Satay Bonda Masjid Tanah Melaka
30 Julai 2025 - Rabu (5 Safar 1447H)
Hari kedua dak Adik sambung belajar — petang tu aku dan dak Nuha ikut En. Hubby ambil dia di kolej. Lepas tu kami ajak keluar makan, nak luang masa sikit sebelum dia makin sibuk dan tenggelam dalam dunia barunya. Dak Adik tak menyewa macam kawan-kawan lain, sebaliknya dia pilih untuk duduk dengan bapa saudaraku, rumah TokSu dia
'Kenapa tak menyewa?' Itu memang pilihan dia sendiri. Katanya lebih selesa duduk dengan keluarga. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya ada juga orang yang boleh tengok-tengokkan dia bila aku jauh. Kurang sikit risau di hati ni
Selepas mengambil dak Adik dari [SINI], kami terus mencari tempat makan kerana dak Adik lapar + penat. Kadang-kadang.. bila penat seharian, kita cuma nak sesuatu yang ringkas tapi puas — makanan yang sedap, tak terlalu fancy dan buat hati rasa selesa
Dalam perjalanan menuju ke pantai, aku ternampak satu gerai di hadapan sebuah rumah — ada orang tengah bakar satay tapi waktu tu kami tak singgah pun sebab tak terlintas langsung nak makan satay. Kami teruskan je perjalanan ke pantai, konon nak cari makan kat sana tapi tak ada yang betul-betul menarik perhatian, mungkin sebab kami pergi bukan hujung minggu. Akhirnya, kami buat keputusan patah balik dan singgah di tempat satay yang aku nampak awal tadi dan ternyata pilihan tu memang tak salah
Satay Bonda
Dekat bahagian beranda rumah tu pun boleh duduk makan
Sampai je, tengok-tengok dah ada beberapa meja yang penuh. Kami pun order satay daging, satay ayam dan nasi impit – standard SOP kalau makan satay kan? Kalau perhati betul-betul dalam gambar tu, tempat bakar satay elok je terletak berhampiran depan pintu masuk – bau satay dia memang tak bagi peluang nak buat-buat tak lapar. Air minuman pulak kat bahagian tepi, dekat belakang beranda rumah. Suasana kemas dan teratur, nampak bersih dan selesa. Mujur kami datang hari Rabu – tak terlalu ramai orang, jadi boleh duduk santai sambil menikmati hidangan tanpa rasa tergesa-gesa. Tapi kalau datang hujung minggu, mungkin perlu bersaing sikit untuk dapat tempat
Daging dan Ayam
Satay dibakar depan mata atas bara hidup – bukan sekadar bau, tapi juga ujian iman untuk perut yang memang tengah berdondang sayang. Terus bagi hint: 'order cepat..!'
Satay dia..?Lembut, juicy, tak kering macam hubungan tanpa komunikasi. Rempah dia pun tak menjerit tapi cukup rasa.. 😆 Bagi aku.. sedap, kena dengan tekak. Boleh repeat order kalau mahu
Lokasi..?Tak jauh dari Masjid Al-Ehsan, Kampung Londang – sesuai sangat kalau lepas solat nak terus jamu tekak
Kepada yang berminat nak cuba, bolehlah google tempat ni:Satay Bonda turut terima tempahan untuk majlis atau kenduri. Harga berpatutan, rasa puas hati.📍 Alamat: Batu 19 ½, Kampung Londang, 78300 Melaka🕔 Waktu operasi: 5.30 petang – 10.00 malam❌ Tutup setiap hari Selasa📞 Tempahan dan pertanyaan: 018-366 8538
@RemajaPurba: Rindu dekat dak Adik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2025/08/satay-bonda-masjid-tanah-melaka.html