Saudagar Nanas Agrofarm Kajang Kafe Di Ladang Nanas Yang Berkonsepkan Agrotourism
assalamualaikum
Isnin yang indah 😊
introduction story mory.👉 semoga pagi ini, semua kawasan terjejas banjir minggu lepas, telah pulih. moga sudah berada dlm situasi tenang-tenang saje. in shaa Allah. berat mata kita memandang, berat lagi mereka yang terjejas 😔. Allahu, sebak dada bila tgk video-video banjir yang dikongsi di medsos. moga kekal tenang dan redha ye
👉 kita yg tidak terjejas ni, masih perlu berhati-hati. now banjir tak kira dah tempat dan masa. kiranya Allah berkehendakkannya, maka jadilah. dan berhati-hati ketika memandu time hujan ye. minggu lepas, saya telah kehilangan seorang sahabat sekerja kerana kemalangan kereta di Kota Tinggi, Johor 😔. arwah meninggal dunia di tempat kejadian. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman
👉 now, boleh la menaip-naip di laman blog dgn teliti, edit semula for only few minutes, in shaa Allah. nak up story makan-makan pagi ni. program makan-makan bersama keluarga saya bulan lepas, public holiday sempena Chinese New Year. best
2 hari berturut-turut, 22.1.2023 dan 23.1.2023 yang lepas, kami sekeluarga besar ke Sendayan X-Park. tema holiday kami kali itu ialah riadah. tidak stay hotel. tidak gi shopping tapi kami bersukan. naik go-kart, paintball shooting, flying fox dan bowling. best. but, later la saya kongsi kisah riadah tu ye. cerita bab makan dulu
breakfast di ladang nanas yg ohsem!pagi-pagi 23.1.2023, kami sekeluarga nak ulang pergi Sendayan X Park. sebab semalamnya ada family members yg tak hadir. tu yg hari ni kami nak repeat keterujaan riadah di Sendayan X Park 👍. so, sebelum ke sendayan, kami breakfast di Saudagar Nanas Agrofarm
seriously, kami tiba di sini jam 7.25 pagi 😄
luckily dah buka dan boleh order makanan ha ha ha ha..
diketahui umum, Saudagar Nanas ni sudah tular. akan ramai yang dtg breakfast di sini. sebab tu kami menjadi pelanggan pertama pada pagi itu. kami ramai. and kami ada hala tuju kedua pada hari tu. dan kami tak nak terperangkap dlm org yg ramai dan lambat mendapat makanan.
memang betul, time kami dah habis makan dalam jam 8.45 pagi, Saudagar Nanas full house with pelanggan 😄. memang timing kami tepat! ha ha ha ha... masa tu kami sekeluarga bergambar-gambar di sekeliling laman Saudagar Nanas
anak-anak saya 💚
order di kaunter, terus buat bayaran
then, sila tunggu dipanggil, ambil sendiri minuman & makanan
meskipun kami pertama tiba, tapi ada couple yang lebih dulu order makan 😃
kami masih busy memilih apa nak dimakan.
aneka produk berunsurkan nanas ye
sambal nanas. jem nanas. jus nanas 👍
kami pilih makan di sini
nak menikmati pemandangan yang saujana mata memandang 💜
anak-anak sedang menjamu selera
konsep kami, bila anak-anak cukup makan, semua program akan lancar 😄
meja kedua. Pak Long, Pak Ngah, Pak Ndak (mr.Asben) dan Pak Uda
yg bertudung tu kakak kedua saya, Kak Ina @ Mak Ngah 💛
nasi lemak & ayam goreng berempah
lempeng. karipap. telur separuh masak
aneka air panas di pagi hari
dapur 😋
Saudagar Nanas da pun penuh dgn customer
makanannya semua sedap. no complaints. anak-anak makan licin. semua senang hati. da habis makan, anak-anak bangun dan berlegar-legar di laman Saudagar Nanas. kami-kami emak ayah la yang menghabiskan baki makanan yg sedap-sedap itu
disebabkan masih awal pagi, matahari masih pun belum begitu bersinar, so suasana amat best. sedikit berkabus. embun masih ada di dedaun hijau. segar
kalau datang couple 💚, boleh dok sini
privacy. healing..
a great view
saujana mata memandang 😍
ada juga ruang makan indoor. berhawa dingin. selesa lah juga ketiga cuaca panas terik. sempat la saya dan adik masuk ke ruang makan tu dan bergambar-gambar. berdialog la berdua, kalau datang tengahari, memang sini la kami duduk 😆
selesa
ada 2 - 3 air-cond ye
sejuk dan nyaman dlm ni
ramai juga la boleh dok makan dlm ni in shaa Allah
selepas makan, kami yang ramai tu terus mengosongkan meja makan. kami semua beransur pergi dan bergambar-gambar lagi ramai-ramai. bila gathering dgn adik-beradik gini, bergambar tu wajib. simpan kenangan utk masa depan. sementara ada, sementara berpeluang, kita abadikan kenangan bersama secara maksima. gambar tu adalah bukti kegembiraan yang boleh sama-sama ingat di masa depan
anak-anak kami 😊
rewang-rewang di taman dan jengah arnab peliharaan
saya 4 beradik perempuan
dari kiri : Mak Long, Mak Usu, Mak Ndak (saya) dan Mak Ngah
abg ipar sulung saya 😊
4 makcik bergambar bersama lagi 😄
Kak Ina dan anakanda, Muhammad
Pak Long snap gambar anak-anak buah tersayang 😍
satu saje gambar ayah-ayah
Dari kiri : Pak Long, Fikri (menantu Kak Ina), Pak Ngah, Pak Ndak (mr.Asben) dan Pak Uda
nice
a great morning
a great start for us
saya tak henti snap snap gambar. terlalu byk gambar but apa yg saya hidangkan dlm entri ni, itu yg paling sesuai dipaparkan, in shaa Allah. kami seramai 18 orang, byk kerenah, byk ragam 😄. havoc
di parkir pun saya jerit suruh diorang posing 😂
kereta semua perlu parking reverse begini
pihak Saudagar Nanas akan arrange accordingly
but for regular customer diorang da tau la
bye bye..
nanti kami pasti datang lagi! 😎
for me, tempat ni jadi kegemaran sebab pemandangan. itu yg tak ternilai. nikmat Allah yg mana yg hendak kita dustakan bila menjamu selera sambil dianugerahkan dgn view yg ohsem. rest & relax. makan sampai kenyang
so, jemputlah ye ke Saudagar Nanas. just klik klik from google maps for their details
👋bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2023/03/sarapan-di-kafe-saudagar-nanas-agrofarm-kajang.html