Sarawak Tunggu Dan Lihat Sebelum Adakan Pilihan Raya Km


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengadakan sidang selepas majlis pelancaran OUCCI hari ini.
PRN Sarawak bergantung pada SPR, KKM
Kuching: Sarawak meneliti tiga perkara utama bagi memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah situasi pandemik Covid-19.

Beliau berkata, jumlah kes positif Covid-19 perlu diteliti dan jika menunjukkan penurunan, ia akan memudahkan keputusan bagi mengadakan PRN-12 dibuat.

"Perkara kedua sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap.

"Ketiga pula kita perlu mengutamakan kesihatan rakyat. Kesihatan rakyat amat penting dan kita tidak mahu apa yang berlaku selepas pilihan raya negeri di Sabah tahun lalu berulang," katanya.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg bercakap kepada media selepas melancarkan Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu di Kuching. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) di sini, hari ini.

Terdahulu, Abang Johari ditanya sama ada Sarawak sudah memutuskan untuk mengadakan PRN-12 sebaik Proklamasi Darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari mengakui, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinannya memerlukan mandat untuk terus mentadbir negeri ini.

"Namun sekarang terpulang kepada agensi strategik terutamanya SPR dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneliti perkara ini... keputusan kini di pihak terbabit. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa seminggu dua ini. Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg Ketua Menteri Sarawak
Menurutnya, jika tiada sebarang pengumuman dalam tempoh terdekat, Sarawak mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRN-12 selepas tarikh 1 Ogos nanti.

"Tetapi kita perlu memastikan situasi kondusif, dalam kata lain ada perkembangan baik dalam situasi Covid-19 di Sarawak.

"Rakyat pun takut nak turun mengundi jika situasi (Covid-19) masih membimbangkan," katanya.

Ditanya mengenai status Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang tamat tempohnya sejak 7 Jun lalu, Abang Johari berkata, ia akan kekal sehingga tamat darurat.

"Tetapi kita lihatlah apa yang berlaku mulai sekarang hingga 1 Ogos.

"Hari ini kita masih dalam darurat. Keputusan kini di tangan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), sama ada darurat dilanjutkan atau tidak selepas ini, kita sama-sama tunggu dan lihat," katanya.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/sarawak-tunggu-dan-lihat-sebelum-adakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Keperluan Segera Untuk Pilihan Raya

Tiada Keperluan Segera Untuk Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 289 hits
MIRI Parti Rakyat Bersatu Sarawak menegaskan tiada keperluan segera untuk mengadakan pilihan raya negeri sebaliknya semua pihak tanpa mengira latar belakang politik harus bekerjasama memerangi wabak COVID 19 di Sarawak terlebih dahulu nbs
Mohamad Hassan Pengarah Pilihan Raya Umno

Mohamad Hassan Pengarah Pilihan Raya Umno

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 297 hits
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO MALAYSIA Timbalan Presiden UMNO YB Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMN...
Telemovie Raya Aidil Adha Sebelum Pulang

Telemovie Raya Aidil Adha Sebelum Pulang

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 588 hits
Saksikan telefilem khas Aidiladha berjudul Sebelum Pulang dibintangi oleh Nad Zainal Jalaludin Hassan Wan Maimunah Aziz dan Amyza Adnan pada 19 Julai Isnin jam 9 malam di TV2
Pilihan Raya Tidak Sesuai Diadakan Ketika Pandemik Covid 19

Pilihan Raya Tidak Sesuai Diadakan Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 258 hits
Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid 19 Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik Covid 19 Menurut laporan Awani walaupun proses demokrasi i...
Orang Tua Tu Selalu Jadi Pilihan Akhir

Orang Tua Tu Selalu Jadi Pilihan Akhir

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 272 hits
Test pinjam RM10 000 sahaja Kalau saya nak pinjam RM10 000 esok sebab nak buat deposit operation kat hospital boleh tak bagi pinjam saya Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia Aku pendekkan cerita kawan aku call ist...
Padu Menu Ikan Bako Selatan Jadi Pilihan

Padu Menu Ikan Bako Selatan Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 392 hits
Padu Menu Ikan Bako Selatan Jadi Pilihan Hai dah habis menu raya Kita cerita menu lain pulak Ini kisah haritu hari malas masak kat rumah maka kita order luor Nak keluar rumah pun agak tak rajin rasanya Hahaha So mak aku and kami adik beradi...
Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh Prof Madya Dr Haslinda Ramli Prof Madya Dr Tuti Ningseh Mohd Dom Dr Shahida Mohd Said Kayu sugi adalah alat yang digunakan untuk membersihkan gigi dan bahagian lain mulut daripada sisa makanan dan lain lain kekotoran Ia dikenali dengan...
Menara Computer Toko Laptop Pilihan Utama Di Pontianak

Menara Computer Toko Laptop Pilihan Utama Di Pontianak

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 394 hits
Toko Laptop Pilihan Utama di Pontianak Tidak terasa hampir 3 tahun lamanya Blogger Borneo telah menjadi langganan di ini Selain merasa nyaman dengan layanan para pegawai tokonya komunikasi yang baik dengan pemiliknya juga menjadi salah satu...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Yang Makbul Bersama Impian

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Larangan Ke India

Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba