Saya Buat Buat Cool Konon Ikhlas Tolong Tukar Tayar Rupa Rupanya


“Saya Buat-Buat ‘Cool’…” – Konon Ikhlas Tolong Tukar Tayar, Rupanya Ada Niat Lain! Seorang gadis melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki yang pada awalnya menawarkan bantuan untuk menukar tayar keretanya yang pancit ketika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), pada Selasa.
BACA: “Ya, Betul..” – Syafie Naswip, Aishah Azman Sudah Ternoktah!
Ketika kejadian, Maisarah (bukan nama sebenar), 20, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Rawang menuju Glenmarie, Shah Alam untuk memulakan kerja di hari pertamanya. Bagaimanapun, tayar keretanya pancit dan memaksanya memberhentikan kenderaan di bahu jalan, kira-kira pukul 7 pagi.
Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an memberhentikan motosikalnya menawarkan bantuan menukar tayar kereta Maisarah. Melihat air mukanya yang ikhlas mahu membantu, Maisarah tanpa ragu-ragu menerima pelawaan lelaki berkenaan.
Meminta Saya Hubungi Peronda
Namun begitu, kata Maisarah, keikhlasan itu tidak lama apabila lelaki itu mula menunjukkan belang.
“Ketika berusaha menukar tayar, terdapat satu skru yang sukar dibuka. Lelaki itu menyuruh saya menghubungi pasukan peronda dan ketika menunggu bantuan, dia minta tumpang duduk dalam kereta kerana cuaca panas di luar.
“Saya benarkan (dia duduk dalam kereta) dan saya mahu berdiri di luar, namun tiba-tiba lelaki itu tarik tangan saya masuk dalam kereta dan kunci pintu,” kata Maisarah berkongsi detik-detik cemas yang dilaluinya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Saya Buat-Buat Cool
Menurut Maisara, sekalipun cemas dan ketakutan, namun dia tidak menunjukkannya kerana bimbang lelaki berkenaan akan bertindak lebih ganas.
“Saya pura-pura ‘cool’ dan sibuk dengan telefon tetapi tangan lelaki itu merayap di paha, saya tepis, namun tidak dapat melawan. Syukur tidak lama kemudian pasukan peronda tiba,” katanya.
Maisarah juga cuba untuk memaklumkan kepada petugas peronda lebuhraya mengenai kejadian berkenaan, namun lelaki itu menghalangnya beberapa kali.
Enggan Beredar Ketakutan Maisarah juga tidak terhenti di situ apabila lelaki berkenaan enggan beredar walaupun selepas petugas peronda selesai menukar tayar keretanya.
“Saya segera masuk dalam kereta tetapi lelaki itu masuk sekali, dia bertindak lebih ganas dengan menarik lengan saya dan cuba mencium saya malah membuka butang baju kemeja saya di bahagian atas.
“Ketika itu dalam keadaan yang meronta-ronta saya menjerit sekuat hati menyuruh dia keluar.
“Apabila saya jerit begitu, lelaki itu terus berhenti tetapi minta dicium jika mahu dia keluar, saya bertambah marah dan sekali lagi menjerit ke arahnya sebelum dia keluar,” cerita Maisarah lagi.
Sebelum beredar, Maisarah sempat menjerit kepada lelaki itu mempersoalkan keikhlasannya untuk menolong menukar tayar kereta.
“Saya jerit cakap ingatkan ikhlas nak tolong tukar tayar kalau ikhlas kenapa nak kena raba-raba?! Lelaki itu membalas ‘iyalah, sayakan lelaki’,” katanya. lagi
Maisarah kemudian bergegas ke balai polis Sungai Buloh untuk membuat laporan mengenai kejadian yang dialaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Polis sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi.
Sumbe: Astro Awani
The post “Saya Buat-Buat ‘Cool’…” – Konon Ikhlas Tolong Tukar Tayar, Rupa-Rupanya… appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-buat-buat-cool-konon-ikhlas-tolong-tukar-tayar-rupanya-ada-niat-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Dah Give Up Lesen Aku Tercicir Rupa Rupanya

Aku Dah Give Up Lesen Aku Tercicir Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 304 hits
serious wei selang beberapa hari yang lepas aku sedar lesen aku hilang Aku syak tercicir dekat mana mana since aku jenis slot in lesen dan card yang lain dalam pouch nike aku Lepas tu aku ni pula kalau weekend ada je merayap ke sana sini Ak...
Bukan Saja Buat Ramai Kat Pit Stop Tu Ini Tugas Krew Krew Formula One Buat Masa Kereta Nak Tukar Tayar

Bukan Saja Buat Ramai Kat Pit Stop Tu Ini Tugas Krew Krew Formula One Buat Masa Kereta Nak Tukar Tayar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 406 hits
Nama Michael Schumacher sememangnya sudah tidak asing lagi dalam dunia Formula Satu Malah kanak kanak yang membesar sekitar tahun 80 hingga 90 an pastinya pernah menjadikan beliau idola Manakan tidak Schumacher dianggap sebagai lagenda terh...
Bayi Lemas Dalam Baldi Lepas Aktiviti Memancing Rupanya Taska Beroperasi Tanpa Lesen

Bayi Lemas Dalam Baldi Lepas Aktiviti Memancing Rupanya Taska Beroperasi Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 510 hits
Ekoran kes kematian bayi akibat lemas dalam baldi siasatan awal polis mendapati ia berlaku selepas aktiviti memancing Semalam Pa Ma berkongsi tentang pemergiaan seorang bayi Abdul Rayyan Mijan 9 bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas d...
Penunggang Agama Rupanya Dia Bapak Scammmer Boy Iman Tujukan Pada

Penunggang Agama Rupanya Dia Bapak Scammmer Boy Iman Tujukan Pada

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 747 hits
Terkini kontr0versi membabitkan penerbit filem Blok 404 Dato Dr Norul Iman A Rahman atau Boy Iman yang sebelum ini dikaitkan dengan isu penipuan skim pembinaan perumahan kos renddah tidak membuatkan dirinya patah semangat dalam meneruskan p...
Juruterbang Mh370 Dengar Jeritan Penumpang Setelah Di Siasat Rupanya Ini Yang Berlaku

Juruterbang Mh370 Dengar Jeritan Penumpang Setelah Di Siasat Rupanya Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 432 hits
Juruterbang MH370 dengar jeritan penumpang Setelah Di Siasat Rupanya Ini Yang Berlaku
Ini Rupanya Fungsi Ladang Mayat Di Amerika Syarikat Yang Ramai Tak Tahu

Ini Rupanya Fungsi Ladang Mayat Di Amerika Syarikat Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 669 hits
Body Farm atau dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Antropologi Forensik University of Tennessee di Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1980 oleh seorang perintis William Bass mempunyai pengalaman yang luas sehingga beliau dige...
Hadiah Hari Lahir Paling Malang Dalam Hidup Saya Disangka Awek Buat Prank Hari Jadi Rupanya Minta Putus

Hadiah Hari Lahir Paling Malang Dalam Hidup Saya Disangka Awek Buat Prank Hari Jadi Rupanya Minta Putus

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 372 hits
MENYAMBUT hari ulang tahun semestinya sesuatu yang dinanti nantikan baik meraikannya bersama keluarga dan rakan rakan mahupun dengan insan tersayang Hadiah Hari Lahir Paling Malang Dalam Hidup Saya Disangka Awek Buat Prank Hari Jadi Rupanya...
Terapung Jauh Dari Bumi Lebih 20 Tahun Macam Ni Rupanya Oksigen Dihasilkan Dan Angkasawan Bernafas Di Iss

Terapung Jauh Dari Bumi Lebih 20 Tahun Macam Ni Rupanya Oksigen Dihasilkan Dan Angkasawan Bernafas Di Iss

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 305 hits
Stesen Angkasa Antarabangsa telah mula dihantar dan dipasang di ruang angkasa sejak November 1998 sebelum mula didiami oleh astonaut untuk ekspedisi jangka panjang dua tahun selepas itu Tiga orang krew mendarat di ISS pada 2 November 2000 s...
Rupanya 3 Juta Murid Rosak Kerana Dasar Ppsmi

Rupanya 3 Juta Murid Rosak Kerana Dasar Ppsmi

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 278 hits
Oleh Minta maaf Tun M saya amat tidak bersetuju jika dasar PPSMI dilaksanakan semula Ulasan panjang lebar pernah dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh seorang tokoh guru yang juga media sosial influencer dan saya sependapat dengan beliau 1 ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense