Satu Hari Di Hari Sabtu


Assalamualaikum WBT 

SABTUDAY, tak masak sarapan, telur tinggal sebijik. Pak Inche tak nak sarapan mamak sebaliknya ajak makan Soto Skudai di Gerai Penjaja Skudai Kiri. Soto Skudai ni pernah masuk dalam rancangan MJ3, antara tempat favourite setiap kali nak makan soto waktu pagi. Rempah supnya berasa, sambal kicap pun sedap tapi soto nasi selalu habis cepat. Pak Inche bayar soto, RM18/ 3 mangkuk, Sk bayar air, RM3.50 untuk secawan kopi O, teh O dan sirap ais, apo murah sangat 😂. Kalau kat Empire Wak Lan mahunya dah kena RM36 untuk 3 mangkuk Soto Special. 

Setahu Sk dulu nama gerai ni Soto Perdana, rupanya ada tambahan Madu 4 kat belakangnya. Tak pastilah memang pemiliknya bermadu atau dimadukan, hehehe. Lepas makan soto, kami ke NSK Sunway beli barang dapur, orang sekarang sebut groceries 🤭


Lepas shopping, eh, teringin pulak nak ke Mee Rebus House. Pesan semangkuk Mee Rebus Biasa dan semangkuk Mee Rebus Daging. Mee Rebus Daging Sk kongsi berdua dengan Iman, banyak porsi mee rebus tu. Di Mee Rebus House ni, pesanan dibuat dengan mengimbas aplikasi QR Code dan staf akan panggil untuk ambil sendiri makanan dan minuman di kaunter. Tak ada siapa nak layan pun ya, mereka ada dua staf sahaja, nampak QR Code atas meja pandai-pandailah scan. Kuah nee rebus sedap, banyak keropok udang dan hirisan cili api. Pak Inche kata, tak kedekut. Haruslah tak kedekut, harga sepinggan mee rebus biasa aje pun dah hampir RM9 tapi bagi Sk berpatutanlah dengan suasana dan kedudukan kedainya di kawasan elit. Kopi tu Hot Lavender Cappucino, dalam gambar lain, dapat rupa lain, ish.. nyampah tau


Dalam perjalanan balik tu, baru Pak Inche beritahu, Liza, kawan pejabat dia  jemput makan-makan di rumahnya sempena hari lahir anak bujangnya, Si Aryan. Pak Inche memang tak berapa rajin bab jemputan hari jadi ni, tapi memandangkan jemputannya di sebelah petang, ada banyak masa lagi, kan. Sk kata,  tak sempat beli hadiah kita salam kokot jer, senang


Inilah Birthday Boy, Muhammad Fatih Aryan atau mesra dipanggil Ayyan. Ayyan ada adik perempuan namanya Aryana. Dua beradik ni memang selalu la jadi mangsa sakatan Pak Inche. 
Selamat Hari Lahir ke 11, AryanSemoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berjaya dalam pelajaran dan jadi anak soleh ibu ayah, Amiiinnnn


Pelbagai kuih-muih dan sajian petang dihidangkan sampai tak tahu nak ambil mana satu


Liza memang handal memasak dan ada juga mengambil tempahan katering kecil-kecilan jika waktunya bersesuaian. Hari tu Liza masak Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Beriani dan Pencuk. Ada juga Roti Jala dan Spaghetti Aglio Olio


Kami tiga beranak bedal nasi minyak dululah. Adegan seterusnya faham-faham sahajalah ya



Di pejabat, Pak Inche la yang paling senior, nak kata bos tu idok ler tapi semua staf lain angkatan usia 30 ke 40 an, Pak Inche jer la yang dah 50-an. Kawan-kawan seusia beliau kebanyakan telah bersara awal selepas ditawarkan Voluntary Separation Scheme (VSS) sejak sebelum PKP lagi

Hurmm.. dahlah dapat makan sedap, ada goodie pulak tu berupa minyak masak, tepung gandum, bihun dan biskut. Terima kasih, Liza dan Faiz atas jemputannya. Liza yang berdiri hujung sekali sebelah kiri


