Saya Berlari Dua Kali Dr Amalina Kongsi Rutin Hidup Sihat Boleh Diamalkan
Obesiti menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti kencing manis, penyakit jantung, strok, kanser dan sakit belakang.
Rakyat Malaysia juga menghadapi masalah obesiti ini dan menunjukkan peningkatan masalah tersebut pada setiap tahun. Dengan wujudnya Hari Obesiti Sedunia, ia merupakan langkah yang sangat penting bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai risiko obesiti.
Tidak terkecuali, Dr Amalina Bakri juga menyeru agar orang ramai berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Malaysia semakin gemuk. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengubahnya? Tukar gaya hidup anda, bersenam, makan kurang garam dan gula, makan diet seimbang dengan buah-buahan dan sayur-sayuran! Bergerak lebih banyak! Tolong jangan jadi tidak aktif.
Malaysia is getting fatter. What can you do to change this? Change your lifestyle, exercise, eat less salt and sugar, eat healthy balanced diet with fruits and vegetables! Move more! Move move move! Please don’t be sedentary. https://t.co/tpEUEH9yl0
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 4, 2020
Dr Amalina juga berkongsi rutin harian yang dilakukan olehnya bagi menjaga kesihatan.
Saya berlari untuk ke tempat kerja sebanyak dua kali seminggu, hari-hari lain, saya berjalan selama 20 minit pada waktu pagi. Anda sentiasa boleh menggabungkan latihan ringan dalam kehidupan sibuk anda. Saya pergi ke gym tiga hingga empat kali seminggu selepas kerja.
Pada hujung minggu, saya melakukan kelas abs, legs, bums, tums dan kadang-kadang kicboxing.
Rutin gaya hidup sihat sememangnya perlu dipraktikkan oleh semua orang agar dapat memastikan kesihatan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Dr Amalina Bakri
The post “Saya Berlari Dua Kali…,” Dr Amalina Kongsi Rutin Hidup Sihat Boleh Diamalkan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/03/05/saya-berlari-dua-kali-dr-amalina-kongsi-rutin-hidup-sihat-boleh-diamalkan/