Malaysia Sertai Senarai Negara Catat Kes Koronavirus


KUALA LUMPUR, 25 JAN: Tiga warganegara China yang dikurantin di Johor Bahru, menjadi kes pertama koronavirus dilaporkan di Malaysia dengan penularan penyakit itu telahpun merebak ke Perancis, Australia dan Amerika Syarikat, dalam jumlah kes yang masih rendah.
Ketika ketiga-tiga warganegara China di Malaysia itu kini dikurantin di Hospital Sungai Buloh di sini, di China sambutan Tahun Baru Cina atau festival musim bunga, disambut muram dengan jumlah mereka yang dijangkiti semakin meningkat, dengan bandar yang terlibat terus ditutup untuk dilawati.
Media China melaporkan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu di China kini 1,287 kes, dengan 41 kematian dan 237 berada dalam keadaan kritikal.
Mengikut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, daripada 41 kematian itu, 39 berlaku di Provinsi Hubei, tengah China; seorang di Provinsi Hebei, utara China; dan seorang di Provinsi Heilongjiang, timur laut negara itu.
Selain Malaysia, satu kes juga telah dilaporkan di Australia hari ini, manakala Perancis mengesahkan tiga kes koronavirus pada Jumaat, yang menandakan penyakit itu kini telah sampai ke eropah. Singapura dan Amerika Syarikat telah mencatatkan kes koronavirus lebih awal.
Kesemua yang dijangkit itu merupakan warganegara China ataupun mereka yang telah ke kawasan dijangkiti di China, baru-baru ini.
Dalam mengekang penularan virus ini ke tempat-tempat lain, China telah mengenakan sekatan lawatan, dari dan ke tempat yang terjejas, seperti bandar Wuhan, Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang and Lichuan.
Dilaporkan China mengambil tindakan drastik menyiapkan sebuah hospital dengan 1,000 katil, dalam tempoh seminggu bagi menampung peningkatkan mereka yang dijangkiti.
Pihak berkuasa di Malaysia yang menyedari kemungkinan akan berlakunya lebih banyak kes koronavirus, telah mengambil tindakan mengetatkan proses saringan.
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengambil tindakan tambahan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dalam menjalankan saringan kepada penumpang antarabangsa di semua lapangan terbangnya, di seluruh negara sejak berlakunya koronavirus.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya menenai laporan kes koronavirus pertama di Malaysia berkata walaupun pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk berhenti menerima pelancong dari China datang ke negara ini, mereka akan menjalani saringan di pintu masuk.
Beliau menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di tempat awam yang sesak.
Menurut Perdana Menteri, masalah yang dihadapi oleh negara yang terlibat dalam mengawal penularan kerana, terdapat banyak pergerakan orang dan barang-barang merentasi sempadan, di seluruh dunia.
Rakyat Malaysia di Wuhan, China, pusat bermulanya penularan itu, sehingga kini berada dalam keadaan selamat dan tidak ada laporan mendapati ada diantara mereka yang dijangkiti virus tersebut.
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dalam mengesahkan perkara ini berkata, Kedutaan Malaysia di China sentiasa memantau perkembangan di sana.
Sementara itu, ketika mengumumkan kes koronavirus pertama di Malaysia hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, seorang rakyat tempatan telah diasingkan di Hospital Kuala Lumpur, sementara menunggu keputusan ujian makmal, kerana beliau merupakan salah seorang daripada 11 individu yang tidak sihat selepas melawat China.
Dzulkefly juga memaklumkan, tiga yang didapati positif virus tersebut merupakan ahli keluarga kepada warganegara China berusia 66 tahun dari Wuhan yang didapati dijangkiti virus itu di Singapura.
Ketiga mereka adalah isteri kepada lelaki 66 tahun itu, (65 tahun) dan cucu mereka berusia dua dan 11 tahun.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/malaysia-sertai-senarai-negara-catat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 378 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 605 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus

Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 243 hits
Telah membunuh hampir 200 orang di China koronavirus terus merebak ke seluruh dunia sehingga memperlihatkan Rusia juga telah mencatatkan dua kes pertama Menurut laporan The Moscow Times Timbalan Perdana Menteri Rusia Tatiana Golikova berkat...
Tiada Kes Koronavirus Di Malaysia Setakat Ini

Tiada Kes Koronavirus Di Malaysia Setakat Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 24 JAN Tiada kes membabitkan 2019 novel koronavirus atau virus Wuhan baharu dilaporkan di Malaysia setakat ini namun pihak berkuasa meneruskan langkah langkah proaktif dalam mengesan dan mencegah penularan penyakit itu Ketua Pe...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 682 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 400 hits
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit koronavirus di China FOTO AFPBERNAMATIGA warga China yang di kuarantin di Johor Bahru Johor disahkan positif bagi koronavirus kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Mereka adalah ahli kelua...
Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 455 hits
Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perja...
China Catat Lebih 4 500 Kes Koronavirus 106 Kematian

China Catat Lebih 4 500 Kes Koronavirus 106 Kematian

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 312 hits
BERITAChina mencatatkan sebanyak 4 515 kes disahkan koronavirus dan jumlah kematian akibat penularan virus baharu itu meningkat kepada 106 orang kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China Menurut agensi berita Sputnik pihak berkuasa kesihatan ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau