Saudara Yang Boleh Salam Dan Tak Boleh Salam


Bersalaman merupakan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Sudah jadi kebiasaan bersalaman apabila berjumpa dengan saudara mara, sahabat handai atau dalam urusan rasmi. Bersalaman dikira adab orang Melayu yang bertujuan menyantuni orang yang lebih tua.
Adab bersalaman adalah amalan mulia dan penuh kesopanan. Tapi perlu kita ingat dan jangan ambil mudah tentang mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam. Terutamanya ketika musim raya dimana semua sanak saudara berkumpul.

sepupu mahram atau bukan?bapa saudara boleh salam
mak saudara boleh salam?boleh ke salam bapa saudara suami?hukum bersentuhan dengan sepupu lelaki?hukum salam orang tua bukan muhrim

Persoalan yang sering menjadi persoalan. Masih keliru saudara yang boleh salam atau tak boleh salam? Rujuk dalam infografik dan senarai ringkas mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam.

Saudara-mara kita yang menjadi bukan mahram kepada kita. Maknanya mereka halal untuk kita kahwini, ada batas aurat dengan mereka dan batal air sembahyang jika bersentuhan

Menurut Mazhab AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH, berikut senarai ringkas mereka yang boleh salam sahaja bagi lelaki dan perempuan.
LelakiIsteriIbu/BapaDatuk/NenekMoyang lelaki/perempuanAdik-beradik kandungIbu/Bapa mertuaDatuk/Nenek sebelah isteriBapa Saudara sebelah isteriSuami kepada Ibu Saudara belah isteriAbang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*Ibu/Bapa tiriIbu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapaSuami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapaSepupu lelakiDatuk/Nenek saudaraSuami kepada Nenek SaudaraSuami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiriAnak Saudara lelaki/perempuanSuami kepada Anak Saudara perempuanCucu saudaraSepupu lelaki sebelah ibu/bapaSuami kepada sepupu perempuan sebelah bapaDua pupu lelaki sebelah ibu/bapaAnak tiriIbu susuanSaudara susuan

PerempuanSuamiIbu/BapaDatuk/NenekMoyang lelaki/perempuanAdik-beradik kandungIbu/Bapa mertuaDatuk/Nenek sebelah suamiBapa Saudara sebelah suamiIsteri kepada Bapa Saudara belah suamiAkak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*Ibu/Bapa tiriIbu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapaIsteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapaSepupu perempuanDatuk/Nenek saudaraIsteri kepada Datuk SaudaraIsteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiriAnak Saudara lelaki/perempuanIsteri kepada Anak Saudara lelakiCucu saudaraSepupu perempuan sebelah ibu/bapaIsteri kepada sepupu lelaki sebelah bapaDua pupu perempuan sebelah ibu/bapaAnak tiriIbu susuanSaudara susuan

Hukum bersalaman dengan sanak saudara berdasarkan Irsyad Al Fatwa MuftiSoalan : Batasan aurat, pergaulan, dan hukum bersalaman sesama sanak saudara ?Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Ringkasnya seperti berikut :Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.Sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.
Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang selamanya. Iaitu tiga perkara berikut:Kerabat (hubungan kekeluargaan).Musaharah (perkahwinan).Susuan.Berdasarkan noktah di atas, beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :mahram dari sudut kerabatmusaharahsusuan
1. Mahram Dari Sudut KerabatIbu kandungNenek (ibu kepada ibu).Nenek (ibu kepada bapa).Anak perempuan.Cucu perempuan (dari anak lelaki).Cucu perempuan (dari anak perempuan).Adik beradik perempuan seibu sebapa.Adik beradik perempuan seibu.Adik beradik perempuan sebapa.Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

2. Mahram Dari Sudut MusaharahIsteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.Ibu kepada isteri (ibu mertua).Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya : Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

3. Mahram Disebabkan SusuanIbu susuanAdik beradik perempuan susuan.Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.Anak susuan perempuan.Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya : Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu —Surah Al-Nisa’ (23)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya : Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab —Riwayat Ibn Majah (1937)

Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut :Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.Adik beradik lelaki.Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudaraAnak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.Bapa susuan.Adik beradik susuan yang lelaki.Bapa mertua.Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu :Haram berkahwin dengannya.Boleh bersalaman dengannya.Boleh bersendirian bersamanya.
Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki :Isteri kepada bapa saudara.Sepupu perempuan.Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).Adik ipar (perempuan).Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.
Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut :Suami kepada ibu saudara.Sepupu lelaki.Abang ipar (suami kepada kakak kandung).Adik ipar (lelaki).Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut :Tidak boleh bersalaman dengannya.Boleh berkahwin dengannya.Tidak boleh berkhalwat dengannya.Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, dinyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. —Surah al-Nur (31)
Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah :

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا
Maksudnya : Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin. —Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.

Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut. Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.

Tidak bersalaman dengan bukan mahram dari kalangan sanak saudara bukanlah bermakna tidak ada keharmonian dan kerenggangan hubungan sesama keluarga. Bahkan keharmonian itu terbina dengan saling membantu, beramah mesra dan bertanya khabar di dalam musim-musim perayaan, bertukar juadah, di samping menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-305-hukum-hakam-bersalaman-dengan-sanak-saudara-di-hari-raya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/12/saudara-boleh-salam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bikin Hanya Untuk Asal Boleh

Jangan Bikin Hanya Untuk Asal Boleh

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 290 hits
Semalam aku menonton video di medsoc Kak Lah MP Pas ceritanya air menerobos tembok tebatan banjir melimpah dan masuk ke perjiranan warga Jadi aku yakin projek tebatan itu tidak dibina sesuai dengan asakan perubahan iklim yang semakin membur...
Nama Boleh Lawas Tapi Bolu Jadul Ini Punya Cita Rasa Yang Unggul

Nama Boleh Lawas Tapi Bolu Jadul Ini Punya Cita Rasa Yang Unggul

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 151 hits
Ada bolu jadul dengan rasa mocca nougat mocca ceres pandan keju vanilla keju vanilla mix serta kopi karamel ceres
17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 435 hits
Ada terdapat banyak cara yang anda boleh cuba lakukan untuk buat duit online Menghasilkan pendapatan di internet sama ada RM1 RM10 atau mungkin RM1 000 yang pertama bukanlah sesuatu yang terlalu sukar atau mustahil untuk dilakukan Pada hari...
Syukur Nad Zainal Tidak Lagi Ditidurkan Dah Sedar Boleh Berbual Namun Perlu Berehat Panjang

Syukur Nad Zainal Tidak Lagi Ditidurkan Dah Sedar Boleh Berbual Namun Perlu Berehat Panjang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 215 hits
Syukur Nad Zainal tidak lagi ditidurkan Dah sedar boleh berbual namun perlu berehat panjang Alhamdulillah pelakon Nad Zainal yang sebelum ini dilaporkan berada di unit rawatan rapi di Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman...
Soal Zuriat Nora Ariffin Masih Boleh Hamil Doktor Kata Boleh Tambah Lagi

Soal Zuriat Nora Ariffin Masih Boleh Hamil Doktor Kata Boleh Tambah Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 171 hits
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat bagi menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli Menerusi satu hantaran di laman Instagram penyanyi berusia 49 t...
Boleh Percaya Anwar Tak Campur Tangan Kes Mahkamah Soal Tun Faisal

Boleh Percaya Anwar Tak Campur Tangan Kes Mahkamah Soal Tun Faisal

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 440 hits
agendaily com20 12 2022Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan ikrar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak campur tangan dalam kes mahkamah Seorang bekas pemimpin UMNO meluahkan rasa kurang per...
Umno Tak Boleh Salah Langkah Lagi Semua Kena Insaf Hishammuddin

Umno Tak Boleh Salah Langkah Lagi Semua Kena Insaf Hishammuddin

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 166 hits
agendaily com23 12 2022Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein Ahli Parlimen Sembrong daripada Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata UMNO tidak boleh salah langkah lagi setelah mengalami kekalahan teruk dal...
Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Hard Rock Penang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord

Pasaran Saham As Terus Meningkat

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

Selalu Sendawa Atau Kentut Ini 14 Cara Buang Angin Dalam Perut