Satira Politik Semasa Walkover Untuk Game Pertama


 Oleh: C.Nicholl (Bahagian IV)
Malam itu mereka tiba di KL agak lewat. Mereka semua menginap di KL international hotel di belakang Chow Kit, kawasan yang boleh ditakrifkan sebagai ‘the red light district of KL’, atau kawasan lampu merah yang menjadi pusat hiburan ternama.
Di kawasan inilah terletaknya banyak pusat. Pusat karaoke, pusat bar, kelab malam dan pusat kepada bermacam pusat-pusat asli. Ada pusat dari China, Indonesia dan Philippines. Dan paling akhir, sekarang terdapat juga pusat-pusat dari Russia, Ukraine dan Uzbekistan yang sekarang ternyata amat popular diantara mereka yang berwang ini.
Selain dari bermain bola lisut dan masuk pertandingan untuk dinobatkan sebagai ‘Champion of Malaysia’, pemain-pemain ini semua juga suka kepada hiburan, berhibur dan dihibur. Jadi menginap di kawasan sebegini sewaktu pertandingan berjalan selama lebih sebulan ini, tanpa isteri bagi yang lelaki, tanpa suami bagi wanita, amat tepat sekali.
Amat sesuai untuk mereka semua yang bersukan disiang hari dan berhibur dan dihibur pada malam hari hingga ke pagi. Begitulah kehidupan sebagai pemain-pemain professional ini. Bukan saja mereka dibayar dengan gaji yang lumayan, tetapi elaun harian dan elaun hiburan mereka juga agak mewah.
Setelah beberapa hari menjalankan latihan dengan agak pesat, dan beberapa malam yang dipenuhi bermacam aktiviti yang agak
pesat dan berpusat, akhirnya tibalah hari perlawanan pertama yang akan dilangsungkan di padang bola lisut bertaraf antarabangsa di padang parlimen itu.
Orang ramai tidak dibenarkan masuk atas alasan Covid19 yang masih berleluasa. Tetapi sepanjang pertandingan ini, semua permainan akan mendapat liputan media yang cukup luas termasuk ulasan secara langsung dikaca TV di semua saluran. Jadi penonton dari seluruh pelusuk tanah air akan dapat menonton.
Apa tidaknya, inilah pertandingan yang dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat, peminat sukan bola Lisut dan rakyat jelata yang telah lama menunggu. Minda mereka juga telah banyak dibakar dan dipanaskan oleh pihak media.
Setiap hari mereka disogok dengan pelbagai berita dan ulasan dari banyak pihak. Bermacam ragam dan pendapat dari penganalisa, pemerhati dan pengulas sukan negara.
‘Pengadil pertandingan dilantik oleh Muhyudin.’ Kata satu tajuk utama diportal internet, ‘MalaysiaTidakKini’.
‘Pengadil yang akan berlaku tidak adil.’ Kata satu lagi portal popular, ‘NomoreFree Malaysia Today.’
Entah mengapa, pengadil yang bernama Harun itu, terus menjadi tidak harum.
‘Muhyudin dah pegang telor pengadil.’ Kata satu lagi komen yang tajam dan berani diportal yang menjadi viral, ‘Malaysia Outsight’.
Tajuk-tajuk sebegini menjadikan perlawanan pertama antara pasukan yang diketuai Muhyudin dan pasukan Anwar menjadi bertambah hangat. Banyak komen-komen di internet yang agak memihak, samaada kepada Muhyudin atau kepada Anwar. Jarang yang adil atau tidak memihak.
Sekian hari bermacam-macam yang menular bukan saja diportal rasmi media yang popular seperti yang disebutkan tadi, tetapi juga dalam akaun Twitter, Facebook dan kalangan WhatsApp yang bermacam komen yang diutarakan.
Beberapa media yang kurang popular seperti ‘Malaysia-yesterday’, ‘Malaysia Indigest’ dan ‘the Tepi’ yang turut mengselatankan keadaan dengan meneka bahawa team Muhyudin akan menang dengan mudah.
Kata mereka atau komen yang dibuat menyatakan bahawa team Muhyudin mempunyai ramai pemain-pemain yang handal dan berpengalaman. Mereka pernah menang dan menjadi johan sebelum ini.
Sedangkan team Anwar, ramai yang dah lanjut usia mereka dan mereka seharusnya sudah patut bersara dari permainan ini dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk mengambil alih.
Tetapi yang peliknya, ada juga lapuran yang menyatakan bahawa ada beberapa pemain dari team Muhyudin yang mungkin akan  menarik diri disaat-saat akhir perlawanan. Pemain-pemain ini dikatakan diketuai oleh Zahid.
Mereka dikatakan agak memihak kepada team Anwar diatas sebab-sebab tertentu yang tidak disebut dengan jelas. Banyak pembaca yang tertanya-tanya.
Ini mungkin juga cara penganjur atau strategi pihak media untuk menarik minat mereka yang kurang berminat dengan permainan bola Lisut ini, untuk mengikuti perkembangan dan seterusnya menjadi penonton yang setia.
Ternyata mereka telah berjaya.
Kerana di waktu terjadinya perlawanan, di hari dan masa yang ditetapkan, di padang parlimen yang dipenuhi dengan karyawan media yang begitu ramai, team Muhyudin dengan segala kelengkapan dan pakaian sukan yang cukup berwarna dan meriah, bersedia seramai 111 pemain untuk berlawan dan menghadapi segala cabaran.
Yang peliknya, team Anwar pula cuma diwakili oleh seorang pemain tua, juga bekas pemandu bas yang banyak pengalaman dan lama memandu, yang cuba berlagak seperti captain serta 12 orang pemain yang lagaknya tidak serius dan tiada peralatan pemainan. Anwar sendiri dan pemain-pemain lain tidak turun ke padang. Tidak pasti kenapa dan mengapa. Semuanya tidak jelas.
Secepat itu pengadil Harun, yang lagaknya persis memihak, menyatakan nombor pemain tidak mencukupi. Dia terus memberi kemenangan ‘walk over’ secara langsung kepada team Muhyudin untuk permainan pusingan pertama ini. Muhyudin menang mudah, 1 – 0.
Lapuran media ini, ada kalanya, ada juga unsur-unsur ‘fake’ atau fitnah.
Bersambung…






