ada pun Simak cara penulisan pun lah kah dan per berikut ini
Cara Buat Duit Lebih Secara Santai Menggunakan Aplikasi Phone Sahaja

Cara Buat Duit Lebih Secara Santai Menggunakan Aplikasi Phone Sahaja

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 522 hits
Salam to all readers Isu wabak covic 19 yang melanda negara kita bukan sahaja meragut nyawa orang sahaja malah turut menjejaskan ekonomi negara Ramai orang kena buang kerja nak dekat raya haritu ada yang berbulan mengganggur ada yang terpak...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi