Satu Lagi Insiden Serangan Bom Di Kedai Kk Mart Berlaku Kali Ini Di Sungai Isap Jaya Kuantan





KUANTAN: Satu lagi kejadian serangan bom membabitkan cawangan KK Super Mart dilaporkan berlaku awal pagi ini di Sungai Isap Jaya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus kedai serbaneka berkenaan sekitar jam 5.40 pagi.
"Berdasarkan laporan diterima, pengadu mendakwa terdapat individu tidak dikenali membaling molotov cocktail hingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pintu masuk (karpet) kedai serbaneka itu.
"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja kedai berkenaan, seorang pekerja wanita berada di kaunter manakala seorang pekerja lelaki sedang menyusun barang di bahagian rak belakang," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Dia memaklumkan, terdapat empat rak jualan dalam premis itu, termasuk barangan jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.


"Kedai ini baru beroperasi kira-kira dua minggu dan pegawai penyiasat akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai suspek dan kronologi kejadian.
"Pasukan forensik juga sudah ke lokasi bagi mengumpul bahan bukti untuk tujuan siasatan," katanya lagi.
Wan Mohd Zahari tidak menolak kemungkinan insiden itu mempunyai kaitan dengan isu penjualan stoking kalimah Allah di premis sama di ibu negara, baru-baru ini.
Katanya, jumlah kerugian dianggarkan RM500 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.
Sementara itu, jurucakap Bomba Pahang berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 5.40 pagi.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bersama enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.
"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, kebakaran sudah berjaya dikawal oleh orang awam menggunakan alat pemadam api," katanya.
Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Operasi ditamatkan sekitar jam 6.10 pagi, selepas pasukan bomba berpuas hati dengan pemeriksaan dilakukan di sekitar premis itu.
Dalam pada itu, komander operasi memaklumkan siasatan lebih lanjut akan dilakukan unit forensik bomba bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
"Anggaran peratusan kebakaran 1 peratus, tidak melibatkan stuktur bangunan dan tidak melibatkan mangsa," katanya.
Ini merupakan insiden serangan kedua membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking yang mengandungi kalimah Allah.
Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi.
Bagaimanapun bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu, yang terletak di Jalan Mosi, dan tidak meletup. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/03/satu-lagi-insiden-serangan-bom-di-kedai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 137 hits
Orang di sebalik PADU pangkalan data terbaru kerajaan yang semakin dikritik atas kebimbangan isu privasi dan keselamatan tampil mempertahankannya dengan mendakwa sistem itu berjaya menepis lebih dua juta cubaan serangan dalam tempoh semingg...
Kk Super Mart Di Bidor Dibaling Bom

Kk Super Mart Di Bidor Dibaling Bom

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 126 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myIpoh Kejadian khianat iaitu balingan botol kaca disyaki berisi minyak tanah atau gasolin membabitkan rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart amp Superstore Sdn Bhd di Bidor Tanjung Malim tidak ...
Sultan Pahang Menzahirkan Rasa Dukacita Dan Kecewa Dengan Insiden Lempar Bola Api Kk Mart

Sultan Pahang Menzahirkan Rasa Dukacita Dan Kecewa Dengan Insiden Lempar Bola Api Kk Mart

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan insiden melempar bola api di cawangan kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di sini hari ini Pengelola Bijaya Diraja Utam...
Aliff Curang 11 Kali Termasuk Dengan Adik Saya Sendiri Bella Astillah

Aliff Curang 11 Kali Termasuk Dengan Adik Saya Sendiri Bella Astillah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 236 hits
Terbaru pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi satu sidang media mendedahkan suaminya Aliff Aziz telah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali sepanjang mereka berkahwin Bukan itu sahaja Bella yang tidak dapat menahan air mata tur...
Kasus Dbd Naik Hampir 3 Kali Lipat Ini Penjelasan Kemenkes

Kasus Dbd Naik Hampir 3 Kali Lipat Ini Penjelasan Kemenkes

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 142 hits
Hingga minggu ke 12 di tahun 2024 ditemukan sebanyak 43 271 kasus DBD dengan total jumlah kematian sebanyak 343 jiwa
Kerjasama Kali Ke 3 Jo Insung Dilapor Akan Terajui Filem Baru Arahan Pengarah Smugglers

Kerjasama Kali Ke 3 Jo Insung Dilapor Akan Terajui Filem Baru Arahan Pengarah Smugglers

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 182 hits
Jo In sung dikatakan bakal membintangi filem baru Artikel Berkaitan Pada 2 April seorang wakil industri telah melaporkan bahawa Jo In sung telah diberi tawaran untuk menjadi pelakon utama bagi filem arahan Ryu Seung wan Humint Selepas lapor...
Foto Pertama Kali Sandra Dewi Muncul Ke Publik Usai Harvey Moeis Jadi Tersangka Korupsi Timah

Foto Pertama Kali Sandra Dewi Muncul Ke Publik Usai Harvey Moeis Jadi Tersangka Korupsi Timah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 124 hits
Harvey Moeis suami Sandra Dewi ditetapkan tersangka TPPU kasus korupsi Timah yang diusut Kejagung
Gunung Merapi Meletus 6 Kali

Gunung Merapi Meletus 6 Kali

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 135 hits
BernamaPemerhatian oleh BPPTKG Yogyakarta dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan menunjukkan aliran lahar Gunung Merapi bergerak ke arah barat daya JAKARTA Gunung Merapi yang terletak di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching