Satu Jenis Lauk Cukup Ke
SATU JENIS LAUK CUKUP KE | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. JANGAN JIMAT SANGAT sampai orang sedar kita bukan lagi jimat tapi jadi kedekut. Jangan boros sangat sampai orang tahu kita ni kuat membazir. Sedang-sedang je. Islam ajar sederhana. Maka pilihlah itu.
Daging masak kari
Babah dan arwah mama selalu pesan, bab makan jangan berkira sangat tapi jangan keterlaluan dan membazir. Kita kan tahu tahap mampu setakat mana. Beringat tapi jangan sampai seksa diri sendiri. Seksa tu ada dua maksud, maksud pertama mahu dan mampu tapi sekat. Seksa yang kedua, mahal, kurang mampu tapi minta dan susahkan orang lain, pun tak boleh.
SATU JENIS LAUK CUKUP KE. Jujurnya kalau PC cukup kalau dalam satu lauk itu dah ada keperluan zat atau vitamin yang sewajarnya. Walau tak sempurna, tak apa, sekurang-kurangnya hampir lengkaplah untuk sekali makan. Kecuali kalau satu lauk tu tak sesuai dicampur-campur.
Macam masak kari, sup, cap chai, tom yam.. ini antara menu yang mudah disuai padan campurannya untuk menjadikan menu atau hidangan lengkap. Tapi kalau memang rezekinya sejenis lauk pun alhamdulillah dan in sya Allah PC boleh je. Nasi dengan telur goreng. Nasi dengan sambal sardin. Nasi dengan ikan kering. Apa seadanya. Pun ok. Makan untuk hidup.
Mungkin ada sesetengah orang setiap kali makan mesti ada pelbagai menu. Ok je. Cuma rezeki setiap orang tak sama. Ada yang satu hari makan berkali-kali dengan lauk dan hidangan yang sedap-sedap. Ada yang nak dapat makan sekali sehari pun seksa sangat.
Bagi PC, bahagian yang kita terima tak sama dan tak boleh dipaksa sama. Usaha boleh. Bekerja keras boleh. Tapi bab rezeki ni tak boleh disukat atau disama-samakan. Dipaksa sama pun tak boleh. Kadang orang yang makannya ala kadar, Allah swt beri kesihatan yang baik untuknya. Yang makan berkhasiat, vitamin tak tinggal, kualiti menu dijaga, macam-macam penyakit dihidapi. ITULAH DIA KUASA ALLAH. BUKTI NYATA. Allahu.
Semoga Allah sentiasa jadikan kita hamba-hambaNya yang rajin bersyukur. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta SATU JENIS LAUK CUKUP KE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/08/satu-jenis-lauk-cukup-ke.html