Saya Akan Minta Maaf Jika Dakwaan Scam Vaksin Kj Benar Kata Guan Eng


 
FMT Reporters

 -

May 20, 2021 4:23 PM







Chow Kon Yeow menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Mac yang menolak sumbangan dua juta dos Sinovac percuma dari sebuah syarikat swasta pada sidang media Selasa lalu. Turut hadir Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini berkata, beliau sedia meminta maaf berhubung dakwaan Putrajaya menghalang tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang, jika terbukti ia adalah “scam”.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, janji “penderma” dan syarikat yang berpusat di Hong Kong itu kemungkinan besar palsu, selepas pencarian mengenai syarikat itu di negara terbabit menunjukkan ia tidak wujud.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Lim sebelum ini mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menghalang Pulau Pinang mendapatkan vaksin itu daripada penderma.

“Jika apa yang dikatakan Khairy itu benar, maka saya akan minta maaf supaya kita boleh menumpukan perhatian terhadap perkara penting mendapatkan vaksin untuk rakyat,” kata bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dalam kenyataan.



“Sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara tidak berapa penting, dan sepatutnya tidak mengalih perhatian daripada dua isu utama kerajaan persekutuan memberikan kelulusan segera kepada semua kerajaan negeri untuk membeli vaksin atau mendapatkan sumbangan vaksin.

“Tidak salah untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi melindungi diri rakyat melalui apa saja cara yang dibenarkan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, KKM dengan tegas mengatakan “tidak” terhadap “tawaran” vaksin itu, sebulan selepas Chow menulis surat kepada KKM Februari lalu.

“Ketika KKM menolak tawaran untuk penderma vaksin, tidak ada disebutkan status syarikat itu sebagai syarikat palsu,” katanya.
Menurut Chow, Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah menulis surat kepadanya menyatakan negeri itu tidak perlu mempertimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan PICK.

Lim berkata, pemberian vaksin harus diagihkan ke negeri supaya lebih ramai orang dapat divaksin.


“Kerajaan Pulau Pinang telah menyuarakan kesediaannya menjadi perantara bagi memberikan vaksin percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi serta mereka yang mampu mendapatkan vaksin.

“Mengapa harus ada monopoli vaksin oleh sebuah syarikat saja, apabila agihan kuasa dapat meningkatkan kadar vaksinasi?

“Lebih masuk akal untuk membiarkan mereka yang mampu membayar, membeli vaksin dengan kos mereka sendiri kerana ini akan menjadikan lebih banyak vaksin tersedia untuk diberikan secara percuma kepada orang lain,” katanya.


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/saya-akan-minta-maaf-jika-dakwaan-scam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Pemberian Vaksin Untuk Penduduk Di Sekitar Bandar Seri Putra Adalah Tidak Benar

Dakwaan Pemberian Vaksin Untuk Penduduk Di Sekitar Bandar Seri Putra Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 312 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Isu penularan di WhatsApp dan media sosial mengenai pemberian vaksin kepada penduduk di sekitar Bandar Seri Putra Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa maklumat te
Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 306 hits
May 8 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Muhyiddin Yassin seperti terasing daripada isu penting PETALING JAYA DAP meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara untuk menangani keme...
Bukan Saja Kon Yeow Guan Eng Anwar Pun Kena Scam Rupanya

Bukan Saja Kon Yeow Guan Eng Anwar Pun Kena Scam Rupanya

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 506 hits
Tanpa menyelidik terlebih dahulu samada benar atau tidak ada pihak yang hendak menyumbangkan 2 000 000 dos vaksin Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang berkata langkah menolak va...
Kepala Otak Dia Guan Eng Kata

Kepala Otak Dia Guan Eng Kata

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 333 hits
GEORGE TOWN Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendedahkan Pulau Pinang ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma Februari lalu tetapi tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya Beliau berkata kerajaan negeri menulis surat kepad...
Saman Fitnah Guan Eng Menang

Saman Fitnah Guan Eng Menang

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 235 hits
JONAHMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ganti rugi sebanyak RM600 000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin Ia berhubung 10 artikel berkenaan projek t...
Pkpd Kampung Pauh Lima Dakwaan 200 Penduduk Lari Tak Benar

Pkpd Kampung Pauh Lima Dakwaan 200 Penduduk Lari Tak Benar

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 291 hits
Polis Kelantan menafikan dakwaan 200 penduduk di Kampung Pauh Lima yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan lari meninggalkan kawasan terbabit Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata perkara itu yang tular sejak ...
Vaksin Segera Anggota Badan Kehakiman Kata Bekas Timbalan Menteri

Vaksin Segera Anggota Badan Kehakiman Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 234 hits
FMT Reporters May 24 2021Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata anggota badan kehakiman harus diberikan layanan sama rata seperti badan eksekutif dan perundangan PETALING JAYA Anggota badan kehakiman perlu divaksin segera dalam fasa ke ...
Vaksin Cukup Tak Perlu Cadangan Pengecualian Wto Kata Adham

Vaksin Cukup Tak Perlu Cadangan Pengecualian Wto Kata Adham

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 169 hits
Penerima vaksin menunggu giliran mereka di Putrajaya Rabu lalu PETALING JAYA Malaysia mungkin tidak perlu menerima cadangan di Pertubuhan Perdagangan Dunia untuk menangguhkan hak sementara penguatkuasaan harta intelek kerana lebih banyak pe...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Siri 1 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord