Satu Guru Pakar Mengajar Untuk Satu Malaysia


Oleh Mohamad Azlan Jaafar  Gambar hisaan. ISU pendidikan terlalu penting tetapi pada masa sama sangat sensitif. Ia bukan seperti belanjawan atau peruntukan. Pemberian dana diharap membawa kejayaan dan dicanang dengan carta atau angka dalam akhbar.
Isu pendidikan berbeza. Ia menentukan masa depan negara. Ia menjadi penentu generasi yang bakal dilahirkan. Dalam banyak perkara, kekuatan sistem pendidikan menentukan sejauh mana kejayaan sesebuah negara.
Sejarah membuktikan hubungan antara kemajuan negara dan pengetahuan. Tamadun terawal Mesopotamia yang tempat penciptaan roda, matematik, perubatan, sistem irigasi dan pertanian.
Sistem pendidikan Malaysia berada di persimpangan yang getir. Pandemik Covid-19 meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam ketidaktentuan. Ia melibatkan 7,780 sekolah rendah dan 2,440 sekolah menengah, 4.98 juta pelajar dan 416,000 guru. Jumlah masa sebenar pelajar berada di sekolah tahun lalu terlalu terhad. Pelajar luar bandar paling terkesan. Ibu bapa berhutang untuk mendapatkan peranti. Hari ini, kira-kira 1.3 juta murid tahun tiga hingga enam kembali ke sekolah selepas cuti tambahan berbulan-bulan.
Kementerian Pendidikan cuba membantu termasuk menggunakan pembelajaran di rumah, dalam talian dan saluran televisyen. Tetapi adakah langkah-langkah ini berkesan atau hanya stopgap measures.
Isu yang sering dilupakan adalah “keadilan pendidikan” – iaitu menyediakan pengajaran berkualiti tanpa mengira pelajar itu di bandar atau desa, daripada keluarga di Mont Kiara atau di Cherok Tokun.
Tumpuan bukan kepada peranti tetapi kandungan pengajaran. Semua pelajar tanpa mengira darjat dan status sosial atau lokasi harus mendapat kualiti pengajaran sama.
Apa yang boleh dilakukan Kementerian Pendidikan bagi memastikan “keadilan pendidikan”? Menghasilkan kandungan pengajaran terbaik untuk semua pelajar.
Caranya sangat mudah dan tidak memerlukan saintis roket. Dapatkan seorang guru matematik tambahan terbaik (bukan tiada daripada ribuan guru di sekolah) untuk mengajar tajuk “Sukatan Membulat” tingkatan lima.
Rakaman pengajaran itu akan menjadi “guru” dan diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan lima. Ia boleh diikuti sama ada dari cakera padat, thumb drive, YouTube, televisyen di kelas atau sebarang peranti.
Bagaimana pula peranan guru di dalam kelas? Guru kelas menjadi pembimbing atau fasilitator. Mereka menjadi pengukuh pengetahuan, penjawab kemusykilan dan moderator perbincangan mengenai “Sukatan Membulat”.
Kenapa ini perlu? Seperti pemain bola, tiada dua guru sama baik atau sama handal dalam pengajaran. Guru-guru baharu dihantar ke desa, maka guru-guru pakar dihantar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah elit. Keadaan ini menyebabkan akan ada pelajar gagal mendapat kualiti pengajaran sama.
Setiap anak Malaysia berhak kepada “keadilan pendidikan”, guru terbaik, yang mempunyai cara mengajar paling efektif dan kaedah terbukti tanpa mengira di mana mereka berada. Tanpa “keadilan pendidikan”, maka kita tidak akan mencapai keadilan sosial.
(*)Mohamad Azlan Jaafar ialah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/satu-guru-pakar-mengajar-untuk-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelik Malaysia Masihadaa Sjkc Sjkt Walhal Negara Jiran Hanya Satu Aliran

Pelik Malaysia Masihadaa Sjkc Sjkt Walhal Negara Jiran Hanya Satu Aliran

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 362 hits
Kewujudan sekolah vernakular bertentangan dengan PerlembagaanBANGI Kenapa Malaysia masih mempunyai sekolah vernakular sedangkan negara jiran seperti Singapura Indonesia serta Thailand yang mempunyai ramai kaum Cina sudah mengamalkan pendidi...
Nelayan Vietnam Cuba Tetak Anggota Maritim Malaysia Cedera Terkena Tembakan

Nelayan Vietnam Cuba Tetak Anggota Maritim Malaysia Cedera Terkena Tembakan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 207 hits
Nur Fazlizai AliKapal maritim KM Satria sedang melakukan rondaan ketika terserempak dengan dua bot nelayan Vietnam pada Rabu Foto fail KEMAMAN Padah menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan parang tiga nelayan Vi...
Covid 19 Kejayaan Malaysia Atas Usaha Sendiri Ismail Sabri

Covid 19 Kejayaan Malaysia Atas Usaha Sendiri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 306 hits
Fauzi SuhaimiIsmail Sabri berkata kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan PKP pada 18 Mac tahun lalu Astro AWANI Fauzi Suhaimi KUALA LUMPUR Kejayaan Malaysia melandaikan keluk jangkitan COVID 19 sehingga pernah mencap...
Start Up Payfo Aims To Disrupt Malaysia S Financial Space

Start Up Payfo Aims To Disrupt Malaysia S Financial Space

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 309 hits
Payfo has launched four fintech applications so far namely Bepasar Subspays Kredids and Joy which aid business to business and business to consumer relations PETALING JAYA A financial technology start up established in 2018 is working to di...
Lebih 1 7 Juta Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Dan 50 000 Pula Telah Menerimanya Di Malaysia

Lebih 1 7 Juta Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Dan 50 000 Pula Telah Menerimanya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 239 hits
Pendaftaran menerima vaskin Covid 19 dibuka menerusi aplikasi MySejahtera minggu lalu Menurut ciapan yang yang dihantar oleh Khairy Jamaluddin setakat jam 8 pagi ini seramai 1 741 136 individu telah mendaftarkan minat Ini adalah peningkatan...
Buka Sempadan Malaysia Singapura Laksanakan Konsep Gelembung Perjalanan Khas

Buka Sempadan Malaysia Singapura Laksanakan Konsep Gelembung Perjalanan Khas

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 220 hits
POSTED BY AMIR WRLRSempadan darat Malaysia dan Singapura seharusnya boleh dibuka dengan mengenakan prosedur operasi standard tertentu yang dipersetujui kedua dua negara Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed Ibrahim Sy...
Starlink Internet Berkelajuan Tinggi Milik Elon Musk Bakal Diperkenalkan Di Malaysia

Starlink Internet Berkelajuan Tinggi Milik Elon Musk Bakal Diperkenalkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 402 hits
Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk beliau menerusi syarikat aeroangkasanya SpaceX memaklumkan mahu menawarkan internet berkelajuan tinggi buat pengguna seluruh dunia menggunakan sambungan daripada satelit Bermula dengan sekadar...
Ke Arah Malaysia Aman

Ke Arah Malaysia Aman

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 239 hits
Faktor PENTING Umno BERBAIK dengan PASUmno mesra DAPMalaysia lebih Aman
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia