Satu Cc Cream Untuk Urusan Seharian Wajah Cantik Sekata Dan Tak Bercapuk Hansaegee Nature




Saya mengaku yang adalah seorang wanita yang tak pandai bermekap. Tahap tak pandai mekap saya sampaikan kalau ada event besar, kebiasaannya saya akan suruh adik untuk mekapkan muka saya. Yelah, saya pun taknak nampak comot dalam gambar pada masa semua orang sedang kelihatan cantik kan. 


Kata adik, kalau nak muka nampak putih dan bersih sekata, saya perlu pakai foundation terlebih dahulu sebelum boleh mula menata rias muka. Tetapi memilih kod warna yang sesuai dengan kulit wajah agak memeningkan kepala. Jika warna foundation terlalu gelap, muka pula akan kelihatan hitam begitu juga sebaliknya. Selain itu, muka yang disapu foundation juga mudah bercapuk jika terkena peluh. Peninglah macamni..tapi nasib baik sekarang masalah saya dah hilang bila terjumpa...


Gold Nano CC Cream Hansaegee NaturePada awalnya saya hanya gunakan cc cream ini untuk proses review di blog tapi tak sangka pula ianya memang sesuai dengan wajah saya. Kini setiap hari saya pasti tak akan terlepas untuk membuat calitan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature di wajah. Kalau sebelum ini, saya pernah jatuh cinta dengan pelembap Aqua Cream dari Hansaegee Nature, sekarang CC Creamnya pula dah berjaya pikat hati saya. 

Sesuai dengan namanya iaitu Gold Nano Color Control Cream, CC Cream ini bertindak untuk membaiki tona wajah serta mencerahkan kulit secara semulajadi dengan bantuan gold nano yang bersifat tinggi antioksida. Tidak mengandungi paraben, alkohol serta sulfat, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature sangat sesuai dijadikan alas muka sebelum mekap kerana ia membantu menjadikan wajah kelihatan lebih cerah bermaya secara sekata dan pada masa sama melindungi wajah dari dalam. 


Kandungan Gold Nano CC CreamApa yang bestnya tentang Gold Nano CC Cream ini adalah ia bukan sahaja bertindak melindungi wajah dari pancaran matahari dengan kandungan SPF50++, ia juga melindungi wajah dari dalam. Maksudnya bila saya pakai Gold Nano CC Cream, saya dapat kebaikan dalaman dan luaran. Kenapa? Ha, jom tengok tiga bahan utama yang terdapat dalam CC Cream Hansaegee Nature:


Air Mineral - berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.Ekstrak Ipomoea Hederacea Callus Culture - bersifat anti-bakteria yang berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan serta meredakan masalah kulit.Nano Gold  - tinggi dengan anti-oksida yang berfungsi mencegah penuaan kulit serta menghalang radiasi berlebihan akibat infra merah.
Keistimewaan Gold Nano CC Cream Hansaegee NatureSiapa sangka sebotol  kecil Gold Nano CC Cream mengandungi pelbagai keistimewaan yang amat menakjubkan. Bukan sahaja melindungi daripada pancaran sinar UV berlebihan malahan turut memperbaiki kulit daripada dalam. Saya senaraikan pelbagai keistimewaan yang saya lihat setelah mengamalkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature:
Menutup liang pori terbuka dan cela di wajahMelindungi wajah dari sinar UV berlebihanMenyeimbangkan warna kulit secara semulajadiMencerah dan menghidratkan kulit wajah Tinggi antioksida yang melambatkan proses penuaan kulitSesuai dijadikan base atau primer mekapMengurangkan kerengsaan kulit wajahMenjadikan kulit muka sekata dan berseri
Cara Menggunakan Gold Nano CC CreamHanya calit sedikit di wajah dan ratakan sahaja! Mudah kan? Jika tengahari berpeluh dan kulit berminyak, boleh lap muka dengan tisu dan re-apply kembali CC Cream. Wajib tau pakai tiap hari untuk pastikan muka terlindung daripada sinar UV berlebihan



Review Saya Lepas Gunakan Gold Nano CC CreamGold Nano CC Cream Hansaegee Nature jadi penyelamat saya sekarang! CC Cream ini sangat sesuai untuk saya yang tak berapa pandai mekap dan nak wajah nampak semulajadi dengan mekap yang ringkas. 