Malam tu, masih gantung kuali lagi, kami ke Restoran Thoufeeq. Pak Inche makan Roti Puri, Iman kata, dia kenyang lagi dan tapau Maggi Goreng. Sk pulak teringin nak makan Maggi Berkuah tapi kuah nak pekat, lepas tu letak telur sebijik, kuning dia tak nak masak. Berkerut-kerut kening mamak tu cuba mentafsir pesanan Sk dalam buku catatannya supaya difahami tukang masak.. hahaha. Syukur, magginya menepati citarasa Sk cuma lupa nak pesan jangan letak ayam, huhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/02/satu-hari-di-hari-sabtu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Gembira Khas Untuk Peminat Tiket Habis Sold Out Konsert Siti Nurhaliza Di Singapura Ditambah Satu Hari

Berita Gembira Khas Untuk Peminat Tiket Habis Sold Out Konsert Siti Nurhaliza Di Singapura Ditambah Satu Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 333 hits
Kerana mendapat sambutan yang begitu baik penganjur Konsert Fenomena Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Singapore iaitu Sufi Rashid memberitahu bahawa akan ada penambahan satu hari lagi konsert di The Star Theatre Singapura pada 28 Jun depan...
Manfaatkan Masa Anda Secara Bijak Tanpa Perlu Membazir Dengan Mendapatkan Masuk Percuma Satu Hari

Manfaatkan Masa Anda Secara Bijak Tanpa Perlu Membazir Dengan Mendapatkan Masuk Percuma Satu Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 263 hits
Gambar ini menunjukkan tawaran menarik untuk dapatkan tiket masuk percuma ke Melaka Wonderland Themepark pada 20 Februari 2024 Tempat yang sangat seronok untuk bercuti dan berseronok Jom ke Melaka Wonderland Themepark Ayer Keroh Melaka Teri...
Video Reaksi Jokowi Dan Ibu Iriana Ditanya Doa Untuk Gibran Di Hari Pencoblosan

Video Reaksi Jokowi Dan Ibu Iriana Ditanya Doa Untuk Gibran Di Hari Pencoblosan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 251 hits
Presiden Jokowi bersama Ibu Iriana memberikan hak suaranya di TPS 10 Gambir Jakarta Pusat Rabu
Website Kpu Down Di Hari Pencoblosan Begini Respons Kpu

Website Kpu Down Di Hari Pencoblosan Begini Respons Kpu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 175 hits
Yaa mungkin banyak pihak akses ya kata Komisioner KPU RI Afifuddin
Jakarta Diguyur Hujan Deras Sejak Malam Ini Titik Titik Banjir Di Hari Pencoblosan Pemilu

Jakarta Diguyur Hujan Deras Sejak Malam Ini Titik Titik Banjir Di Hari Pencoblosan Pemilu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 337 hits
BPBD melaporkan sejumlah wilayah terdampak banjir akibat hujan lebat yang mengguyur Ibu Kota semalam
Boboy Hari Muka Chord

Boboy Hari Muka Chord

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 279 hits
E C m A B E C m A B E masih ku teringat C m sewaktu kita bersama A betapa indahnya bagai B dunia milik kita E hari hariku C m disaluti rasa riang A yang ku jangkakan B ianya akan berpanjangan E E kekasih E C m bila ku sedar semua kenangan h...
Contoh Ucapan Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023

Contoh Ucapan Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 484 hits
Bulan Ogos dikenali juga dengan bulan Kemerdekaan Pada 31 Ogos setiap tahun kita akan meraikan Hari Kebangsaan Jadi detik ini pastinya ucapan Hari Merdeka banyak dikongsikan terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia Hari Kemerdekaan atau kin...
Bulan Sabit Tua Planet Zuhrah Dan Tol Percuma Di Hari Israk Mikraj

Bulan Sabit Tua Planet Zuhrah Dan Tol Percuma Di Hari Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 507 hits
Catatan hari Khamis 8 Februari 2024 Alhamdulillah negeri Perlis ambil cuti umum pada hari Khamis lalu sempena Israk Mikraj maka dapatlah kami bercuti panjang sedikit untuk pulang ke kampung halaman di negeri Johor Ini merupakan kali pertama...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu