Satria Luwak Coffee Bali
Assalamualaikum.
Hai Semua. Sambung kembali kisah pengbaraan kami ke Bali.
Selepas kami turun dari Alas Harum, kami terus singgah ke kebun kopi di SATRIA LUWAK COFFEE
Ini kali kedua juga LM ke sini. Disebabkan anak anak ni tak percaya kopi luwak tu adalah hasil dari biji kopi dari biji kopi yang dimakan luwak(musang), biji tu bila musang 'berxxk' di cuci dan di jadikan kopi.
Biji kopi yang dimakan musang adalah biji kopi yang bermutu saja. Musang pilih sendiri biji kopi tu katanya. Biji kopi tu tak hancur pun apabila diberax musang tu. Setelah di cuci, mereka akan buang 2 lapisan biji kopi tu dan di goreng sebelum ditumbuk jadi serbuk kopi.
Walau dah masuk perut musang, tetap masih ada 2 lapisan biji kopi tu. Selepas anak dengar proses tu baru mereka berani minum kopi luwak. Haha.
Pelbagai jenis kopi dan minuman kesihatan ni diberi secara Percuma. Boleh rasa sebelum buat pilihan nak beli yang mana di kedai mereka nanti.
Ini contoh biji kopi hasil buangan dari musang. Yang dalam piring kecil yang bergumpal tu belum di proses lagi.
Ada kopi ginseng, cocoa, Arabia, mocha, soffron, beras hitam, manggis, kelapa, serai, halia dan entah apa lagi.
Kopi LUWAK kalau nak rasa boleh beli secawan. tak mahal pun. Kami beli juga nak bagi anak try. Sama je pun dengan rasa kopi biasa. Haha.
Haaa ni buah koko. Ada yang tak kenal koko ke? Dulu kat kampung LM banyak. Balik dari mengaji ambil satu buat makan. Bukan boleh telan pun biji nya, kami makan lapis an putih luar biji dia tu saja. Sedap masam manis.
Biji koko ni di jemur, sangria, buang kulitnya dan di kisar halus untuk di jadikan coklat.
Selepas minum pelbagai jenis kopi kami bergambar dulu
Badan letih, dapat duduk sini rasa macam tak mau balik la pula. Hehe.
Ada pelbagai jenis kopi dan minuman kesihatan seperti saffron+ kunyit, manggis, halia. Minyak dan balm pun ada. Herbal yang telah dikeringkan jDi serbuk pun ada juga dijual.
Staff ni layan kami sejak dari mula dia bukakan pintu kereta sampai la kami melangkah pergi dari sini. Layanan sangat baik alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2024/02/satria-luwak-coffee-bali.html