Ianya ringan serta senang digunakan dan boleh dijadikan sebagai base atau primer. Saya tak lagi gunakan foundation jika ingin keluar rumah kerana Gold Nano CC Cream sahaja sudah memadai untuk saya. Wajah nampak sekata dan glowing selepas setiap kali sapuan

Liang Pori Mengecil, Wajah Berseri dan Sekata
Pertama kali gunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, saya dah nampak perbezaan di wajah. Liang pori saya seolah mengecil secara semulajadi, nampak ketara perbezaannya bila saya bandingkan sebelah bahagian muka yang disapu CC Cream dengan bahagian yang tidak disapu CC Cream. Meskipun CC Cream ini bewarna putih, namun apabila di sapu ke wajah, ia berubah mengikut warna kulit. Jadi, wajah saya nampak lebih cerah berseri dan sekata. Masalah kulit tak sekata saya dapat diatasi hanya dengan calitan cc cream Hansaegee Nature




Satu Warna untuk Semua Jenis Kulit WajahApa yang istimewanya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini adalah ia hadir dalam satu warna sahaja. Tidak perlu kod warna berbeza kerana ia sesuai digunakan tidak kira samada pada kulit wajah cerah atau gelap. Jadi saya tak perlu pening nak memilih kod warna lagi. 




Cuba tengok gambar di atas. Asalnya bila saya picit botol CC Cream yang keluar adalah krim pekat bewarna putih tapi bila diratakan atas permukaan tisu, warnanya berubah menjadi coklat lembut. Jadi, tak kisahlah kulit wajah saya gelap atau cerah, CC Cream akan berubah mengikut warna kulit wajah sekaligus dapat menutup cela di muka yang nampak seolah-olah secara semulajadi.


Tak Bercapuk Meski dalam Cuaca PanasGold Nano CC Cream Hansaegee Nature ringan dan mudah disapu ke wajah. Tak perlukan span, saya membuat calitan hanya menggunakan jari sahaja. Tidak berbau dan apa yang paling best, ia juga mempunyai SPF50++ yang melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berlebihan yang boleh meyebabkan sunburn dan masalah pada kulit wajah. 



Saya tak perlu mengenakan sunblock lagi setiap kali ingin keluar rumah, sapuan CC Cream sahaja sudah mencukupi untuk melindungi dan menutup cela. Meskipun telah seharian menggunakannya, ia tidak mengakibatkan kulit muka bercapuk walaupun ketika berpeluh pada waktu tengahari.


Penutup Twist Lock Tak Mudah Tumpah Amat mudah membawa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ke mana-mana. Dengan penutup twist lock yang ketat dan tak mudah tumpah serta saiz botol yang kecil, saya juga bawa CC Cream ketika bercuti ke Pulau Redang baru-baru ini. Jangan salah faham, saya tak gunakan CC Cream ketika berenang di laut kerana ia tidak bersifat water proof, tetapi saya gunakannya ketika berjalan di tepi pantai dan ketika berehat di gazebo di luar bilik penginapan. Cuaca panas kan, nasib baik saya ada Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature sebagai penyelamat.



Kini, setiap kali ingin mengambil anak pulang daripada sekolah, wajib untuk saya calit dahulu CC Cream Hansaegee Nature sebelum keluar rumah. Begitu juga jika ingin keluar berjalan. Meski telah seharian menggunakannya, kulit saya tak nampak bercapuk. Pada waktu berpeluh banyak, saya hanya perlu lap minyak di muka dan re-apply cc cream untuk pastikan wajah tidak kusam dan kulit wajah terus dilindungi. 


Pendek kata, ini adalah CC Cream terbaik yang pernah saya pakai. Saya pun dah plan untuk buat belian di Hansaegee Nature Shopee jika CC Cream saya ini habis. Mana nak dapat CC Cream yang berfungsi sebagai sunscreen dan foundation dalam satu masa. Jimat duit tak perlu beli dua tiga produk, sebotol CC Cream pun dah cukup.


Nak Dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature?Nak dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature? Saya juga cadangkan awak cuba juga pelembap Hansaegee Nature yang bersifat water based, pasti puas hati dengan kualiti kedua produk ini. Boleh dapatkannya seperti di bawah ya:
🍁Brand: Hansaegee Nature 
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Apa ciri-ciri wajib ada pada cc cream yang awak pilih?  Pilihan saya semua ada dalam sebotol Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Tak perlu banyak produk, hanya sebotol CC Cream Hansaegee Nature untuk melindungi kulit wajah saya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/04/cc-cream-terbaik-hansaegee-nature-cantik-sekata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Tampak Natural Menawan Rahsia Kebaikan Cara Menggunakan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

Muka Tampak Natural Menawan Rahsia Kebaikan Cara Menggunakan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 321 hits
Salam to all readers Muka Tampak Natural Menawan Rahsia Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature Ikutkan aku bukanlah jenis orang kaki make up Kalau keluar pergi bekerja hanya calit gincu dan pakai compact powder Even p...
Panas Pemimpin Umno Soal Annuar Video Hotel Four Points Wajah Azmin Atau Beruang

Panas Pemimpin Umno Soal Annuar Video Hotel Four Points Wajah Azmin Atau Beruang

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 267 hits
April 10 2021Selepas Tan Sri Annuar Musa begitu bersungguh sungguh cuba mengesahkan bahawa audio perbualan dua pemimpin yang tersebar adalah tulen 100 peratus pemimpin Umno kini bertanya wajah siapa pula dalam video di Hotel Four Points Sab...
Tips Penjagaan Wajah Wanita 40 An Dengan Tablet Kunyah Shinjumi Bita V9

Tips Penjagaan Wajah Wanita 40 An Dengan Tablet Kunyah Shinjumi Bita V9

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 486 hits
Bila usia kian meninggi pinjaman dariNya sebagai ikhtiar untuk menjaga kesihatan dan kecantikan wajah itu perlu di pertingkatkan Usia muda semua masih kuat kulit berseri dan tanpa cela serta kedutan Kini seiring dengan usia kesan kesan penu...
Enggan Tunjukkan Wajah Sang Anak Ini Alasan Mutia Ayu Ada Kesepakatan Dengan Mendiang Glenn

Enggan Tunjukkan Wajah Sang Anak Ini Alasan Mutia Ayu Ada Kesepakatan Dengan Mendiang Glenn

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 196 hits
Istri mendiang Glenn ini ada alasan tersendiri mengapa enggan menunjukkan wajah putrinya
Video Semburit Nampak Wajah Ini Hanya Suara

Video Semburit Nampak Wajah Ini Hanya Suara

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 212 hits
Namun berbeza dengan pandangan Annuar Musa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato Dr Puad Zarkashi membangkitkan soal keselamatan negara apabila perbualan peribadi dirakam dan diviral Beliau berkata sama ada tulen atau tidak rakaman itu suda...
Ini Yang Orang Korea Makan Kulit Wajah Bersih Bersinar

Ini Yang Orang Korea Makan Kulit Wajah Bersih Bersinar

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 252 hits
Cemburu tengok muka orang Korea putih dan bersih daripada sebarang cela Selain mengamalkan regim kecantikan yang dilaporkan lebih daripada 5 langkah pemakanan juga kunci untuk kesejahteraan kulit wajah Agaknya apa yang mereka ambil dalam ma...
Tular Video Anak Kambing Wajah Manusia Viral Disembah Bagai Dewa Di India

Tular Video Anak Kambing Wajah Manusia Viral Disembah Bagai Dewa Di India

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 257 hits
106 total views 98 views today Gambar dan video seekor kambing tersebar di laman sosial kerana keanehan dimilikinya Anak kambing dengan wajah menyeramkan itu memiliki ciri seakan manusia membuatkan penduduk kampung Seltipada Gujerat India g...
Wajah Baharu Dinamika Politik Malaysia Akan Satukan Pn Mn Senator Ir Ts Khairil Nizam

Wajah Baharu Dinamika Politik Malaysia Akan Satukan Pn Mn Senator Ir Ts Khairil Nizam

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Penyatuan Ummah bukan formula atau hak eksklusif PAS dan UMNO tetapi juga kepada mana mana NGO dan NGI termasuk parti parti politik dan individu yang sedia menerima kepimpinan Islam dan dasarnya Ketua Pemuda PAS Malaysia Senato...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa