Saudi Lancar Kempen Burukkan Sidang Kemuncak Kl Kata Laporan



PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen media untuk memburukkan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu yang dihadiri pemimpin seteru mereka, lapor portal berita berpangkalan di London, Middle East Eye.

Middle East Eye memetik dokumen diperolehinya sebagai berkata, Kementerian Media Saudi mengumpul satu siri mesej daripada organisasi media dan pengulas tempatan yang diarah menyiarkannya.

Ia turut menyasarkan akhbar, laman web dan saluran televisyen di negara lain, termasuk Pakistan, Indonesia dan beberapa negara Arab.

Menurut dokumen itu, tujuan kempen berkenaan ialah mempersendakan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu, untuk menonjolkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bantuan yang Saudi berikan kepada dunia Islam, khasnya Palestin.

Sidang Kemuncak KL – yang disifatkan sebagai pengubah keadaan dalam hubungan dunia Islam dengan Saudi – dihadiri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Sidang kemuncak itu turut menjadi tumpuan media selepas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan membatalkan lawatannya pada saat-saat akhir.

Middle East Eye melaporkan dokumen itu mengesahkan Khan tidak hadir selepas “kerja keras Saudi untuk menghalangnya menghadiri (sidang kemuncak itu)”.

Riyadh turut mengarahkan wartawannya menekankan penarikan diri Khan dan penganjuran sidang kemuncak itu boleh “menggalakkan penubuhan blok sama dalam kalangan negara Islam lain”.

Ia turut mengarahkan kolumnis mengkritik “mana-mana kumpulan yang ditubuhkan untuk mencapai matlamat politik sempit di luar OIC”.

Ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Middle East Eye berkata, dokumen itu turut menyenaraikan beberapa organisasi media asing yang akan menjalankan kempen propaganda itu yang termasuk dari Jordan, Iraq, Lubnan, Indonesia dan India.

Menurut laporan itu, ia sudah menghubungi Kementerian Media Saudi dan Kedutaan Saudi di London, tetapi belum mendapat respons mereka.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/saudi-lancar-kempen-burukkan-sidang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Erdogan Sidang Kemuncak Bincang Konflik Syria 5 Mac

Erdogan Sidang Kemuncak Bincang Konflik Syria 5 Mac

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 284 hits
ISTANBUL 23 FEB Sidang kemuncak membincangkan konflik di Syria anjuran Turki bersamapemimpin Russia Perancis dan Jerman diadakan pada 5 Mac ini Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi penganjuran sidang kem...
Pfam Lancar Kempen Bantu Saiful Amar Sudar

Pfam Lancar Kempen Bantu Saiful Amar Sudar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 134 hits
Saiful Amar Sudar bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tanah air Penjaga gol berpengalaman tahun itu mula beraksi dalam di pentas profesional pada tahun 2003 Beliau yang kini berusia 37 tahun pernah beraksi bersama beberapa pasukan s...
Perbalahan Berkait Ambil Alih Plus Punca Ph Pecah Kata Laporan

Perbalahan Berkait Ambil Alih Plus Punca Ph Pecah Kata Laporan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 321 hits
Konflik dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan berkait rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menerima bidaan syarikat konglomerat Maju Holdings mengambil alih PLUS Malaysia Bhd disebut oleh Bloomberg sebagai salah satu sebab gabungan politik...
Tidak Perlu Sidang Khas Agong Boleh Lantik Pm Kata Peguam

Tidak Perlu Sidang Khas Agong Boleh Lantik Pm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 307 hits
Pengamal undang undang menegaskan Dewan Rakyat bukanlah tempat untuk menetapkan siapa perdana menteri Mohd Fitri Asmuni berkata Dewan Rakyat ialah tempat untuk menentukan sama ada perdana menteri yang telah dilantik itu mempunyai sokongan m...
Sidang Dewan Rakyat 9 Mac Akan Ditangguhkan Kata Sumber

Sidang Dewan Rakyat 9 Mac Akan Ditangguhkan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 226 hits
Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 9 Mac akan ditangguhkan kata satu sumber yang tahu mengenai perkara itu Ia akan ditangguhkan penangguhan itu akan membolehkan menteri kabinet dilantik Terdapat juga beberapa perkara yan...
Sidang Kemuncak Kl Masuk Hari Ketiga

Sidang Kemuncak Kl Masuk Hari Ketiga

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 158 hits
Pengagihan semula kekayaan teknologi jaminan makanan dan pendidikan di dunia Islam adalah antara tajuk yang dibincangkan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini Program di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermula dengan sesi ...
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2020 Bakal Berlangsung Di Klcc

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2020 Bakal Berlangsung Di Klcc

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 568 hits
Whoa Ada sesuatu yang cukup menarik bakal berlangsung di bulan Oktober nanti Nampaknya Selangor akan menjadi tuan rumah kepada sebuah acara yang cukup gemilang Baru baru ini Invest Selangor dengan bangganya telah mengumumkan penganjuran aca...
Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 381 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini Beliau berkata semua pihak...
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 286 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice