Ini Rupanya Fungsi Ladang Mayat Di Amerika Syarikat Yang Ramai Tak Tahu
‘Body Farm’ atau dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Antropologi Forensik University of Tennessee di Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1980 oleh seorang perintis Antropologi Forensik, William Bass.
William Bass mempunyai pengalaman yang luas sehingga beliau digelar sebagai ‘bone detective’. Ini kerana beliau mengetahui banyak perkara terutamanya mengenai masalah saintik yang tidak dapat dibongkarkan di kawasan itu.
Antara isu utama adalah untuk menganggar masa kematian. Perkara ini agak sukar kerana tubuh manusia mengalami banyak perubahan selepas kematian. Ia mula dihurung serangga mahupun dipenuhi bakteria. Malah, kulit si mati juga akan mula jatuh dan berlakunya proses penguraian.
Namun semua itu turut dipengaruhi oleh keadaan akhir seseorang ketika ditemui. Sama ada mati secara semula jadi atau dibunuh.
Gambar: New York Times
Lalu ‘body farm’ ini dibina untuk mengkaji kadar penguraian (decomposition) mayat manusia dalam pelbagai keadaan yang berkaitan dengan siasatan jenayah. Banyak kertas penyelidikan yang telah dihasilkan melalui kajian yang dilakukan di sini.
Ianya menjadi tempat bagi mereka yang bakal menjadi ahli forensik menyiasat tempoh kematian seseorang. Di sini mereka akan belajar bagaimana untuk meningkatkan pemahaman saintifik tentang apa yang terjadi kepada tubuh seseorang mangsa.
Gambar: All That Interesting
Mayat-mayat tersebut diletakkan di sana dalam beberapa keadaan seperti di dalam air, semak dan sangkar. Dari situ, mereka mempelajari dan dapat membezakan jangka masa mayat itu mereput.
Segala maklumat yang ditemui dari badan si mati tadi akan dijadikan bukti di mahkamah untuk menghukum individu yang bersalah. Walaupun terpaksa berdepan dengan mayat yang sudah dipenuhi lalat mahupun ulat, mereka yang benar menyimpan hasrat untuk menjadi ahli forensik tetap tegar berdepan dengan situasi ini.
Gambar: All That Interesting
Tempat ini pada mulanya hanya sebidang tanah berdekatan dengan University of Tennessee di Knoxville. Namun William dan pasukannya mula membina tempat tersebut dan akhirnya pada tahun 1981, mereka menerima mayat pertama untuk disiasat.
Sebeanrnya erdapat dua jenis mayat yang dihantar kepada pihak ‘body faram’, yang pertama adalah mayat biasa yang disumbangkan untuk tujuan penyelidikan dan tubuh kedua adalah mayat individu yang terlibat dalam jenayah.
Sehingga kini, terdapat ada lebih daripada 1700 mayat di tempat tersebut untuk dikaji. lebih mengejutkan, dikatakan bahawa ada lagi 4000 tubuh yang menanti. Malah ada yang sanggup menyumbangkan mayat mereka sendiri (setelah mati nanti) untuk dibuat kajian.
Sumber: Encyclopedia & All That Interesting
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/27/ini-rupanya-fungsi-ladang-mayat-di-amerika-syarikat-yang-ramai-tak-tahu/