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/satira-politik-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aman Dan Halal Jokowi Terima Suntikan Pertama Vaksin Sinovac

Aman Dan Halal Jokowi Terima Suntikan Pertama Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 252 hits
JAKARTA Presiden Indonesia Joko Widodo terima suntikan vaksin COVID 19 Sinovac pada jam 10 pagi waktu tempatan hari ini Detik bersejarah itu turut disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan akaun YouTube Sekretariat Presiden Keti...
Gelagat Adik Lelaki Pertama Kali Guna Mesin Atm Alaa Comel Dia

Gelagat Adik Lelaki Pertama Kali Guna Mesin Atm Alaa Comel Dia

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 285 hits
Masih terdapat ramai orang yang tidak mengetahui cara menggunakan mesin ATM atas faktor baru bekerja dan sebagainya Perkara ini termasuklah dengan sebuah posting yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik haqeemalfian dim...
Sony Memperlihatkan Rekaan Dron Pertama Mereka Secara Rasminya Airpeak

Sony Memperlihatkan Rekaan Dron Pertama Mereka Secara Rasminya Airpeak

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 155 hits
Sony sebelum ini telah mengumumkan akan memasuki arena dron melalui perniagaan dinamakan Airpeak sekaligus mencabar pengeluar lain seperti DJI dan sebagainya Lanjutan daripada sekadar pengumuman sahaja sebelum ini hari ini Sony turut memper...
Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 318 hits
Kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 yang akan bermula 21 Jan ini ialah kajian klinikal pertama dilakukan di Malaysia KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 akan bermula 21 Jan ini...
Mco Dengan Atuk Kena Buat Latihan Matematik Tok Mat Jadi Cikgu Matematik Untuk Cucu Di Hari Pertama Pkp

Mco Dengan Atuk Kena Buat Latihan Matematik Tok Mat Jadi Cikgu Matematik Untuk Cucu Di Hari Pertama Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 302 hits
368 total views 368 views today Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 mak dan ayah tidak lepaskan peluang untuk menjadi cikgu di rumah sepanjang sekolah ditutup Pelbagai jenis nilai dan kepandaian yang boleh digunapakai oleh ibu bapa...
The Penthouse Tease Kejutan Musim Ke 2 Melalui Trailer Pertama

The Penthouse Tease Kejutan Musim Ke 2 Melalui Trailer Pertama

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 309 hits
The Penthouse telah kongsikan pandangan pertama musim kedua Selepas musim pertama ditamatkan peminat sudah tidak sabar untuk menantikan babak seterusnya Drama ini ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah dan musim pertama me...
Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 376 hits
Menunggu saat untuk memberikan suapan pertama pada anak ternyata cukup mendebarkan Momen manis ini dikongsikan oleh suami pelakon cantik Fasha Sanda Aidil Aziz yang memberikan makanan pejal pada anaknya pada usia genap lima bulan Menerusi s...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord